Saya ada satu soalan buat anda hari ini.
Pernah tak terfikir, manusia di dunia ini dah macam di‘klon’. Semuanya sama sahaja.
Lahir-lahir, pergi sekolah, perlu belajar pandai-pandai, perlu kerja bagus-bagus, pakai tie, keluar pagi balik malam, berkeluarga, ada rumah, ada kereta, ada hutang. Cukup?
Cuba anda pandang kiri dan kanan anda, berapa ramai orang yang anda kenal yang ada ciri-ciri ini?
Apa yang lagi buruk, kita klonkan juga perangai-perangai yang tak bagus ke dalam diri sesama kita.
Jalan raya penuh sesak dengan trafik jam tapi masjid dan surau waktu Subuh dan Maghrib sunyi sepi. Banyak masa kita dibazirkan atas jalan dan demi kerjaya majoritinya.
Kenapa? Kerana kita semua sama sahaja pada satu tahap. Mengejar apa yang kita rasakan penting sehingga terlupa ada yang lebih penting lagi.
Kenapa kita tak nak jadi berbeza dari orang lain?
Berbeza dari sudut yang lebih baik, bangun awal pagi dapat tunaikan solat-solat sunat, dapat duduk lama-lama atas sejadah, berkomunikasi dengan Tuhan.
Kemudian, dapat buat sesuatu yang kita sangat suka dan minat dan dapat hasil yang banyak darinya yang boleh pula dikongsikan sesuka hati dengan orang yang memerlukan. Tanpa sedikit keraguan atau ketakutan.
Kenapa kita tak nak jadi seperti itu?
Apa yang menghalang kita?
Apa yang kita takutkan?
Prinsip orang kaya dan berjaya adalah,"It's ok to be different from others!"
Jangan pula kata,"Aku tak macam orang lainlah."
Tak perlu ikut orang lain. Jadi diri sendiri yang berani untuk explore sesuatu yang luar dari kebiasaan manusia.
Berbeza cara fikir. Berbeza cara hidup. Berbeza cara makan. Berbeza cara berpakaian. Berbeza cara kerja.
Berbeza cara bukan kerja gila. Tapi ia kerja gila-gila orang kaya dan berjaya.
Tanamkan perkataan ini dalam hidup,"When I said I want to be successful, I got to dare to be different!"
MAsih ingat sirah Nabi SAW. Nabi bermula dengan menjadi BERBEZA dari kaumnya.
Perbezaan itu adalah faktor terbesar sesebuah kejayaan.
Sekian dulu perkongsian dari kami. Semoga anda kaya dan berjaya. Wassalam.
Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
MAsih ingat sirah Nabi SAW. Nabi bermula dengan menjadi BERBEZA dari kaumnya.
Perbezaan itu adalah faktor terbesar sesebuah kejayaan.
Sekian dulu perkongsian dari kami. Semoga anda kaya dan berjaya. Wassalam.
Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.