MITOS SIMPANAN EMAS


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya".

Mungkin banyak mitos anda pernah dengar berkaitan simpanan emas. Mungkin ada yang anda rasa betul dan ada yang anda rasa tidak.

Jadi hari ni, jom bersama kami untuk kupasan mitos-mitos ni secara ringkas. Kita selesaikan kebenaran atau kepalsuan mitos ini hari ini juga.

Antara mitos kepercayaan orang ramai berkaitan emas adalah:

Mitos 1 - Membeli emas semurah mungkin dengan anggapan ia lebih menguntungkan.

Sebenarnya perkara utama sebelum membeli emas adalah melihat dulu harga jualan baliknya. Dari situ kita akan tahu tentang susut nilainya. Keuntungan emas dikira semasa jualan semuala, bukan ketika belian.

Kami telah menulis tentang susut nilai DI SINI. Anda boleh dalaminya dengan lebih mudah pada post tersebut.

Begitu juga kos-kos lainnya seumpama kos upah, potongan belian balik akibat rosak, terbuka seal dan lain-lain.

Emas Power Gold bukan yang paling murah dalam pasaran dunia tapi ia adalah emas yang memberi untung paling maksimum kepada penyimpannya.

Mitos 2 - Hari ini beli, esok lusa jual kerana harga sudah tinggi dari sebelumnya.

Penyimpan emas jangan terkeliru dengan fungsi peniaga emas ini. Jual beli dalam masa singkat adalah 'kerja' peniaga emas, bukan penyimpan emas.

Simpanan emas memakan masa 1 tahun ke atas kebiasaannya untuk melihat hasil keuntungan secara purata kerana naik turun harga emas berlaku setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan.

Hendak untung jangka pendek, jadilah peniaga emas. Hendak untung jangka panjang jadilah penyimpan emas. Hendak untung jangka pendek dan jangka panjang, jadilah penyimpan dan peniaga emas.

Mitos 3 - Emas 916 dijadikan simpanan. Sebab fikir sama saja emas semuanya.

Kesilapan yang ramai orang kita buat. Selain emas 999 dalam bentuk bar atau dinar atau barang kemas, ia adalah simpanan yang kurang menguntungkan.

Banyak saya sentuh tentang mutu emas sebagai simpanan sebelum ini. Boleh rujuk DI SINI dan DI SINI.

Mitos 4 - Keluarkan zakat setelah capai nisab (timbangan) dan haul (masa) adalah merugikan. 

Mengeluarkan 2.5% setalah emas mencapai had 85g ke atas dan berada dalam simpanan selama setahun adalah menyuburkan harta, bukan sebaliknya.

Betulkan mindset jika anda benar-benar hendak senang dan berjaya di dunia dan di akhirat. Kami kupas panjang lebar berkaitan 'ketakutan mindset' ini DI SINI.

Untuk perbahasan zakat emas secara terperinci, anda boleh lanjutkan bacaan DI SINI.

Semakin ringan tangan anda keluarkan zakat, semakin ringan rezeki menderu-deru datang kepada anda. 

Semakin berat hati nak keluarkan zakat, semakin berat rezeki nak datang dalam hidup. 

Pilihlah yang mana berkenan!

Mitos 5 - Mulakan simpanan bila harga emas 'murah'.

Percayalah, emas memang tidak pernah murah. Bila orang akan kata murah?

Bila telah berlalu tahun-tahun sebelumnya. 

"3 tahun lepas, emas murah tau. 1 gram baru RM150. Sekarang dah mahal. RM200/g".

Apa guna bersembang begitu jika 3 tahun lepas, orang yang kata murah itulah juga yang kata mahal. 

Setelah berlalu 3 tahun berlalu baru nampak betapa murahnya emas ketika itu. Ia satu kerugian besar. Bukan boleh berpatah balik kembali. 

Jadi, mulakan sekarang!

Mitos 6 - Pelaburan emas adalah sama atau lebih menguntungkan dari simpanan emas.

Ini mitos paling tak logik dalam dunia emas. Secara ringkas, simpanan emas, anda beli emas anda dapat emas. Hari ni!

Pelaburan emas, anda beli emas anda dapat kertas, akaun, dividen, bonus, hibah dan lain-lain sebagai gantian emas. 

Atau emas itu mungkin akan dapat 6 bulan akan datang atau selepas 12 bulan akan datang. 



Bayar dulu ceritanya, lepas tu tunggulah bergoyang kaki. Sama ada duit itu jadi labur atau orangnya kabur. Sendiri tanggung la jawabnya.

