Hari ni saya ingin berkongsi bersama semua beberapa tips penting untuk membeli emas fizikal untuk tujuan pelaburan.
Ramai sebenarnya yang bertanya saya soalan-soalan ini sehingga akhirnya saya terfikir untuk berkongsi tips ini bersama anda.
1. Emas fizikal 999 atau 916,manakah yang lebih baik?
2. Bar atau dinar, manakah yang lebih elok?
3. Eloknya beli bila?
4. Kenapa emas tu ada seal?
5. Saya takde duit tapi nak beli emas, macam mana?
6. Elok ke berhutang untuk beli emas?
7. Nak simpan di mana?

Sebelum itu, elok saya terangkan isu utama di sini. Mengapa emas fizikal, bukan akaun pelaburan emas?
AKAUN PELABURAN EMAS
Bermaksud buku simpanan atau sijil simpanan yang mengandungi emas di dalamnya. Emas itu disimpan oleh syarikat atau bank yang menjual buku/sijil/akaun tersebut.
Bermaksud buku simpanan atau sijil simpanan yang mengandungi emas di dalamnya. Emas itu disimpan oleh syarikat atau bank yang menjual buku/sijil/akaun tersebut.
Risikonya telah berlaku banyak penipuan dan skim-skim yang menggunakan cara ini untuk menipu daya masyarakat yang buta tentang pelaburan emas.
Adakah anda tahu?
Majoriti akaun pelaburan emas sebenarnya langsung tidak mengandungi emas atau hanya ada sebahagian emas sahaja.
Hampir kesemuanya tidak patuh syariah melainkan akaun pelaburan emas milik beberapa bank antaranya Kuwait Finance House (KFH) dan Ar-Rajhi.
Yang pastinya ada dalam akaun itu sama ada dalam bentuk buku atau sijil adalah nombor dan jumlah sahaja. Itu pasti!
Jika anda seronok melihat nombor dan jumlah statement sahaja dalam bentuk ringgit Malaysia, cadangan saya lebih baik simpan sahaja wang anda di ASB atau Tabung Haji atau lainnya. Itu lebih selamat sekalipun kurang menguntungkan.
Bagi pendapat peribadi saya, ia bukanlah simpanan emas sebenar. Terbukti juga bahawa ia telah merugikan ramai orang dalam tempoh 5 tahun sebelum ini.
Tapi jika anda yakin untuk buat pelaburan emas dengan cara ini. Silakan. Saya telah berikan nasihat.
Tapi jika anda yakin untuk buat pelaburan emas dengan cara ini. Silakan. Saya telah berikan nasihat.
EMAS FIZIKAL
Emas yang boleh dipegang dan dilihat oleh anda serta boleh disimpan menjadi milik anda setelah akad jual beli berlaku.
Emas yang boleh dipegang dan dilihat oleh anda serta boleh disimpan menjadi milik anda setelah akad jual beli berlaku.
Setelah akad jual beli, emas itu menjadi milik mutlak anda dan anda boleh menggunakannya mengikut cara atau kehendak anda sendiri. Sama ada disimpan, dijual semula atau dileburkan untuk membuat barang kemas atau lainnya.
Faham atau sangat faham?
Emas fizikal mudah sekali digadaikan di pusat gadaian Islam (ar-rahnu) atau dijual di kedai-kedai emas atau bank di mana sahaja di Malaysia ini. Bahkan juga di luar negara.
Sehingga hari ini, Malaysia telah memiliki enam agensi penempaan emas fizikal. Antara yang terkenal adalah Amethyst Gold Creation Sdn Bhd (Power Gold).
TIPS BELI EMAS FIZIKAL
1. EMAS 999 ATAU 916
Ramai orang bertanya saya,"Mana lebih baik antara emas berkualiti 999 atau 916?"
Emas 999 mengandungi 99.9% emas di dalamnya. Emas 999 ini biasanya dibuat dalam bentuk bar (jongkong) dan bentuk syiling bulat (dinar).
Manakala emas 916 mengandungi 91.6% emas di dalamnya. Emas 916 ini biasanya dibuat dalam bentuk barangan kemas wanita.
Yang mana lebih baik untuk tujuan simpanan dan pelaburan?
Tentunya yang lebih banyak emas di dalamnya iaitu emas 999. Harganya lebih cepat naik dan lebih lambat turun.
Maksudnya harganya sangat stabil dan memberi pulangan tinggi setelah disimpan beberapa tahun. *Spreadnya juga rendah antara 7-10% sahaja.
Maksudnya harganya sangat stabil dan memberi pulangan tinggi setelah disimpan beberapa tahun. *Spreadnya juga rendah antara 7-10% sahaja.
