APA YANG PENTING? KERJASAMA.....!

Assalamualaikum semua. Kami doakan, "Anda kaya dan berjaya."

Hari ni kami nak berkongsi satu kisah di alam haiwan kepada anda. Tapi jangan rasa ia tidak membawa maksud apa-apa.

Kisah ini insyallah akan saya ulas berkaitannya dengan dunia kita sebagai manusia.

CERITANYA.....

Pada satu hari, seekor arnab sedang asyik menikmati pucuk daun manis. Tanpa disedarinya, seekor anjing hutan telah menerpanya dari belakang,"Kau tak boleh lari lagi, Arnab. Hahaha."



Sang Arnab ketawa,"Hahaha, saiz kau tidak langsung menakutkan aku. Mari kita bertarung di dalam lubang tanah ini. Siapa yang kalah, jadi bahan makanan si menang."

Sang Anjing marah betul,"Cis! Kau perkecilkan aku. Ayuh, kita lawan." 

Selepas Sang Arnab masuk ke lubang tanah, Sang Anjing mengikuti belakang Arnab dengan yakin.

Selang sepuluh minit, keluarlah Sang Arnab menggigit sepotong lidah yang berdarah-darah. Pastinya, itulah lidah Sang Anjing.

Sang Arnab kembali pada aktiviti cerianya, menikmati pucuk daun.

Tapi, tiba-tiba.

AWUUUU….

Muncul pula Sang Serigala Hutan, menunjukkan taringnya. Lapar benar kelihatan Sang Serigala Hutan itu.

Pujuk Sang Arnab,"Wahai Sang Serigala, sebelum kau makan aku, izinkan aku masuk dahulu ke lubang tanahku ini. Kemudian, kau makanlah aku di situ." 

Tawaran Sang Arnab ini dijawab dengan anggukan dan senyum oleh Sang Serigala. Mereka berdua pun masuklah ke lubang tanah.

Selepas beberapa minit, maka keluarlah Sang Arnab sambil memakai kulit Sang Serigala yang masih segar disiat-siat. 

Sang Arnab kembali semula ke pucuk-pucuk daun kegemarannya.

Beberapa jam selepas itu, Sang Beruang melompat dari rimbunan belukar,"Waarkh!! Hairan!! Kenapa tiada satupun haiwan makananku tidak muncul hari ini? Arnab pun jadilah."

Tanpa membuang masa, Sang Arnab terus meluru ke dalam lubang tanah. 

Apalagi, Sang Beruang menyeluk tangannya ke dalam lubang itu. Tidak semena-mena, tangan Sang Beruang ditarik masuk dari dalam. Mereka berdua kini di dalam lubang. Bising sekali pertarungan mereka.

Seketika kemudian, keluarlah Sang Arnab dengan penuh darah berlumuran di tubuhnya. Dia melihat matahari pun telah melabuhkan tirainya.

Seketika kemudian, Sang Arnab menjerit ke arah lubang tanah itu, “Ok, kau boleh keluar sekarang!!”

Keluarlah satu sosok tubuh yang tegap dan perkasa, Sang Harimau, dengan penuh bergaya. Harimau tersenyum.

"Bagus Arnab. Kita akhiri projek usahasama kita hari ini dengan cemerlang sekali. Aku dah kenyang. Bekalan untuk keluargaku pun dah cukup."



Sang Arnab tersenyum,"Baiklah Sang Harimau. Terima kasih atas perlindungan yang kau beri sepanjang hari. Tidak pernah aku begitu senang menikmati pucuk daun seperti hari ini."

Sekian.

Begitulah cerita pendek dunia haiwan hari ini. 

APA YANG TERSIRATNYA

Kisah motivasi ini patut dipelajari oleh ramai usahawan:

1. Joint Venture (JV) adalah senjata kejayaan yang tidak menguntungkan seorang diri. JV adalah saling melengkapi kelebihan diri para usahawan, supaya melengkapi kelemahan antara satu sama lain, dan akhirnya mewujudkan KEKUATAN besar yang tak pernah diduga.

2. Kenapa perlu takut berkawan dengan Harimau kalau anda adalah Arnab yang bijak walaupun lemah? 

Jika anda adalah Harimau, lihatlah betapa mudahnya kerja seharian anda kerana dibantu oleh Arnab.

3. Kenali pesaing anda, kemudian bertindaklah SESUAI dengan keadaan. 

Sang Arnab kenal dengan musuh-musuhnya. Dia kenal saiz tubuh Anjing serupa dengan saiznya, jadi dia ajak bertarung. 

Dia sedar serigala tangkas dan cepat darinya, maka dia memujuk Serigala untuk diperdaya. 

Arnab faham beruang adalah haiwan yang lembap pergerakannya, maka dia terus saja masuk ke lubang supaya dikejar oleh musuhnya.

4. Keuntungan bukanlah sesuatu yang baik dibolot seorang diri. Namun ia perlu disimpan sebagai bekalan, ataupun dikongsi beramai-ramai.



Oleh itu, tidak kira, sama ada anda ARNAB atau HARIMAU, soalan saya,

Mahukah anda JOINT VENTURE dengan saya?

Mahukah kita KONGSI UNTUNG bersama-sama?

Sertai Empayar Wafiq-i Gold sekarang dalam bisnes emas fizikal. Empayar emas fizikal terbesar di Malaysia!

Kita sama sama mengorak langkah untuk kaya dan berjaya insya Allah.
Untuk 'kenali' emas lebih baik, sila view ebook ini. :)

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...