TIPS SIMPAN EMAS FIZIKAL
Assalamualaikum dan apa khabar semua? Saya doakan,"Anda Kaya dan Berjaya".
Ok, ringkas cerita. Hari ni saya nak kongsikan tentang tajuk ni. Ya lah. Asyik cadangkan simpanan emas fizikal untuk tujuan pelaburan je kan. Habis tu, dah banyak-banyak nak simpan di mana pula?
Sebenarnya kita ada banyak pilihan untuk menyimpan emas fizikal ini. Tapi tempat paling selamat tentulah yang dekat dengan kita, mudah dipantau dan adanya kawalan keselamatan yang baik.
Jom kita lihat di manakah tempat paling sesuai untuk simpanan.
1. RUMAH SENDIRI
Pernah tengok mak atau nenek ada menyimpan gelang kaki dan tangan atau rantai emas di rumah?
Dalam kotak-kotak khas. Disusun dalam laci khas. Dikunci dalam almari khas yang terletak dalam bilik tidur atau stor rumah mereka.
Emas fizikal dalam bentuk bar atau syiling tidaklah jauh berbeza dengan barangan kemas. Malahan emas fizikal dalam bentuk bar dan syiling lebih kecil jika hendak dibandingkan dengan barangan kemas.
"Tapi, kalau rumah masuk pencuri macam mana."
Mungkin ramai yang ingin bertanya soalan ini. Betul ke betul?
Mentor saya pesan,"Apa yang kita fikir adalah doa. Apa yang kita ucap adalah doa. Apa yang kita buat adalah doa. Maka doalah yang elok-elok."
Pencuri atau kecurian bukanlah suatu yang boleh diteka. Kita pun tak tahu apa kriteria sesebuah rumah untuk dimasuki oleh pencuri atau perompak.
Jika kita pernah menjadi pencuri atau perompak, mungkinlah kita tahu tentang kriteria itu. Tapi saya percaya semua rakan-rakan yang membaca sekarang ni bukanlah dari golongan itu. Anda orang baik-baik. Itu saya percaya!
Yang paling penting. Simpan emas anda dalam rumah senyap-senyap. Maklumkan hanya kepada pasangan sahaja. Orang lain tak perlu tahu.
Sekiranya anda seorang yang berkemampuan, pasanglah CCTV tulen atau CCTV mainan (dummy) di luar rumah. Letakkan juga kertas bertulis,"Awas....Rumah ini diawasi CCTV!"
Saya yakin, pencuri dan perompak tidak akan masuk rumah secara rambang. Mereka akan aim sesebuah rumah dalam satu jangka masa.
Jadi, dengan meletakkan CCTV di luar rumah beserta amaran awal, itu merupakan pagar penghalang utama rumah anda daripada menjadi sasaran golongan berniat jahat ini.
Tapi permasalahannya bermula apabila emas fizikal yang disimpan dan dikumpul untuk tujuan pelaburan jangka panjang itu telah mula banyak.
Hingga tiada lagi tempat untuk disimpan dan 'disembunyikan' di kawasan yang diyakini selamat.
Katakanlah, emas yang anda kumpulkan sudah melebihi 100g hingga berkilo-kilo. Maka, ketika ini anda boleh menyimpan di tempat yang kedua ini.
2. Kotak Simpanan Keselamatan (Safe Deposit Box)
Kotak Simpanan Keselamatan ini biasanya disediakan oleh pihak bank. Namun kini, ada juga syarikat swasta yang menawarkan perkhidmatan Kotak Simpanan Keselamatan ini dengan kadar upah yang saya kira sangat berbaloi.
Jom kita lihat, kadar kos sewaan Kotak Simpanan Keselamatan ini yang ditawarkan oleh pihak bank. Kos sewaan adalah berdasarkan kepada saiz kotak yang ditawarkan.
- Maybank: Kos sewaan sekitar RM80-RM200 setahun.
- Public Bank: Kos sewaan sekitar RM150-RM430 setahun.
- CIMB: Kos sewaan sekitar RM100-RM360 setahun.
Terdapat beberapa syarat yang pihak bank tetapkan jika anda menyewa safe deposit box mereka:
- Anda mempunyai akaun simpanan di bank tersebut
- 2 Unit Kunci diserah kepada anda di mana pihak bank tidak memegang langsung kunci tersebut, sekiranya kunci hilang maka duit deposit akan diambil oleh pihak bank.
- Anda hanya boleh membuka peti pada waktu operasi bank sahaja.
- Nilai perlindungan insurans sehingga RM10 ribu sahaja.
Jadi, apa pilihan anda sekarang?
Jangan susah hati untuk simpan emas fizikal. Jika anda simpan 1g emas dalam bentuk bar atau syiling, saiznya sangat kecil.
Anda boleh selit di tempat-tempat yang ramai orang takkan tahu seumpama di laci-laci kabinet dapur, di dalam casing komputer atau lainnya. Tiada siapa akan perasan.
Ingin kenali emas fizikal lebih dekat. Download ebook ini! |
100 keping 1 gram saya kira masih tidak perlu disimpan di luar rumah. Asalkan jangan sebarkan berapa jumlah emas yang anda ada!
Jika lebih daripada itu, simpan sahaja di bank. Paling mahal pun hanya RM43/bulan.
Jika nilai emas anda bersamaan RM 100-200K, maka menyimpan di bank adalah satu keperluan juga.
Diharapkan tips ini dapat bantu anda menyimpan emas fizikal lebih banyak. :)
Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.