Manakala barangan kemas, harganya tidak stabil dan spreadnya lebih tinggi antara 15-25%. Semakin lama, semakin tinggi spreadnya.
Barangan kemas juga jika terdapat sebarang kecacatan, maka kecacatan itu juga dapat mengurangkan nilai jualannya terutamanya di kedai-kedai emas.
Untuk simpanan bertujuan pelaburan jangka masa panjang, emas jenis atau berkualiti 999 adalah pilihan lebih bagus.
2. BAR ATAU DINAR
Tidak kurang juga yang keliru sama ada emas dalam bentuk bar (jongkong) atau dalam bentuk syiling bulat (dinar), yang manakah lebih sesuai untuk simpanan?
3 perkara yang perlu dilihat atau ditinjau:
i- Spread
Spread bar dan dinar Power Gold adalah pada kadar 7% sahaja. Iaitu yang terendah di Malaysia. Jadi untuk bahagian ini, bar dan dinar kedua-duanya menguntungkan.
ii- Mudah dijual
Bar dan dinar Power Gold juga mudah dijual. Cuma perlu dilihat kepada siapa.
Bar dan dinar Power Gold sentiasa menjadi rebutan ahli Power Gold yang tentunya sudah celik mata mengenai kepentingan simpanan emas.
Untuk masyarakat awam pula, pada perhatian saya, dinar lebih menjadi rebutan kerana bentuk tempaannya lebih cantik daripada bar.
Orang ramai tentunya lebih berminat kepada 'kecantikan luaran' dinar itu sendiri di samping nilai yang terkandung di dalamnya.
Manakala jualan kepada bank, tiada masalah. Bar dan dinar adalah produk laku keras. Kebanyakan bank akan menetapkan produk bar atau dinar yang diterimanya atau menerima kedua-dua bentuk sekali.
Cantikkan? |
iii- Mudah dipajak
Bar dan dinar mudah dipajakkan di pusat-pusat gadaian Islam swasta tapi tidak di bank yang tentunya sentiasa menjaga cash flow mereka.
Bank suka membeli emas tetapi tidak untuk pajakan melainkan Bank Rakyat dan Bank Islam.
Pusat gadaian Islam (ar-Rahnu) swasta seumpama milikan Pos Malaysia, YAPiEM, Koperasi FELDA, Koperasi Perdana Nasional Malaysia dan lainnya menerima bar dan dinar untuk gadaian dengan caj simpanan yang sangat berpatutan.
Jadi, jika ditanya saya manakah yang lebih baik antara emas dalam bentuk bar atau dinar?
Saya akan pilih dinar untuk ketiga-tiga faktor ini.
3. BELI SEKARANG
Harga emas naik dan turun. Itu adalah normal. Semua barangan bernilai mempunyai sifat ini.
Cuma kita sebagai manusia yang kurang pengetahuan dalam simpanan untuk pelaburan kurang sedar bahawa ada satu lagi sifat barangan bernilai umpama emas ini.
Emas sebenarnya sentiasa naik dan jarang sekali turun. Sekalipun ia turun, sebenarnya harganya telah naik dari sebelumnya.
Saya bawakan anda contoh emas hitam iaitu minyak.
3 bulan lalu minyak telah naik sebanyak 20 sen per liter. Sebulan kemudian, minyak naik lagi 10 sen per liter. Tetapi bulan seterusnya, harga minyak turun 10 sen per liter.
3 bulan lalu minyak telah naik sebanyak 20 sen per liter. Sebulan kemudian, minyak naik lagi 10 sen per liter. Tetapi bulan seterusnya, harga minyak turun 10 sen per liter.
Sebenarnya harga minyak naik atau turun sekarang ni?Kelihatannya turun 10 sen, bukan?
Jom semak.
Kenaikan: 20 sen + 10 sen = 30 sen.
Penurunan: 10 sen = 10 sen.
30 sen tolak 10 sen = 20 sen.
Maksudnya harga minyak terus naik. Harga rendah bulan sebelumnya sudah tidak dapat lagi kita rasai.
Maksudnya harga minyak terus naik. Harga rendah bulan sebelumnya sudah tidak dapat lagi kita rasai.
Begitulah juga pengiraan harga emas. Ketika harganya jatuh sekalipun, emas sudah menjadi tinggi nilainya.
Jika kita bertangguh untuk membeli sekarang, apalagi ketika ekonomi sedia gawat ini. Kita sebenarnya sedang membuang masa untuk sediakan payung sebelum hujan lebat nanti.
Jadi usah berfikir panjang. Beli sekarang dan simpan. Kemudian terserah anda mahu mengutip 'hasilnya' bila. Setahun, 2 tahun atau 5 tahun pasti menguntungkan.
