RAKAN BISNES BARU!


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung setia kami. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya!"

Selalu saya dapat soalan ni dari rakan-rakan bisnes saya,

"Boleh ke kalau bukan warganegara Malaysia mendaftar sebagai ahli dan menjadi ahli, agen atau stokis Power Gold ni?"

Mesti anda pun tertanya-tanyakan. Maklumlah emas. Semua orang tidak kira apa bangsanya, agamanya apatah lagi kewarganegaraannya pasti teruja. 

Emas itu sendiri adalah perhiasan fitrah yang Allah sediakan kepada manusia. Sebab itulah, semua manusia senang hati apabila berurusan dengan emas ni.

Allah SWT sendiri yang beritahu kita di dalam Quran,

"Dihiaskan kepada manusia kesukaan kepada wanita dan anak pinak serta harta yang melimpah ruah daripada EMAS dan perak, kuda yang terlatih........"

AHLI DARI SEBERANG


Ini rakan baru kami dari Indonesia. Beliau tinggal di Keramat dan sudah berada di Malaysia hampir 8 tahun lamanya. Kerja sampingannya adalah mengajar Quran kepada pelajar dewasa dan kanak-kanak.

Siapa sangka, ustaz dari seberang ini berminat untuk bukan hanya menjadi ahli, bahkan menjadi agen untuk bersama membantu orang lain menyimpan emas dengan ilmu dan kesedaran. Sungguh hebatkan?

EMAS UNTUK SEMUA

Sebenarnya untuk yang belum tahu, Power Gold telah menerima keahlian dari negara-negara jiran berdekatan seumpama Singapura dan Brunei.

Batas sempadan tidak menjadi alasan untuk menyempitkan dunia bahkan ia menjadi motivasi untuk mengembangkan perniagaan hingga ke persada dunia.

Apa yang diperlukan ketika pendaftaran hanyalah nombor passport dan juga akaun bank yang dibuka di Malaysia. Mudah kan?

Orang asing yang bekerja atau menetap di Malaysia walaupun dengan kewarganegaraan berbeza tetap mendapat peluang yang sama untuk menyimpan emas dan berniaga emas juka mereka mahu. 

Bahkan lebih dari itu, jika mahu membina network bisnes sendiri pun, ia dibenarkan. Lagipun ia termasuk dalam pakej keahlian. Tiada salahnya.

MENGAPA TIDAK KITA?

Sayangnya kita di Malaysia, masih ramai yang terus mengkaji dan mengkaji. 

Tiada salahnya mengkaji tapi jika sudah 3-4 bulan mengkaji, bayangkan berapa banyak masa anda telah terbuang begitu saja.

Orang lain telah bermula tapi anda masih terkial-kial mengatur rentak dan irama. Terus bertangguh kerana ketakutan yang tidak pasti hanya merugikan diri sendiri.

Jika orang seberang seperti rakan bisnes saya ni ada kesedaran tentng simpanan emas fizikal, mengapa tidak kita?



Sampai bila mahu menunggu sahaja. Peluang datang dan pergi pada semua manusia. Semua ada peluang yang sama. 

Namun, tak semua yang sedar bahawa peluang selalunya datang tapi hati kita tak cukup bersedia menerimanya hanya atas sebab ketakutan yang tiada asasnya dalam jiwa.

Jadi apa tunggu lagi. Mulakan sekarang. Usah bertangguh dan hanya memandang kejayaan orang. Jika mereka boleh, mengapa tidak kita?

Semangat tu semangat juga. Tapi jangan sampai lupa untuk daftar ahli dahulu sebelum lakukan apa-apa. :)

Sekian dulu sharing hari ni. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...