Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Terima kasih kerana terus bersama kami dalam ruangan ini. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya!"
Hari ni kami sengaja pilih tajuk ni untuk dikongsikan bersama anda.
Kebetulan pula, baru sahaja 2 hari lepas kami dapat perkongsian pengalaman rakan-rakan kami yang terlibat dengan skim pelaburan emas.
'Bayaran' yang terpaksa mereka bayar akibat kecuaian dan ketamakan sendiri tidaklah sedikit.
Habis wang simpanan yang dikumpul puluhan tahun lamanya. Duit itulah rancangnya untuk majlis kahwin, untuk tunai umrah, untuk bayar PTPTN dan lain-lain kegunaan kecemasan yang lain akhirnya hilang begitu saja.
Yang tinggal hanya sesalan dalam hati dan kekecewaan pada wajah.
Kerana itulah, kami sangat-sangat suka mengulang-ulang tajuk seperti ini. Kami tidak mahu anda terkena jerat seperti ini juga.
Hati-hati dengan ETA ye. |
ESTIMATED TIME ARRIVAL (ETA)
Pembelian emas fizikal secara tangguh dalam jangka masa yang panjang tetapi pada harga yang murah. Emas tidak dapat di tangan baik keseluruhannya atau sebahagiannya.
Maka company berjanji akan membayar dividen secara bulanan yang tinggi kepada pelabur mereka sehingga emas itu tiba di tangan pembeli.
Transaksi dengan penangguhan penyerahan emas ini mungkin disebabkan emas itu dilaburkan semula oleh syarikat atau kerana stoknya ada di luar negara atau atas sebab lainnya. - ETA
Majoriti skim pelaburan emas menggunakan kaedah ETA ini untuk memperdaya mangsa-mangsa mereka. Walaupun Majlis Fatwa sudah memfatwakan haram kerana wujud unsur riba yang jelas dan gharar yang terang dalam kaedah ETA ini.
Boleh rujuk: Hukum Jual Beli Emas dan Pelaburannya
Tapi pandai pula mereka mengeluarkan hukum sendiri dengan bersandarkan kepada beberapa ahli mereka yang bergelar ustaz dan mengeluarkan pendapat lemah yang mengharuskannya.
Tujuannya simple dan jelas. Untuk mengaburi mata manusia dan juga 'menghalalkan' skim mereka.
TRANSASKSI TUNAI ADALAH SATU-SATUNYA CARA
Dalam hukum Islam melibatkan salah satu item ribawi iaitu emas ini, ulama telah menggariskan jenis transaksi yang dibenarkan untuk memastikan ia tidak terjerumus ke dalam perangkap riba.
Dosa riba adalah sangat besar. Paling kecil antara dosa besar itu seumpama berzina dengan ibu sendiri. Jelas dan terang bahawa dosanya bukan mainan atau ancaman biasa.
Abu Hurairah r.a menuturkan bahawa Nabi SAW bersabda,
"Riba itu ada 70 dosa. Yang paling ringan adalah seperti seorang lelaki yang menzinai ibunya sendiri" [HR Ibn Majah, al-Baihaqi, Ibn Abi Syaibah & Ibn Abi Dunya].
Transaksi tunai adalah paling selamat. Bayar harga dan ambil barangnya. Sama ada ambil sendiri atau melalui wakil.
Tunai secara hakiki dengan pertemuan penjual dan pembeli atau tunai secara majazi tanpa pertemuan penjual dan pembeli.
Dapatkan emas Power Gold seperti koleksi ini. Puas hati! |
Power Gold mengamalkan kedua cara ini. Sama ada cara bertemu terus pelanggan jika kami mempunyai stok simpanan emas.
Atau melalui pos sekiranya stok diambil terus dari wakil kilang. Ini jalan paling patuh syariah dan paling selamat untuk diandalkan.
BELI EMAS FIZIKAL, DAPAT EMAS
Jangan sekali-kali menipu diri sendiri dengan janji dividen yang banyak berdasarkan modal yang dikeluarkan untuk membeli emas.
Anda beli emas, dapatkan emasnya. Bukan dapatkan dividennya. Ada faham?
Simpan begini di rumah atau di safe deposit box di bank. Lebih selamat! |
Sekiranya anda beli 100g emas 999, pastikan dapat 100g emas 999. Bukan hanya dapat sebahagiaannya atau dikurangkan kualiti emas kepada 950 atau 916 atau sebagainya. Jangan beri kebenaran untuk company simpan emas anda!
Anda boleh simpan sendiri sama ada di rumah atau di safe deposit box di bank yang anda sukai. Elakkan percayakan orang lain menyimpan aset berharga anda. Bukankah itu lebih selamat.
Ingat peringatan kami. Jangan terkeliru antara simpanan emas fizikal dan pelaburan emas. Dan jangan terpedaya dengan janji palsu skim pelaburan haram.
Sekian dulu perkongsian dari kami. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."
Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.