SENARIO MINYAK (EMAS HITAM) SEMASA



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Pernah tak anda merungut tentang harga minyak yang asyik naik 20 sen setiap bulan? Turun 10 sen selepas beberapa bulan pun diumpat juga. Kenapa?

Emas hitam ini juga sangat bernilai, baik untuk kerajaan, baik untuk kita.

Kerana emas hitam naik, semua harga barangan naik. Jika emas hitam ni turun, semua harga barangan agak liat untuk turun.

Emas hitam ini jugalah yang menjadi sumber kekuatan ekonomi sesebuah negara terutamanya Malaysia.

2015 hingga 2016 menyaksikan kenaikan harga minyak di Malaysia yang sangat tinggi. Harga barangan naik. Ditambah lagi GST. Inflasi pada wang juga meningkat. Dan nilai wang di tangan kita menjunam.

MENGAPA BERLAKU BEGINI?

Harga minyak dunia jatuh lagi selepas meeting OPEC yang gagal mencadangkan solusi memotong keluaran minyaknya. 

Punca lebih besar adalah disebabkan kedegilan syarikat Amerika yang tetap ingin mengeluarkan minyak lebih dari kebiasaan.

Amerika telah mengeluarkan lebih 80% tong minyak lebih dari kebiasaan sehingga menyebabkan jumlah bekalan minyak dunia terlebih berbanding permintaan sekitar 1.8 juta tong sehari pada suku ketiga tahun 2015.

Selain Amerika, Russia, Mexico, Norway juga menyumbang minyak berlebihan dalam pasaran dan enggan mengurangkannya. 

Namun Amerika bersikap tidak kisah kerana mereka hanya gunakan minyak keluarannya untuk domestik sahaja. Syarikat pengeksport minyak akan terkena teruk.

Bajet Malaysia mengambil kiraan USD48 untuk satu tong dalam mengira anggaran pendapatan PETRONAS dan royalti kerajaan.

Namun hari ni harga per barrel hanyalah USD36.88 bagi Brent Crude Oil dan USD34.73 bagi WTI Crude Oil

Terdapat kemungkinan Semakan Bajet Negara akan diperlukan jika keadaan ini berterusan, kerana anggaran pendapatan negara akan berkurangan.

Sebagai marhaen biasa, pastinya kita mengharapkan harga petrol akan turun selaras dengan penurunan harga minyak dunia. Untungnya juga kos-kos perbelanjaan harian boleh terimbang dengan kos-kos yang naik. Tapi itu tak mungkin terjadi pada tahun 2016 ini.


Keadaan ekonomi negara juga bertambah buruk apabila akhir tahun 2015, Federal Reserve USA pula telah menaikkan kadar faedah ke 0.5% yang mengakibatkan nilai ringgit akan turun lagi. 

Proton pula sedang menimbang untuk menaikkan harga kereta mereka disebabkan rendahnya nilai ringgit ini. 

Fitch Ratings pula telah menurun ratings (penarafan) bank-bank Malaysia untuk tahun 2016. 

Juga dibimbangi memberi kesan pinjaman semakin kurang diluluskan dan harga yang dikenakan kepada pelanggan mungkin akan naik.

Hasil semua keadaan ini, sebahagian besar pekerja mungkin akan diberhentikan. Hampir ratusan ribu pekerja di seluruh dunia dari pelbagai syarikat berkaitan minyak telah diberhentikan hanya kerana rendahnya harga minyak. 

Di Malaysia juga tidak terkecuali dan bukan hanya terhad kepada syarikat berkaitan industri minyak sahaja.

Semua kesan ini mungkin belum sampai kepada peringkat individu. Namun ianya pasti tiba.


Justeru, buatlah persediaan dengan bisnes di samping pekerjaan sedia ada sebelum berhadapan dengan suasana ekonomi lebih mencabar tahun 2016 ini. 

Tiada nasihat dan kata magis yang mampu menyelesaikan masalah ini dalam tempoh singkat.

Perkataan paling tepat adalah bersedia! Berniagalah emas fizikal. Kerana di kala gawat, semua orang berlumba bukan hanya untuk menambah pendapatan, tapi untuk menyimpan nilai aset simpanan mereka agar tidak terhakis dek inflasi tinggi.

Kami doakan anda kaya dan berjaya. Wassalam.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...