Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."
Hari ni kami nak berkongsi dengan anda bagaimana untuk berurusan dengan peniaga kecil. Baik mereka yang terlibat dalam bisnes alam maya (online) atau bisnes terbuka di dunia nyata (offline).
Peniaga kecil ni ibarat seekor kucing tapi bersemangat seperti singa. Mereka boleh mencari 'makan' di lorong mana sekalipun dengan hanya berbekalkan modal yang minimum dan kesungguhan yang optimum.
Peniaga kecil adalah usahawan yang hebat. Selain mencari rezeki untuk keluarga sendiri, mereka bahkan menyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain.
Kerana semangat mereka tinggi untuk kaya dan berjaya, mereka lebih suka berkongsi peluang dalam perniagaan dengan sesiapa saja. Yang kenal ataupun tidak.
Prinsip peniaga kecil tak sama dengan prinsip peniaga jerung besar. Peniaga kecil lebih suka saingan dibuat kawan. Sedang jerung pula lebih suka saingan menjadi makanan.
Atas sebab itulah, maka peniaga kecil perlu disokong dan dibantu. Jangan susahkan mereka dengan karenah kita yang pelbagai.
Tahukah anda.....?
Lee Thiam Wah kini memiliki 350 buat outlet pasar mini 99 Speedmart bermula dengan menjual di tepi jalan.
Pemilik 140 outlet peralatan sukan Al-Ikhsan, Tuan Haji Ali Hassan juga memulakan bisnes kecil-kecilan. Hari ini, selain menguruskan rangkaian kedai tersebut, beliau juga pemegang hak pengedaran kepada empat jenama sukan terkemuka dunia di Malaysia.
TIPS BERURUSAN
1. Beli Barangan Mereka
Sekiranya kita ingin melihat peniaga kecil berkembang, berikan mereka sokongan. Beli di kedai milik peniaga kecil. Ada masa harga mereka mungkin terasa mahal "sedikit."
Ini disebabkan mereka tidak mampu membeli secara pukal dalam jumlah yang banyak seperti pasaraya-pasaraya jerung besar lainnya.
Tutup mata. Buat sahaja tidak nampak label harganya. Belilah pada mereka. Mereka sangat celik dan kenal siapakah pelanggan-pelanggan setia mereka.
Apabila perniagaan mereka membesar satu masa nanti. Andalah yang paling diingati untuk mereka membalas budi.
2. Kurangkan Tawar Menawar
Peniaga kecil ada banyak kekurangan. Mereka kurang kewangan, kurang ilmu, kurang kenal orang (kurang jaringan) dan kurang pengalaman.
Dalam keadaan begitu, usah tawar berlebihan kerana margin keuntungan mereka tidaklah besar.
Mereka juga sebenarnya terasa bersalah untuk meletakkan harga yang mahal. Mereka mungkin hanya dapat 5% sahaja keuntungan jika hendak dibanding dengan peniaga besar.
Perasan tak...?
Orang kita suka tawar menawar dengan peniaga kecil tapi apabila berurusan dengan peniaga besar seperti shopping complex, terkunci pula mulut mereka.
Mengapa begitu sikapnya?
Mungkin anda tidak tahu bahawa peniaga kecil mengambil keuntungan bukan untuk bermewah atau untuk mencantikkan akaun perniagaannya.
Hakikatnya keuntungan yang sedikit itu hanya cukup-cukup untuk makan minum keluarga dan untuk langsaikan hutang-hutang mereka sahaja.
Jika kita tawar menawar lagi dalam keadaan kita tahu tentang hakikat ini, tanyalah diri. Adakah kita sedang membantu mereka atau sedang membunuh terus harapan dan kehidupan mereka?
Amalkanlah hadis ini dalam urusan jual beli kita.
"Sesungguhnya Allah menyukai jual beli yang mudah dan penuh toleransi."
3. Saling Percaya dan Meredhai
Mengapa jadi seperti ini? Adakah pembeli terlalu berhati-hati atau peniaga kecil terlalu berlengah-lengah?
Kes ini biasanya terjadi kepada peniaga kecil di alam maya.
Bukan salah pelanggan 100% kerana ada juga peniaga online yang tidak bertanggungjawab dan suka mengambil kesempatan di sebalik kebaikan pembelinya.
Tapi percayalah cakap saya. Mereka tidak ramai. Tapi kerana kealpaan pembeli untuk beli 'trust' dari penjual kecil online ini menyebabkan hal ini berlaku.
Cara untuk beli 'trusted buyer':
- Semak rekod Fb penjual.
- Minta testimoni pelanggan.
- Mohon nombor rujukan produk jika ada.
- Mohon nama company pembekal.
- Berkomunikasi dengan pelanggan penjual dahulu.
Mudahkan? Yang penting jangan tergesa-gesa membeli pada sebarang orang.
Tanpa konsep kepercayaan dan saling meredhai, sebenarnya akad jual beli itu pun sudah tidak sah dari awal.
Bagaimana mungkin pembeli akan dapat keberkatan dari barang beliannya?
Begitu juga peniaga. Hilang keberkatan dari hasilnya.
Siapa yang rugi?
Kedua belah pihak juga yang rugi.
Ingat apa yang Allah firmankan di dalam Quran,"Allah telah menghalalkan jual beli dan telah mengharamkan riba."
Tidak ada jual beli atas keraguan, tipu daya ataupun paksaan. Baik dari sisi peniaga kecil atau pun dari pelanggannya.
4. Rebut Peluang Untuk Bersama Mereka
Peniaga kecil adalah aset. Mereka bukan sekadar menyediakan peluang pekerjaan, bahkan mereka juga berkongsi peluang itu bersama anda.
Sekalipun keuntungan mereka tidaklah terlalu besar, tapi jiwa seorang peniaga memang begitu. Mereka suka berkongsi untung walau sedikit. Asalkan sama-sama ada untung.
Rebut peluang untuk bersama mereka jika anda ingin berjinak-jinak untuk berbisnes.
Jika ketika untung kecil, mereka berkongsi dengan anda tanpa dengki ataupun cemburu, nanti apabila keuntungan 'membesar', tiada alasan untuk mereka bolot seorang diri semuanya.
Hanya 3 step mudah ini sahaja sudah cukup untuk anda membantu peniaga kecil.
Mereka orang besar yang bermula dari kecil. Percayalah, kerana orang seperti merekalah, anak-anak kita akan bekerja bersama mereka di suatu masa nanti apabila mereka telah berjaya.
Support mereka selalu. Kayakan mereka sehingga mereka boleh 'berdiri' atas dua kaki sendiri tanpa perlu berhutang atau bergadai.
Saya Seorang Peniaga Kecil
Alhamdulillah, saya juga telah bermula sebagai peniaga kecil emas.
Kepakaran saya adalah menyelamatkan anda dari krisis ekonomi dan masalah kewangan peribadi dan keluarga dengan solusi emas fizikal.
Saya membantu anda mendapatkan emas fizikal dalam bentuk jongkong, dinar dan syiling emas serta perhiasan wanita dengan harga kilang, harga super jimat.
Saya juga memberi peluang perniagaan emas ini kepada mereka yang masih mencari-cari kerja, suri rumah, pelajar dan mereka yang inginkan pendapatan sampingan dengan perniagaan emas fizikal dengan modal bermula sereedah RM350 sahaja.
Jika anda berminat, hubungi saya segera. 019 248 6694/019 767 3989.
Sekian dulu perkongsian pagi ini. Anda kaya dan berjaya. Wassalam.
Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.