SIMPANAN EMAS: ANTARA CINA DAN MELAYU


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya".

Pernah tak dengar pepatah ini,"Mati seorang Cina, lahir seorang jutawan. Mati seorang Melayu, tergadai satu tanah."

Kali pertama kami mendengarnya adalah dari ucapan seorang perunding insurans yang kami kenali satu ketika dulu.

Terpempan juga mendengarnya buat kali pertama kerana ia adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan 100%.

Tapi kami ada pepatah baru yang lebih menarik,

"Mati seorang Cina, lahir seorang jutawan. Mati seorang Melayu, lahir seorang jelitawan."

PERBEZAAN SIMPANAN EMAS ANTARA 2 BANGSA

1. KEUNTUNGAN VS PERHIASAN

Tahukah anda bahawa orang-orang Cina di Malaysia 90% daripada simpanan emas mereka adalah dalam bentuk bar/jongkong dengan kualiti 999 atau disebut emas sepuluh dalam masyarakat Melayu.

Tetapi berbeza dengan orang Melayu yang merupakan penyimpan utama emas dalam bentuk perhiasan dengan kualiti 916 atau disebut emas Singapura/emas Kelantan.

Mungkin ada yang belum jelas perbezaannya. Saya ringkaskan peratusan untung tahunan bagi kedua-dua jenis emas ini dahulu. 

  • Emas 999 - Untung kasar tahunan 25% ke atas. Sesuai untuk pelaburan.
  • Emas 916 - Untung kasar tahunan 25% ke bawah. Sesuai untuk perhiasan.

Sekarang nampak bezanya? Nampak betapa orang kita lebih suka 'menunjuk' kecantikan berbanding 'menyembunyikan' keuntungan senyap dari harta mereka?

2. GST VS NO GST 

Emas berkualiti 999 dikategorikan sebagai emas pelaburan yang dikecualikan cukai GST (Goods and Services Tax) sejak mula GST diperkenalkan kepada awam.

Manakala emas berkualiti selain 999 termasuk 916 dikenakan GST kerana dikategorikan sebagai emas perhiasan sahaja.

Maka, orang Cina terus berebut-rebut menyimpan emas 999. Belian mereka bukan sedikit. Berkilo-kilo setiap bulan. Paling kurang pun berpuluh gram sebulan.

Manakala orang Melayu terus berebut-rebut menyimpan emas 916. Cantik, design baru, promosi, free gift adalah senjata emosi yang boleh memenuhkan kedai emas setiap masa.

Istiqamah orang Melayu dengan berhias adalah sangat luar biasa!

Adakah mereka tidak sedar atau sengaja tidak mahu sedar? Ini persoalan yang bermain dalam fikiran kami.


Sepatutnya kita begini!

Biasanya sebagai manusia yang waras, kita akan sejauh mungkin daripada cukai, bukan semakin mendekatinya. Betul ke betul?

Masih belum nampak permainannya?

Purata untung bersih tahunan emas:
  • 999, min 25% - GST 0% = 25%
  • 916, max 25% - GST 6% = 19%!

Mudah kira untuk GST per gram adalah:

Emas 999 - RM0 
Emas 916 - RM9 

3. KOS UPAH VS TIADA KOS UPAH

Kos upah atau kos workmanship adalah salah satu kos yang dimasukkan dalam harga emas.

Kos upah ditentukan mengikut rekabentuk dan kadar kerumitan produk tersebut. Semakin rumit rekabentuknya, semakin tinggi kos upah. Biasanya dalam kadar RM50 - RM300

Kos upah tidak dikenakan pada bar emas 999. Tapi semua jenis emas jenis perhiasan dikenakan kos upah yang tidak sedikit terutamanya untuk emas 916.

Andai kata anda ingin membeli cincin 916 seberat 2 gram.

Katakan harga emas 916 ketika ini adalah RM170/gram. Harga yang anda sangka anda akan bayar adalah RM 170 x 2 gram = RM 340.

Tapi tunggu !!

Jumlah itu belum ditambah kos upah. Untuk cincin biasa saja, kadar upah mungkin menjangkau RM50. Maka, jumlah yang anda perlu bayar adalah RM340 + RM50 = RM390.

Kami ringkaskan untuk kos upah per gram adalah:

Emas  999 - 0% 
Emas 916 - 15% 

Harus diingat, apabila anda menjual semula emas anda, kos upah dan GST tidak akan diambil kira ye. 

Maka kiralah kerugian orang Melayu yang majoritinya menyimpan perhiasan 916!

Purata untung bersih tahunan emas:
  • 999, min 25% - GST 0% - Kos upah 0% = 25%
  • 916, max 25% - GST 6% - Kos upah 15% = 4%!

4. SUSUT NILAI

"Eh ada lagi ke?" 

Mungkin ada yang kata begitu kerana sudah dapat membayangkan kerugian demi kerugian yang 'orang kita' buat dan keuntungan demi keuntungan yang 'orang mereka' kumpul.

Ya. Susut nilai inilah yang paling diperhati dan diteliti oleh orang-orang Cina. 

Beza dengan orang Melayu, mereka lebih meneliti sama ada emas mereka diterima di pajak gadai ataupun tidak.

Spread memerlukan tajuk khas untuk perbincangannya. Cuma di sini saya ringkaskan sahaja.

Susut nilai dari harga emas semasa bagi emas 999 adalah minimum 1%. Manakala bagi bagi emas 916 adalah minimum  15%.

Purata untung bersih tahunan emas:
  • 999, min 25% - GST 0% - Kos upah 0% - Spread 1%= 24%
  • 916, max 25% - GST 6% - Kos upah 15% - Spread 15% = -11%!

Mana lebih menguntungkan? 

Emas 999 minimum untung tahunan 24%. Emas 916 minimum rugi 11%. 

Betul tak apa yang saya nyatakan dalam pepatah awal tadi.

Apabila orang Cina meninggal dunia, mereka mewariskan keuntungan dan kekayaan dari simpanan emas 999 itu kepada anak cucu mereka hingga lahirlah seorang jutawan baru.

Sedangkan apabila orang Melayu meninggal dunia, mereka mewariskan perhiasan kepada anak cucu mereka hingga lahirlah seorang jelitawan baru sahaja.

Boleh dikatakan orang Cina sukakan keuntungan. Dan orang Melayu sukakan kecantikan?

Atau sebenarnya mereka belum sedar permainan simpana emas ini?



Wallahua'lam. Saya juga tidak pasti. Cuma doakan kami terus istiqamah membantu lebih ramai orang kita supaya cepat sedar.

Kerana orang kita adalah kuasa beli utama emas ini. Orang-orang lama kita juga banyak menyimpan emas 999 sebelum datang generasi 60-70an yang mula menyimpan emas 916.

SHARELAH post yang kami tulis ini bersama rakan taulan anda yang gemar menyimpan emas. Semoga kita faham bersama, menyimpan bersama dan mewariskan kekayaan emas ini juga bersama.

Setakat ini dulu buat hari ini. Semoga bermanfaat buat semua.

Saya doakan,"Anda Kaya dan Berjaya". Wassalam.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...