EMAS SEBAGAI HADIAH EKSKLUSIF

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya".

Apa perasaan korang jika tiba-tiba suami atau anak mengatakan,"Suprise. Selamat hari lahir sayang." Sambil menghulurkan 5g bar emas yang berkilauan dalam bekas yang dikemas rapi?


Mesti hati berbunga-bungakan? Silap-silap tumpah air mata bahagia. Rasa dihargai dan disayangi bercampur aduk dalam diri.

Apatah lagi dengan hadiah emas sebagai:

+ lambang cinta sejati - diwakili dengan sifatnya yang tidak terhakis dan mudah rosak, 

+ lambang penghargaan tertinggi - diwakili sifatnya yang bernilai tinggi dan 

+ pastinya keikhlasan 200% dari hati - diwakili oleh ketulenan emas yang tiada kompromi.

EMAS BUKAN HADIAH SEBARANG

Sebenarnya hadiah emas telah menjadi trend sejak kejatuhan nilai matawang 1998 dahulu lagi. 

5-6 tahun selepasnya hinggalah sekarang, lebih banyak hadiah berbentuk emas menjadi pilihan. Dari hadiah hari lahir hinggalah hadiah untuk pertandingan antarabangsa. 

Mungkin kerana sifatnya seperti yang saya sebutkan tadi dan juga sebab eksklusifnya yang lain.


Hinggakan semalam, Majlis Tilawah  dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2016 juga menawarkan hadiah emas yang sangat tinggi nilainya hingga RM110,000. Nilai emas ini melebihi nilai tunai, RM60,000 sahaja.

MENGAPA EMAS PILIHAN EKSKLUSIF?

1. DIPANDANG TINGGI

Emas tanpa dijadikan hadiah pun sudah dipandang tinggi. Bukan manusia normal sahaja memandangnya tinggi. Bahkan perompak juga memandang tinggi pada emas. Kerana itu, tiada kedai emas yang tiada sekuritinya. 

Logam bernilai seperti inilah sesuai dijadikan hadiah kerana tidak perlu dihias berlebihan. Ia mempunyai nilainya sendiri tanpa perlu kepada hiasan 'mewah' untuk meningkatkan nilainya.

2. NILAINYA BERKEMBANG

Semua maklum, nilai emas makin meninggi setiap tahun. Berbeza dengan nilai duit yang makin jatuh kerana inflasi setiap tahun.

Bukan hanya duit kita. Nilai duit seluruh dunia pun begitu. Jadi tidak perlu pelik. Selagi duit berdasarkan kepada hutang dan riba, selagi itulah nilai duit akan terus jatuh.

Beebeza dengan emas yang diikat kemas oleh hukum untuk mengelakkan sebarang unsur riba masuk ke dalamnya.


3. LAKU DI MANA JUA NEGARA

Kenapa hadiah emas kepada juara hafazan dari Mesir? Kan berbeza negara tu?

Sebabnya emas syaratnya tulen sahaja. Jenama, bentuk, dari negara asal mana tidak merosakkan nilai emas itu sendiri.

Bawa pulang ke Mesir dan jual di sana. Tetap laku di sana. Tidak akan ada kedai atau kilang emas yang akan menolak untuk membelinya.

4. TIDAK MUDAH ROSAK

Ini paling penting. Kerana biasanya emas disimpan bertahun lamanya. Semakin lama disimpan, lagi tinggi peningkatan nilainya.

Ini menjadikan emas adalah item yang paling mudah disimpan dan paling selamat. Setuju?

BUKA MATA

Mulakan sekarang simpanan emas fizikal anda. Elakkan buat-buat tak nampak tentang potensi emas terutamanya untuk bina masa depan yang lebih baik.

Simpan sekarang, tuai di masa depan.

Saya doakan,"Anda Bijak Menyimpan". Wassalam.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga 
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...