INFLASI SIFAR DENGAN SIMPANAN EMAS


Assalamualaikum dan salam bahagia untuk semua. Saya doakan, "Anda Kaya dan Berjaya."

Terima kasih kerana terus setia bersama kami dalam dunia simpanan emas ini.

Korang pernah dengar kempen inflasi sifar pada tahun 90-an dulu? 

Kami generasi X yang selalu dengar  tentang kempen ini ketika Malaysia di bawah pentadbiran Tun M dulu.

Ketika itu, sejujurnya kamu sendiri tidak memahaminya. Yang pasti, ia kempen yang baik untuk kestabilan ekonomi Malaysia yang mana ketika itu mengalami inflasi yang agak tinggi sehingga berlu krisis kewangan Asia.

Ok jom kita berkenalan dengan inflasi, kesannya kepada poket kita dan wang serta bagaimana emas boleh mengatasi masalah inflasi ini.

APA ITU INFLASI?

Inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga barangan dan perkhidmatan dari semasa ke semasa. 

Ini bermaksud setiap unit mata wang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan yang sama dalam jumlah yang kurang daripada sebelumnya. 

Oleh itu, inflasi mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang atau satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran. 

Contoh mudah kami bawakan.

Harga sebungkus nasi lemak biasa pada tahun 2005 adalah RM1.50. Pada tahun 2015, harga sebungkus nasi lemak telah meningkat kepada RM2. 

Nilai inflasi di sini adalah sebanyak 34% sepanjang 10 tahun ini atau purata inflasi tahunan sebanyak 3.4%. 

Bayangkan jika keadaan inflasi ini terus berkembang, kita akan menghadapi 100% inflasi dalam masa 30 tahun saja.

Maksudnya harga nasi lemak tahun 2005 yang boleh dibeli dengan RM1.50 hanya dapat dibeli dengan harga RM3 pada tahun 2035 nanti. 

Atau mungkin juga akan berlaku lebih awal berdasarkan ketidaktentuan ekonomi semasa beberapa tahun kebelakangan ini.

BAGAIMANA SIMPANAN EMAS DAPAT ATASI INFLASI?

Kenaikan emas berkadaran selari  kenaikan inflasi. 

Inflasi naik 100% dalam 30 tahun, nilai emas juga naik 100% dalam 30 tahun. Inflasi naik 1000% dalam 300 tahun, nilai emas juga naik 1000% dalam tempoh itu. 

Pendek katanya, inflasi sifar dengan emas!

Kerana itu kita sering terbaca bahawa 1 dinar yang beratnya 4.25g emas  boleh membeli seekor kambing pada zaman Nabi SAW dan dengan nilai 1 dinar juga, kita dapat membeli seekor kambing pada zaman sekarang. 

Tidak perlu kepada tambahan wang lain atau tambahan berat emas. Sedang jarak kita dengan zaman Nabi SAW sudah 1500 tahun lamanya.

Saya bawakan sebuah hadis yang terkenal sebagai bukti harga kambing pada zaman Nabi SAW boleh didapati dengan harga 1 dinar untuk seekor kambing.

Dari Urwah bin Abi Al-Ja'd Al-Bariqi, beliau berkata:

"Sesungguhnya Nabi SAW memberinya 1 dinar untuk membeli seekor kambing. Lalu ia membeli untuk Nabi SAW 2 ekor kambing dengan wang tersebut. 

Maka ia jual seekor dengan harga 1 dinar dan membawa 1 ekor kambing dan baki 1 dinar kepada Nabi SAW. 

Lalu Nabi mendoakannya: "Dia (Urwah ini), seandainya membeli debu tentu akan untung juga" - Riwayat Abu Dawud & at-Tirmizi

Untuk lebih jelas, harga seekor kambing:

Tahun 2005 = RM600 / 1 dinar
Tahun 2015 = RM800 / 1 dinar

Inflasi wang = RM200 atau 34%
Inflasi emas = 0%

Hebat ke hebat matawang atau logam emas yang disebut dalam al-Quran ini?

Pertama kali dalam sejarah, 1 dinar Power Gold untuk seekor kambing.

MANA LEBIH UNTUNG: SIMPAN WANG ATAU SIMPAN EMAS?

Wang pasti terkesan dengan inflasi dari pelbagai sudut mengikut suasana politik dan ekonomi dunia. Sedangkan emas tidak.

Wang RM10,000 kini, hanya senilai RM6700 sahaja setelah ditolak inflasi sepanjang 10 tahun ini. Hanya angka sahaja kelihatan besar tapi nilainya mengecut. 

Berbeza dengan emas. 1 dinar 10 tahun lepas senilai RM600, tapi kini nilainya setinggi RM800. Angka tetap kecil (1dinar) tapi nilainya terus meningkat.

Jadi untuk berbelanja, gunalah wang sedia ada. Tapi untuk menyimpan, apa lagi untuk jangka masa panjang, untuk elakkan susut nilai akibat inflasi maka simpanlah emas dari sekarang.


Jaminan inflasi sifat sudah dibentangkan sejarah sejak ribuan tahun dahulu lagi. Percayalah pada sejarah. Kerana ia bukti paling nyata dan tidak akan berbohong!

EMAS TELAH LAMA MENIDAKKAN INFLASI DAN MENJAMIN EKONOMI. 

Sekarang terpulang kepada kita pula mahu bermula atau sebaliknya. Elakkan fikir inflasi ini selesai dengan perlantikan ketua negara atau gabenor bank negara yang berkreadibiliti untuk selesaikannya. 

Ia takkan selesai kerana wang itu sejak mula diperkenalkan lagi telah diurus secara riba. Maka, itulah kesannya. Riba itu memakan harta sepertimana api memakan sekam padi!

Selamatkan ekonomi diri dan keluarga dengan simpanan emas dahulu. Usah bernanti atau bertapi. Takut kelak, masa akan memakan diri.


Sekian dulu untuk perkongsian ringkas kali ini. Alang-alang menyimpan, biar menguntungkan. Wassalam.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...