ZAKAT EMAS FIZIKAL WAJIB DITUNAIKAN!


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Saya doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Hari ni kami nak berkongsi info bersama anda mengenai zakat emas yang popular sekarang.

Dulu, tak ramai yang keluarkan zakat jenis ini. Mungkin kerana tiada ilmu khusus dengan zakat atau juga mungkin kerana tidak menyimpan atau memakai emas. 

Apa yang saya tahu, amalan di Kedah, zakat emas ni dikeluarkan oleh orang kampung sendiri tanpa melalui pejabat zakat satu ketika dahulu.

Ya lah. Orang kampung yang bekerja di bendang sawah lebih suka begitu. Lebih mudah bagi mereka.

Di tempat lain pun begitu juga amalannya pada kiraan saya. Emas yang dipakai oleh orang kita tidaklah begitu banyak, kerana itu zakatnya juga jarang sekali ditekankan.


Tapi suasana sekarang sudah berbeza. Orang ramai bukan lagi berhias dengan emas tapi sudah mula bijak membuat simpanan dan pelaburan dengan emas.

Jumlahnya juga pastinya jauh lebih banyak dari orang dulu-dulu dan pastilah kewajipab zakat menjadi salah satu cara untuk menyucikan harta itu.

MASYARAKAT KITA KINI

Saya kira saya adalah insan bertuah. Selalu dikelilingi oleh orang yang baik-baik termasuk ahli, agen dan pelanggan emas saya.

Biasanya apabila berhubung sahaja kali pertama, apabila selesai berkongsi tentang emas Power Gold yang saya niagakan, pasti mereka bertanya,

"Zakat kira macam mana tuan? Boleh tuan terangkan?"

Saya belum buka tajuk zakat, tapi mereka yang bertanya dahulu. Betapa concernnya masyarakat kita sekarang terhadap kesucian harta mereka. Itu yang saya suka.



"Itu pun gembira ke?" mungkin ada pembaca yang berkata begitu.

Jawapan saya adalah ya. Melihat orang ramai yang sukakan emas dan menyimpan harta dalam bentuk emas tetapi hati mereka tak terpaut pada dunia hingga lupakan akhirat adalah perkara yang menggembirakan.

Nabi SAW suruh ita cemburu kepada 2 golongan. Antaranya adalah ..."mereka yang dianugerahkan harta oleh Allah dan membelanjakannya pada jalan Allah."

Ketika orang lain hanyut dengan kekayaan. Lupa untuk zakat. Lupa untuk sedekah. Lupa untuk menafkahkan harta pada agama. Ada juga sekolompok muslim hebat yang tidak melupakannya.

Bertuahlah jika anda bertemu dengan mereka. Pada diri dan harta mereka ada keberkatannya tersendiri.

ZAKAT EMAS

Emas dan perak adalah hasil bumi yang memberi manfaat sama ada dalam bentuk asal atau siap diproses. 

Syariat mengharuskan emas dan perak digunakan dalam bentuk wang, jongkong dan perhiasan. Semua jenis emas ini ada di dalam Power Gold.

Dalilnya adalah dari Quran dan Hadis.

"Dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak tetapi tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya." Al-Taubah: 34

"Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka.

Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada satu hari yang lamanya bersamaan 50 ribu tahun (di dunia) sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambaNya." Riwayat Muslim

Syarat Wajib Zakat Emas dan Perak:
  • Islam
  • Milik sempurna
  • Cukup nisab
  • Genap haul (tempoh) setahun

Kategori Emas Yang Diwajibkan Zakat:

i. Emas Yang Tidak Dipakai

Emas yang tidak dipakai bermaksud emas yang disimpan, tidak digunakan atau tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun sama ada dalam bentuk asal atau dijadikan perhiasan.

ii. Emas Perhiasan Wanita

Emas sama ada dipakai (sebagai perhiasan yang halal) sekali-sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. 

Walau bagaimanapun, jika ia melebihi uruf (kebiasaan). maka wajib dikeluarkan zakat.

Kadar yang diambil kira adalah berat emas yang melebihi uruf (tidak termasuk batu permata atau seumpamanya).

Uruf adalah merupakan had pemakaian setempat yang dibenarkan. Uruf berbeza mengikut negeri.



URUF NISAB EMAS PERHIASAN

Ini adalah nilai uruf nisab emas yang saya kumpulkan mengikut rekod Pusat Zakat Negeri seluruh Malaysia pada tahun ini (Jan 2016).

Klik pada kuantiti gram untuk merujuk ke laman jabatan agama negeri masing-masing keculai untuk negeri Perlis dan Sabah sahaja kerana tiada maklumat ditemui.

Perlis: Tiada maklumat
Kedah: 85 gram (tiada uruf)
Pulau Pinang: 165 gram
Perak: 500 gram
Negeri Sembilan: 200 gram
Selangor: 800 gram
Wilayah Persekutuan: 150 gram
Melaka: 200 gram
Johor: 850 gram
Pahang: 500 gram
Terengganu: 850 gram
Kelantan: 85 gram (tiada uruf)
Sabah: Tiada maklumat
Sarawak: 775 gram

Nisab dan Kadar Zakat Emas

Nisab dan kadar zakat emas adalah berdasarkan dalil berikut: 

"Tiada wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar (85 gram). 

Apabila ada pada engkau 20 dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat padanya ½ dinar (2.5%).

Maka sekiranya lebih (dari 20 dinar), hendaklah dihisab menurut lebihannya itu (2.5%) daripada keseluruhannya." - Riwayat Abu Daud

KIRAANNYA


PENUTUP

Elok kiranya link ini menjadi simpanan para pembaca jika anda ingin menyimpan atau melabur dalam emas. 

Jika anda tidak memerlukannya, mungkin anda boleh share maklumat yang merupakan satu kewajipan berat ke atas umat Islam ini kepada rakan-rakan anda setelah anda mengetahuinya.


Jangan abaikan butang share di bawah. Silakan berkongsi kebaikan bersama.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...