7 PANTANG LARANG SIMPANAN EMAS


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Kami doakan 'Anda Kaya dan Berjaya'. 

Walaupun agak lama tidak menulis di sini, tapi bertali arus persoalan tentang simpanan emas mengetuk whatsapp kami setiap hari. 

Alhamdulillah. Perkembangan kesedaran yang amat positif kini.

Terima kasih buat semua yang terus setia menimba ilmu bersama kami berkaitan simpanan emas fizikal.

Ok, hari ni kami nak berkongsi 7 pantang larang dalam simpanan emas. Jangan lakukan sama sekali jika anda ingin kaya dan berjaya.

1. JANGAN MALAS

Sebaik sahaja anda sedar tentang simpanan emas, dapatkan info yang berkaitan dengan emas dan ekonomi. 

Sejarah awalnya sebagai matawang dunia, emas dan Islam, quran dan hadis. Sejarah kegelapan wang kertas dan manipulasi nilai emas. Bacaan kebangkitan emas di masa depan dan akhir zaman dan lainnya.

Jangan lari dari hakikat bahawa emas adalah ikatan utama ekonomi dunia sejak dahulu kala lagi hinggalah kiamat nanti. 

Ia harta utama yang disebut di dalam Quran yang diberikan kepada manusia untuk membina kehidupan di atas dunia ini.

2. JANGAN MASUK AR-RAHNU 

Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ar-Rahnu untuk membuat 'skim cepat kaya' secara sedar atau tanpa sedar.

Ketahuilah bahawa tujuan ar-Rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada mereka yang memerlukan, bukan kepada mereka yang tamak.

Siapakah orang tamak? 

Orang yang berjual beli emas menggunakan sistem modal:pajak. Baik sistem 35:65 atau 30:70. 

Dan juga mereka yang keluar masuk ar-rahnu untuk memaksimakan pembelian emas dari 'hutang' pinjaman.

Untuk memendekkan tulisan, 2 teknik skim kayap ini saya ceritakan di post yang lain pula.

3. JANGAN JUAL EMAS ANDA 

Jangan jual tanpa tujuan. Ramai berpinar mata apabila diajar beli emas ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi. 

Jadi untuk apakah tujuan anda simpan emas? Ia cerita berbeza jika anda adalah seorang penjual emas atau perunding emas seperti kami.

Emas adalah aset yang harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang. 

Jika harga tinggi sahaja dalam jangka masa pendek anda terus jual, maka tiada apa di tangan anda nanti.

'Lepaskanlah' emas hanya untuk 4 perkara sahaja. Saya tahu perit rasanya melepaskan aset yang kita paling sayang, tapi ia pasti berbaloi jika tujuannya adalah:

  1. Membeli rumah secara tunai, 
  2. Memiliki hartanah secara tunai, 
  3. Modal untuk berbisnes,
  4. Keperluan atau kecemasan terdesak.

4. JANGAN SIMPAN WANG MELEBIHI EMAS

Jangan menyimpan terlalu banyak 'kertas' (wang). Sebaliknya simpanlah mengikut jumlah belanja kegunaan bulanan sahaja. Dan mungkin sedikit jumlah untuk tujuan kecemasan.

Emas adalah penyimpan terbaik (kalis inflasi). Setiap kali harga emas naik, secara mudahnya ia menunjukkan betapa lemah dan inflasinya nilai wang kertas kita. 


Jangan terpedaya dengan bonus, dividen dan pulangan yang ditawarkan oleh pihak bank atau lainnya. 

Tapi kajilah berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan nilai RM500 di tangan anda hanya bernilai RM250 sahaja ketika berbelanja.

Itulah maksud nilai! 

5. JANGAN TUNGGU 

Jangan menunggu harga rendah baru nak menyimpan. Orang  selalu cakap emas mahal, tak mampu nak simpan. 

Kerana tak pernah murahlah kita sepatutnya simpan emas. Berlalunya setiap tahun, maka meningkat harga emas.

Bayangkan jika kita mula simpan emas ketika orang dulu kata 'mahal' pada harga RM38/gram pada tahun 1990. Sekarang 2016 dah cecah RM 200/gram.

Tahun demi tahun harga makin mahal kan? Maka, simpan dan tunggu. Bukan tunggu dan menyesal.

Jika yang meniaga emas macam mana? Lagi untung!

6. JANGAN TOLAK

Jangan menolak atau menafikan nilai emas. Emas pernah menjadi matawang Islam. Dikenali sebagai 'dinar'. Diguna pakai ribuan tahun lamanya.

Kebelakangan ini semakin banyak pihak cuba mengembalikan matawang Islam ini setelah menyedari praktikaliti kertas sebagai matawang adalah sangat lemah.

Memang kita tidak mampu kembalikan peranan emas 100% kerana wang kertas masih giat digunakan. Tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita. 

Saya sudah bermula, anda bila lagi?

7. JANGAN PENTING DIRI 

Setelah anda menjadi seorang yang celik emas, janganlah berdiam diri dan tidak menyampaikan info ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan

Sebarkanlah tentang kebaikan emas. Bukan hanya dari sudut perhiasan tapi dari aspek lebih utama iaitu simpanan. 

Memang ada yang masih belum terbuka fikirannya. Kerana sudah terlalu lama kita gunakan kertas sebagai matawang atau juga kerana kita dimomokkkan bahawa emas hanya sekadar perhiasan.

Gunakanlah cara berhemah ketika menyampaikan dan memperkenalkannya.

Anda memang awesome kalau boleh baca hingga habis. Dan bertambah hebat jika dapat mengamalkan dan menyebarkannya.


Setakat ini dulu buat hari ini. Semoga bermanfaat buat semua.

Saya doakan,"Anda Kaya dan Berjaya". Wassalam.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...