Emas seperti lelaki kata orang perempuan. Lagi lama lagi laku :)
4. PASTIKAN BER'SEAL'
Apabila hendak membeli emas fizikal pilihan anda. Pilihlah yang telah ber'seal'.
Sesetengah syarikat seperti Power Gold membeli semula emas fizikal walaupun sealnya telah terbuka dengan spread 7% juga. Kerana Power Gold adalah kilang emas. Jadi tiada masalah dalam masalah ini.
Tapi bank-bank atau kedai-kedai emas mengira emas fizikal anda telah rosak apabila sealnya telah terbuka. Spreadnya akan meningkat sehingga 25%.
Semua emas Power Gold adalah berseal. |
Maka kiraaannya begini:
Power Gold -
Harga semasa 2020 1g = RM500
Harga belian = Potongan 7% daripada RM500 = RM 35
Power Gold beli semula dari anda = RM465/gram
Kedai atau bank -
Harga semasa 2020 1g = RM500
Harga belian = Potongan 25% daripada RM500 = RM 125
Kedai atau bank beli semula dari anda = RM375/gram
Manakah yang lebih untung? Terserah kepada anda untuk menilainya sekiranya seal anda telah terbuka.
5. SIMPANAN JANGKA PANJANG
Gunakan lebihan daripada perbelanjaan anda sahaja untuk menukar kepada emas untuk tujuan simpanan.
Pakar kewangan mengatakan 20-30% daripada gaji atau simpanan wang sangat elok ditukar kepada emas fizikal ketika musim gawat di awal-awal tahun mencabar 2016-2018.
Why? Kerana ia akan memberi pulangan lebih banyak daripada anda menyimpan wang dalam jumlah yang setara dengan emas fizikal anda.
Anda boleh lihat link INI untuk lebih faham apa yang hendak saya terangkan.
6. ELAKKAN BERHUTANG
Walaupun ada ajaran dari sesetengah pakar kewangan mencadangkan mereka yang ingin menyimpan emas untuk membuat hutang peribadi untuk menyimpan emas fizikal sebanyaknya.
Ajaran saya pula dan Power Gold pastinya tetap berpegang bahawa simpanan emas fizikal seeloknya dari lebihan perbelanjaan setiap bulan.
Kerana itu kami menyaran dan berkempen untuk menyimpan 1 gram emas 1 bulan untuk 1 keluarga.
Tak perlu berhutang untuk kaya dan berjaya. Yang perlu adalah ilmu dan strategi.
Minimakan perbelanjaan. Hapus tabung bercuti, makan-makan mewah, parti hari jadi dan lainnya. Tukar kepada tabung emas pada suasana ekonomi sekarang ni.
Anda akan berterima kasih kepada nasihat saya ini pada masa depan. Percayalah.
Walaupun nampak kejam tapi ingatlah, yang manis itu datang selepas pahitnya dahulu.

7. SIMPAN SECARA RAHSIA
Jangan pula dihebahkan kepada orang sekeliling anda bahawa anda menyimpan emas fizikal di rumah. Melainkan anda berjual beli emas.
Itu sudah tentunya perlu didedahkan untuk tujuan pemasaran tetapi ingat, janganlah sehingga didedahkan berkali-kali.
Cukup hanya memberitahu orang yang berada di dalam rumah anda sahaja.
Jika anda rasa takut menyimpan emas fizikal simpanlah emas di pusat gadaian yang ada dengan upah yang saya kira sangat minimum.
Jadi, saya sangat berharap tips ringkas ini dapat membantu anda dan rakan serta keluarga yang ingin menyimpan emas untuk tujuan pelaburan.
Tips dan info yang bermanfaat ini pastinya lebih manis jika kita kongsikan bersama rakan-rakan yang lain. Silakan like dan share artikel ini kepada semua yang tersayang.
Terima kasih atas masa dan perhatian anda.

Hadam review lengkap tentang emas yang kedai emas tidak beritahu anda! Klik gambar. |
Jadi, saya sangat berharap tips ringkas ini dapat membantu anda dan rakan serta keluarga yang ingin menyimpan emas untuk tujuan pelaburan.
Tips dan info yang bermanfaat ini pastinya lebih manis jika kita kongsikan bersama rakan-rakan yang lain. Silakan like dan share artikel ini kepada semua yang tersayang.
Terima kasih atas masa dan perhatian anda.
* Spread adalah perbezaan antara harga jual emas dan harga beli emas.
Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 gram 1 Bulan 1 Keluarga
Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 gram 1 Bulan 1 Keluarga
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.