Skim Cepat Kayap seperti ini sangat disukai oleh orang pemalas. Manakala simpanan emas disukai oleh orang yang berhati-hati dan realistik.

Mitos 7 - Semua simpanan emas adalah pelaburan emas yang merupakan Skim Cepat Kaya.

Mitos ini juga mengelirukan orang ramai. Mungkin mereka belum memahami secara jelas kerangka simpanan emas.

Pukul rata begitu juga adalah tidak tepat. Jika simpanan emas itu adalah Skim Cepat Kaya, maka orang-orang Islam sebelum-sebelum kita semua main skim haramlah jawabnya.

Sebab mereka juga menyimpan emas sebelum wang kertas diperkenalkan kepada kita.

So, cari orang yang boleh terangkan supaya jelas semua persoalan kita.

Atau anda juga boleh baca DI SINI berkaitan simpanan emas.

Elakkan menjadi penghukum jika kita belum jelas tentang sesuatu perkara.

Mitos 8 - Penghantaran emas melalui pos berisiko tinggi.

Ini berdasarkan pengalaman kami sendiri yang berjual beli emas secara berkumpulan tidak kurang 1 kilogram setiap bulan yang semua transaksinya adalah melalui pos... 

Semuanya sampai di tangan pengguna dengan selamat! Tiada satu laporan pun berkaitan hilang, tercicir, tersilap atau sebagainya. 

Ini semua boleh dielakkan kerana sistem pos lebih advance dan bersesuaian dengan sistem perniagaan online yang semakin maju di zaman kita ini.

Bahkan kami merasakan penghantaran emas melalui pos adalah lebih selamat dan lebih menjimatkan.



Kerana emas akan tiba pada tangan pemiliknya di depan pintu rumah tanpa perlu keluar kos duit, tenaga dan masa untuk pergi mencari, membeli dan membawa pulang semula.

Mitos 9 - Asalkan emas. Ada ilmu takde ilmu tak penting.

Mitos ini betul jika anda adalah seorang pengumpul emas perhiasan. 

Anda tak perlu berilmu tinggi untuk kelihatan cantik. Beli sahaja bila ada duit dan ketika hati berkenan dan pakai. Matlamat anda hanya cantik, bukan untung.

Berbeza dengan penyimpan emas. Matlamat mereka adalah untung kerana mereka melihat emas sebagai aset, bukan hiasan.

Untuk mengurus aset, kita wajib ada ilmu supaya aset kita tidak merugikan kita di masa depan.

Maka, jika ada yang menyimpan emas tanpa mempelajarinya dalam masa yang sama, itu tandanya nak bungkus awal.

Mitos 10 - Beli dan jual emas di mana pun tak apa. Janji emas.

Mitos paling mengelirukan yang biasanya digunakan oleh tauke-tauke kedai emas.

Beli dan jual emas di tempat yang salah akan membawa pulangan yang tidak menguntungkan.

Emas adalah emas. Tapi kena beringat bahawa anda tidak dikenakan caj harga emas semasa saja. Banyak perkara perlu diambil kira ketika belian dan juga ketika jualan.

Seumpama caj GST, kos upah, permintaan pasaran, harga jualan balik, syarat jualan balik dan susut nilai.

Caj-caj semasa ini boleh membuatkan anda rugi hingga 40-50% dari harga emas semasa! Sedangkan mungkin anda telah simpan emas itu hingga 5-6 tahun lamanya. Rugi ke sangat rugi?

Pernah anda mengambil tahu hal ini sebelum membeli? 


Klik SINI untuk mendapat mini ebook PERCUMA

Jika tidak pernah, mulakan dari sekarang jika anda benar-benar hendak menyimpan emas.

Sebagai contoh belian emas yang menguntungkan.

- Anda mendapatkan emas dari kilang emas seumpama Power Gold

- Harga lebih rendah dari pasaran sekitar RM30-40.
- Tidak dikenakan caj GST. Tiada kos upah.

- Permintaan belian dan jualan sangat tinggi.

- Susut nilai jual beli maksimum 7% sahaja.

- Syarat jual beli, asalkan emas. Tak kira seal terbuka atau tak.

- Sekiranya anda ingin berniaga emas, disediakan juga platform niaga dengan modal yang mampu.

Sekian dulu untuk perkongsian mitos kali ini. Semoga anda mendapat manfaat dan pencerahannya dari posting ini. 

Kami doakan, "Anda Kaya dan Berjaya."

Alang-alang simpan emas, biar berilmu!

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Tahun
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...