KRISIS EKONOMI DAN SOLUSI EMAS


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Kecelaruan sistem ekonomi 2016 bukanlah perkara baru atau tidak dijangka. Walaupun hakikatnya, ia cuba disembunyikan oleh pihak-pihak berkepentingan.

Krisis kejatuhan mata wang telah pun pernah berlaku pada peringkat Asia pada tahun 1998 dan krisis ekonomi global 2008 menuntut ahli-ahli ekonomi dunia menilai semula sistem mata wang sedia ada. 

Rentetan itu, timbul gesaan untuk menggunakan kembali dinar emas kerana sejarah membuktikan dinar emas adalah mata wang yang stabil dan harmoni. 

Isu ini dibincangkan secara meluas, baik di negara Barat mahupun negara Timur.

Usaha mengembalikan semula penggunaan dinar emas moden, telah dimulai secara tidak langsung dengan Pertubuhan Islam Murabitun (Gerakan Murabitun Sedunia) pada tahun 1992 di bawah pimpinan Abdul Qadir al-Murabit. 

Pertubuhan ini telah sedar lebih awal bahaya ekonomi yang bergantung kepada wang kertas/fiat berbanding mata wang sebenar iaitu emas.
Persoalannya, mengapa Tun menyarankan dinar emas?
Seterusnya, usaha ini telah mendapat perhatian tokoh besar dalam dunia Islam ketika itu iaitu Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau telah mencadangkan mekanisme tersebut di dalam Persidangan Negara-negara Islam Sedunia atau Organisation Islamic Council (OIC) pada tahun 2003. 

Usaha dan idea berkaitan dinar emas dipandang positif oleh sebahagian negara OIC. 

Namun, mekanisme tersebut dianggap gagal apabila sesetengah negara-negara OIC kurang yakin dan tidak percaya dengan dinar emas.

Tambahan pula pada masa itu terdapat masalah ketidakstabilan politik dan ekonomi di beberapa buah negara OIC.

Pandangan beliau berkaitan emas sebagai mata wang juga diambil perhatian serius oleh Majlis Fiqh Antarabangsa yang disertai oleh ulama-ulama besar dunia Islam. 


Alhamdulillah, para ulama dunia sangat menyokong usaha ini di samping telah menyiapkan kertas kerja berkaitan emas sebagai mata wang.

Namun sekali lagi, usaha ini hanya meninggalkan ‘hukum’ terhadap emas sahaja tanpa disusuli oleh pelaksanaannya dalam ekonomi kerana permasalahan negara Islam yang disebutkan sebelum ini.

Nantikan perkongsian kami seterusnya tentang konspirasi emas dunia ini. 

Kami doakan anda kaya dan berjaya. Wassalam.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...