APA ITU SPREAD HARGA EMAS FIZIKAL?

Assalamualaikum semua. Saya doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Hari ni saya nak kongsikan maklumat yang sangat penting ini buat penyimpan emas fizikal semua.

Download review lengkap emas fizikal yang tauke emas 
tak nak anda tahu. Klik gambar.

APA ITU SPREAD HARGA EMAS?

Jika nak menyimpan emas fizikal, maka point utama sebelum anda tukar wang anda kepada emas untuk tujuan pelaburan yang berbaloi, fahami dulu konsep spread price

Konsep ini mudah je kerana ia melibatkan pengiraan matematik yang amat mudah. Tapi bukan sebarangan, spread ini akan menentukan keuntungan optimum anda di masa depan. 



Spread price ialah peratus (%) beza antara harga yang kita beli dan kita mahu jual semula. 

Contohnya kita beli emas fizikal hari ini, RM100 untuk 1 gram. Jika kita mahu jual semula pada hari yang sama, syarikat/bank/kedai emas/penjual emas tidak mungkin akan membeli dengan kita pada harga RM100 itu. Syarikat/Bank/Kedai emas akan membeli semula pada harga lebih rendah contohnya RM90. 

Peratus beza antara harga belian dan jualan semula hari ini adalah 10%. Bagi saya, ia simpanan emas fizikal yang merugikan. :)

Peratus beza harga inilah dinamakan spread

Nilai spread hanya diketahui apabila kita mengetahui berapakah harga jualan dan harga belian sesuatu syarikat. 

Walau bagaimanapun, kebanyakan kedai emas hanya mempamerkan harga jualan emas mereka dan jarang sekali mereka mempamerkan harga belian semula bagi sesuatu tarikh. Solusinya, kena rajinlah bertanyakan tuan punya kedai. 

CONTOH KIRAAN SPREAD GOLDBAR 1 GRAM POWER GOLD



Spread Harga 1 Gram

Harga Ahli = RM177.00 
Harga Belian Balik = RM165.00

Spread = Harga Ahli - Harga Belian Balik
Spread = RM177.00 - RM165.00 = RM12

Peratus Spread = (Spread / Harga Ahli) x 100
Peratus Spread = (RM12 / RM177) x 100 = 6.8%

P/s: Spread Goldbar 1 gram sebenarnya tak sampai 6.8% kerana kos sebenar ahli hanya RM176 sahaja. RM1 dikembalikan dalam bentuk bonus. 

Jadi peratus beza jual beli sebenar adalah:
RM11/RM176 x 100 = 6.25%.

Nilai spread ini adalah yang paling rendah di Malaysia. Ia menjadikan emas fizikal Power Gold paling bernilai untuk disimpan untuk tujuan pelaburan jangka masa panjang! 

BAGAIMANA KITA CEPAT UNTUNG DENGAN NILAI SPREAD YG RENDAH?

Perlu untuk anda ketahui bahawa harga emas yang sedikit mahal tidaklah terlalu penting. Tapi yang lebih pentingadalah nilai belian semula itu. Kerana dari situlah kita tahu, kita untung atau rugi.

Biasanya orang beli emas untuk simpanan jangka panjang dan pastinya untuk mendapat keuntungan. Jadi jika itu matlamatnya, belilah emas fizikal yang spread nya paling rendah. 

Mudah cakapnya, lagi rendah spread, lagi cepat untung.

Spread Powergold dari 5-7% bergantung pada berat emas dan pakej keahlian yang diambil.

Kebiasaan di lain-lain tempat untuk dapat spread 8% anda perlu membeli goldbar yang berat minima 10 gram tetapi di Powergold dengan berat 1 gram spread sudah dikira 6-7%. 

Jadi dengan simpanan 1 gram sudah mampu memberikan anda keuntungan yang cepat dan banyak

Contoh Kiraan

1) Anda beli goldbar 1 gram dari syarikat A dengan harga RM177 dengan kadar spread 12%

2) Anda beli goldbar 1 gram dari Powergold dengan harga RM177 dengan kadar Spread 7%

Andaikata dalam masa 2 bulan goldbar 1 gram harga naik ke RM200 dan anda ingin jual kembali.

1) Syarikat A akan membeli emas anda dengan harga RM176.

Cara kiraan. Spread 12% dari harga semasa RM200 adalah RM24.

RM200-RM24=Harga bersih yang anda dapat RM176. Anda tanggung rugi RM1 per gram.

2) Syarikat Powergold akan membeli emas anda dengan harga RM186.

Cara kiraan. Spread 7% dari harga semasa RM200 adalah RM14.

RM200-RM14=Harga bersih yang anda dapat RM186. Anda untung RM9 pergram

Beli dengan syarikat mana yang lebih cepat untung dan banyak untung?

P/s : Tips, sebelum membeli emas jangan lupa tanya kadar spread jual beli syarikat berkenaan


Download review lengkap emas fizikal yang tauke emas
tak nak anda tahu. Klik gambar.

Sekian dulu perkongsian hari ni. Semoga bermanfaat. :)

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
019-248 6694
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...