7. APAKAH ASET NO 1 ANDA?


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana terus bersama kami di dunia maya ini.

Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Bila saya sebut aset, pasti ramai yang akan terfikir harta benda seperti rumah, hartanah, duit, saham dan anak-anak.

Semuanya berkaitan perkara yang boleh dilihat atau nampak bukan?

Tetapi bagi saya, aset nombor 1 selain daripada nikmat Islam, Iman dan Kesihatan adalah MASA!

Demi masa, setiap daripada kita di dalam kerugian, melainkan mereka yang beramal soleh dan ingat mengingati antara satu sama lain. (Al-Asr)

Setiap detik kita di dalam kerugian! Apatah lagi bila kita tidak menggunakan setiap pemberianNya dengan maksima untuk manfaat ramai orang lain. 

Kita tersangkut dengan Limited Belief di dalam minda kita yang menyebabkan kita bermain dalam hidup yang kecil dan biasa-biasa!

Ramai orang bertanya saya apakah transformasi terpenting yang berlaku dalam hidup saya?

Jawapannya adalah apabila saya mampu belajar menguasai minda akal saya dan beroperasi pada tahap kuasa minda jutawan. 

Ia tidak berlaku dengan anda menjadi jutawan dahulu then baru anda kuasai minda bertaraf jutawan atau multi-millionaire!

Ia adalah terbalik!

Untuk anda mencapai tahap hidup jutawan atau multi-millionaire, anda mesti upgrade sistem processing atau operasi akal, minda, hati dan fizikal anda berada pada tahap yang ready untuk run pada tahap kehidupan dan kewangan yang anda impikan!

Ramai orang buang masa jika anda tidak memaksimakan potensi diri, hidup dan kewangan anda dengan segera kerana masa berjalan dan anda tidak boleh undur semula!

Dan sampai masa, kita akan mati. Adakah kita telah bina kejayaan dunia dan untuk akhirat kita Insha Allah? Atau kita stuck dengan keadaan biasa-biasa?

Jika anda sentiasa mengikuti perkongsian motivasi ini, anda sebenarnya telah melalui proses awal merubah cara anda berfikir, emosi dan kuasa tindakan anda.

Tapi anda perlukan kefahaman yang lebih tinggi dan lebih powerful untuk mencapai apa sahaja impian anda bukan?

Itu kelebihan yang anda akan perolehi jika anda pelajari cara menguasai minda anda seperti seorang jutawan yang berjaya.

Apa itu minda jutawan? Apakah rupa minda jutawan?

Minda memainkan peranan yang penting dalam membantu anda mencapai setiap kejayaan samada matlamat kecil atau besar, matlamat harian atau matlamat utama.

Dengan matlamat kecil harian, anda mungkin senang nak tahu apa yang anda mahu capai, tetapi apabila ia melibatkan matlamat utama, ia adalah agak berbeza. 

Anda mungkin mempunyai idea yang samar-samar, tetapi ia tidak mencukupi.

Untuk mencapai apa-apa dengan  menggunakan kuasa minda anda, anda perlu tahu apa yang anda mahu lakukan. 

Anda perlu ada matlamat yang jelas dan anda perlu tahu bagaimana anda boleh mencapainya.

Kebanyakan orang terus berfikir dengan cara pemikiran yang sama dan menggambarkan imej mental mengikut cara automatik, tanpa sedar diri. 

Ini bermakna mereka terus melihat filem yang sama di dalam fikiran mereka, dan akibatnya, mereka mewujudkan tahap hidup yang sama dalam kehidupan.

Anda sebenarnya boleh menukar fikiran dan imej dalam minda anda itu dengan memasukkan kaset baru ke dalam ‘VCR’ minda.

“As thoughts create events and circumstances, by changing the habitual thoughts, life's events and circumstances change too.” 

Sebagaimana pemikiran kita membina realiti hidup kita hari ini, dengan mengubah pemikiran biasa-biasa kita, peristiwa-peristiwa hidup dan keadaan kita akan berubah juga.

Apabila anda menguasai minda anda, anda akan menguasai dunia anda. Apabila anda mampu untuk menguasai minda, anda akan berjaya membebaskan diri anda daripada tabiat dan sikap negatif. 

Maka minda tidak boleh lagi mempengaruhi cara anda rasa, emosi anda, dan tingkah laku anda.

The Power of Thoughts (Kuasa Pemikiran)

Jika anda terus berfikir tentang masalah, ketakutan dan kegagalan hidup, anda akan mencerminkan pemikiran ini.

Jika anda terus berfikir mengenai keadaan semasa anda sekarang, anda akan terus mencipta semula  keadaan hidup anda sekarang.



Ramai orang terperangkap dengan cara pemikiran ini, dan seterusnya, menarik ke dalam kehidupan mereka peristiwa dan keadaan yang sama berulang-ulang kali.

Anda sebenarnya boleh menukar cara anda berfikir dan anda boleh memilih pemikiran yang anda mahu.

Anda boleh mula mencipta imej baru, cantik, dan positif dalam minda anda.

Anda boleh memilih untuk tidak melihat peristiwa silam yang mengisi minda anda.

Anda boleh melihat gambaran mental pilihan anda walaupun keadaan sebenar anda adalah sangat berbeza daripada imej mental anda.

Anda boleh memilih jenis filem untuk bermain di ruang minda anda.

Anda boleh pilih untuk mereka-cipta hidup anda dalam minda anda seperti yang anda impikan.

Apakah perasaan anda sekarang apabila membaca ayat-ayat ini? Adakah anda mahu menguasai hidup anda?

Di dalam perkongsian motivasi emas seterusnya, saya akan berkongsi ilmu tentang ‘Kuasa Minda Jutawan’.

Anda akan merasai pengalaman menikmati kewujudan diri sendiri, merasai betapa beruntungnya anda dilahirkan sebagai anda. 

Tanpa anda kenali diri sendiri, bagaimana anda mampu untuk menghadiahkan kejayaan kepada diri anda sendiri, apatah lagi kepada orang yang anda sayang?

Kami doakan anda kaya dan berjaya. Wassalam.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...