EMAS JENIS MINTED ATAU CASTING?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua visitor setia kami. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Sebelum beli emas, beli dulu 'ilmu' tentang emas :)

Selalu kami dapat ayat ni tau. "Cantiknya emas Power Gold ni!"

Biasanya itulah reaksi pertama orang yang baru sahaja membeli emas pertamanya sampai di tangan.

Teruja masing-masing bila nampak kilauan emas dan tempaannya yang cantik.

Tapi harus diingat, ada juga emas yang kurang cantik dan kurang halus tempaan dan bentuknya.

Cantik atau tidak cantik bukanlah utama, janji emas. Tapi untuk penyimpan emas fizikal, kecantikan tersendiri emas itu juga antara faktor tarikannya.

Jom saya kongsikan info baru ini bersama anda.

BEZA EMAS CASTING DAN MINTED

1. Apa itu casting? 

Kebiasaannya orang kita panggil casting bar. Casting bar ini menggunakan Kaedah Tuangan. Emas bar ini dibentuk dengan cara menuangkannya ke dalam acuan ketika ia masih panas.

Setelah itu baru dicatatkan hallmark, kandungan emas serta berat pada bahagian permukaannya sebelum ia membeku. Ada juga yang mencatatnya dengan cara menempa emas itu setelah ia membeku.

Emas yang dihasilkan dengan kaedah ini biasanya terdapat beberapa kekurangan. Antaranya bentuk tidak sekata, berat sebenar berbeza dengan yang dicatatkan dan kualiti ketulenannya mungkin tidak menepati sebagaimana yang dicatatkan padanya.

Di Malaysia, kebanyakan emas jenis ini adalah emas keluaran Switzerland dengan hallmark PAMP Suisse.

Disebabkan kekurangan pada buatan emas jenis ini, peniaga kecil-kecilan atau orang perseorangan akan menjualnya dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.

Tapi jika anda beli di kedai emas, harganya sama sahaja dengan harga emas-emas lain yang dijual oleh mereka.


Kebiasaan yang berlaku, kualiti ketulenan emas jenis ini hanya setakat 22 karat sahaja, walaupun pada certificate nya dicatatkan ketulenan 24 karat dan ia juga ia dijual dengan harga 24 karat.

Namun jangan risau. Setakat ini casting bar jenama pamp suise masih lagi selamat dibeli dan disimpan di Malaysia.

Jadi kebiasaanya peniaga emas menggunakan casting bar ini untuk dihantar ke kilang untuk proses peleburan dan kemudiannya ditukar bentuk kepada emas 916 di Malaysia atau ditukar bentuk kepada 'minted gold'.

Tahuah anda?
Dinar dan bar Power Gold adalah jenis minted gold. Jom kita belajar jenis 'minted' pula.

2. Apa itu minted gold?

Minted gold adalah emas yang diperbuat menggunakan Kaedah Tempaan.

Kandungan emas dalam jongkong asalnya tidak 100% sempurna kerana ia pasti mengandungi sedikit benda asing lain. 

Ini menyebabkan kualitinya sedikit berkurang. Ia perlu melalui proses penyaringan semula untuk membentuk emas jenis lain seperti dinar dan bar yang lebih kecil beratnya.

Proses penyaringan ini akan menentukan peratus kandungan emas tersebut umpama emas 999 dan 916 yang dihasilkan oleh Power Gold.


999 merujuk kepada peratus kandungan emasnya sebanyak 99.9%, manakala 916 merujuk kepada peratus kandungan emasnya sebanyak 91.6% dan seterusnya.

Sekali lagi ditegaskan bahawa Power Gold menggunakan kaedah tempaan ini. 

Syarikat secara asasnya menggunakan casting bar untuk dileburkan kemudian barulah ditempa untuk dijadikan dinar dan bar Power Gold yang bermutu tinggi.

Kerana itulah, setiap pelanggan saya sentiasa teruja apabila setiap kali memegang emas yang tiba pada mereka.

Jadi, beleklah emas dalam simpanan anda untuk mengetahui jenis pembuatannya. Apa, belum ada simpanan emas?

Cepat dapatkannya dan jadikan ia sebagai aset simpanan utama anda. Tentunya bukan kerana cantik semata-mata. Pulangannya juga 'lebih cantik' tahu? :)

Sekian dulu perkongsian hari ini. Saya doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Wassalam.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...