Izinkan kami berkongsi hari ini berkaitan perbezaan antara penyimpan emas fizikal dan pelabur emas maya.
Bukan apa. Kami selalu menerima pertanyaan dari mereka yang masih ramai keliru antara simpanan dan pelaburan emas.
Sangkanya dengan Power Gold, mereka akan melabur lagi dalam akaun emas maya sedangkan hakikatnya jauh berbeza. Dengan Power Gold, anda hanya menyimpan emas fizikal.
Beli emas, mesti dapat emas. Seumpama anda beli emas dari kedai emas. Dapat pegang, dapat cium baunya dan dapat simpan di dalam beg tangan anda.
Yang berbeza pada Power Gold adalah harganya dan juga konse saving, trading dan networkingnya. :)
Yang berbeza pada Power Gold adalah harganya dan juga konse saving, trading dan networkingnya. :)
SIMPANAN EMAS FIZIKAL
Biasanya disimpan dalam 3 jenis:
- Bar (Jongkong) - Biasanya dari emas 999
- Dinar (Syiling) - Biasanya dari emas 999
- Barang kemas - Biasanya dari emas 916
Ketiga-tiganya anda boleh beli emas fizikal, kumpul dan simpan sebagai hak milik anda. Sama ada simpan di bank atau di rumah. Mengikut kesesuaian jumlah emas yang anda ada.
Jumlahnya boleh dibeli secara harian, mingguan, bulanan ataupun tahunan mengikut bajet yang anda ada.
Tidak digalakkan untuk meminjam atau menambah hutang baru untuk menyimpan emas fizikal seperti ini. Kerana ia umpama menukar sahaja simpanan dari bentuk wang kertas kepada bentuk emas fizikal yang lebih bernilai.
Simpanan emas fizikal ini diharuskan oleh agama dan juga Bank Negara Malaysia. Tiada salahnya.
Peluang menyimpan semakin besar jika dilihat kepada senarai ar-Rahnu yang semakin banyak di Malaysia. Ia akan menjadi satu simpanan seumpama bank.
Tapi mungkin juga akan melumpuhkan sistem bank jika bank masih berkeras untuk terus menjalankan aktiviti riba wang kertas mereka dalam banyak urusan kewangan seharian. Tambahan lagi dengan keadaan ekonomi yang semakin 'senak' ini.
Simpanan emas fizikal milik persendirian ini boleh digunakan sebebas mungkin oleh pemiliknya. Sama ada untuk simpanan sahaja, atau untuk gadaian apabila perlu, atau untuk diperjualbelikan jika mahu.
Pemilikan emas fizikal tiada hadnya dan tiada pulangan tetap bulanan. Pulangannya hanya ketika dijual ketika harga emas tinggi sahaja. Biasanya setelah disimpan setahun ke atas untuk keuntungan minimum.
Untuk pulangan segera secara bulanan, tuan punya emas fizikal boleh berjual beli emas miliknya atau membantu syarikat emas berjual beli dengan menjadi orang tengah antara syarikat dan pelanggan.
Hendak lebih untung, buatlah networking. Ia umpama cawangan kedai emas tapi secara online. Emasnya tetap ada cuma urusan jual belinya adalah secara atas talian. Berurusan, bayar secara online dan dapat barang secara pos.
Lagi besar network anda lagi besarlah untung segera yang anda dapat. Untung berniaga di bawah satu kedai tak sama dengan untung berniaga di bawah puluhan apa lagi ribuan kedai. :)
PELABURAN EMAS MAYA
Biasanya disimpan dalam 2 bentuk:
- Akaun Pelaburan Emas
- Sijil Pelaburan Emas
Dengan kedua-dua jenis 'buku pelaburan' ini anda hanya boleh beli emas maya, kumpul dan simpan sebagai hak milik anda. Tapi tidak boleh disimpan di bank atau di rumah. Emas maya ini disimpan oleh pihak ketiga.
Yang pastinya, anda sendiri tak pernah dan tak akan dapat pegang atau cium emas maya ini. Entahkan ada, entahkan tiada. Yang pasti ada hanya akaun dan sijil pelaburan itu sahaja.
Jumlahnya boleh dibeli mengikut pakej yang ditawarkan oleh syarikat pelaburan emas maya itu mengikut bajet yang anda ada. Semakin tinggi pelaburan yang anda buat, semakin tinggi juga 'keuntungan' yang 'dijanjikan' buat anda.
Anda digalakkan untuk meminjam atau menambah hutang baru untuk melabur emas maya seperti ini. Kerana ia umpama tambahan belanjawan bulanan untuk keuntungan berlipat kali ganda di masa depan.
Skim pelaburan emas maya ini diharamkan oleh Islam dan juga Bank Negara Malaysia. Di dalamnya terdapat banyak unsur kekeliruan (gharar) dan juga riba yang berjenis-jenis namanya.
Peluang pelaburan emas maya ini semakin mengecil di Malaysia setelah Bank Negara Malaysia telah mengambil tindakan terhadap beberapa skim seumpama itu satu ketika dahulu.
Kecenderungan dan kesedaran masyarakat kepada simpanan emas fizikal di tangan yang lebih terjamin juga menyebabkan pergerakan skim-skim too good to be true ini semakin lambat bergerak.
Tapi skim seumpama ini umpama jerat yang tidak pernah melupakan mangsanya. Setiap hari mereka bekerja untuk meramaikan lagi jumlah 'peleburan' wang orang tiada ilmu dan kesedaran tentang emas fizikal dalam jerangkap samar mereka.
Pelaburan emas maya milik syarikat ini tidak boleh digunakan sesuka hati oleh pemiliknya (peserta). Sama ada untuk simpanan sahaja, atau untuk gadaian apa bila perlu, atau untuk diperjualbelikan jika mahu.
Syarikat akan membayar dividen bulanan yang tinggi kepada peserta sebagai imbal balasnya. Hasil keuntungan pelaburan emas maya nanti akan diisytiharkan oleh syarikat. Untungnya dijanjikan berpuluh kali ganda dalam setahun. Percayalah.....ia mimpi manis sahaja.
Pemilikan emas maya ini tiada hadnya dengan pulangan tetap bulanan. Pulangannya berkadaran dengan jumlah pelaburan.
RINGKASNYA
Buatlah keputusan bijak dengan timbangan yang waras. Tutup dulu telinga dari suka dengar cakap-cakap dan kajilah sendiri. Rasa was-waslah lagi, terimalah hadiah 2 ebook ini dari kami.
Yang penting, baca, hadam dan fikir, insyallah anda akan lebih yakin seperti kami untuk menyimpan emas fizikal. Ia lebih selamat dan lebih menguntungkan!
Sekian dulu dari kami. Kami doakan anda kaya dan berjaya. Wassalam.
Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.