USD1 = RM5 TAHUN DEPAN?

Asaalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Terima kasih kerana selalu bersama kami menimba ilmu dan pengetahuan berkaitan emas fizikal ni. Kami doakan, "Anda Kaya dan Berjaya'.

Hari ni kami ingin berkongsi laporan akhbar yang diterbitkan baru-baru ini untuk perbincangan kita bersama. 

Jika dilihat trend terkini, ramai penganalisa kewangan berasa bimbang dengan ketidakpedulian Malaysia dalam mengawal isu kejatuhan matawang ringgit di peringkat global ini. 

Kebimbangan ini berasas sebenarnya. Sangat berasas dalam mendepani kecelaruan ekonomi dunia dan ketidak seimbangan politik di Malaysia.

"Kebarangkalian untuk ringgit kembali kukuh adalah kecil..."


Boleh jadi murung setahun bila baca berita macam ni kalau tiada ilmu kewangan dan tiada tindakan dari sekarang. Tindakan untuk melindungi simpanan peribadi dan plan pemulihan belanjawan masa depan.

Yang saya nyatakan ini bukanlah untuk peringkat kebangsaan. Tidak praktikal jika idea ini untuk mengubah negara. 

Tetapi tindakan kita ini sangat praktikal untuk ekonomi diri dan keluarga. Bab negara, kita serahkan kepada Bank Negara dan segala kepakaran yang ada pada mereka.

Jangkaan kejatuhan ringgit hingga rm5 untuk 1 USD dalam masa 5 hingga 12 bulan dari sekarang bukanlah terlalu lama. Korang dah buat persiapan dalam kewangan?

Mula tukar dan ubah simpanan tunai anda yang bakal ditelan inflasi kegawatan nanti dengan aset mudah cair seperti emas atau aset susah cair seperti tanah dan rumah.

Anda boleh dapatkan buku Mudahnya Menyimpan Emas DI SINI
Aset mudah cair bagi saya lebih praktikal pada ketika ini memandang aset susah cair sangat mahal harganya yang tak mungkin kita miliki melainkan perlu berhutang dalam tempoh yang panjang. 

Maka aset umpama emas adalah pilihan marhaen sederhana seperti kami ini untuk simpanan jangka panjang dan kalis kejatuhan nilai.

Kerana kejatuhan matawang ini juga, jangan hairan kenapa emas akan mencapai RM500 segram sebelum 2020 nanti. 

Permintaan terhadap emas tinggi atau tidak, nilainya tak pernah menunggu kita. Siapa simpan, raya. Tak simpan, naya!

Alang-alang dah tahu, jom mulakan simpanan segera. Gawat dah paras leher ni. 

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...