AWAS! INI EMAS PALSU!


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Selalu sangat orang tanya kami,

"Tulen ke emas ni...?"
"Macam mana nak tahu tulen ke tak ni? Kalau palsu nanti..."
"Betul ke emas palsu melekat pada magnet...".

Jadi hari ni kami kongsikan cara mengenalpasti emas tulen dan palsu dengan cara mudah dengan alatan yang ada di sekeliling kita. Mudah je :)

CARA KENAL PASTI EMAS PALSU

1. Pakai barang kemas sekurang-kurangnya sehari. Kalau kita dapat sebarang tanda pada kulit atau perubahan warna, emas itu mungkin palsu.

2. Cucukkan jarum dengan lembut pada emas yang ingin diuji. Jika jarum tidak patah, emas kita mungkin tulen kerana emas bersifat lembut. Tapi ia bukanlah muktamad. Uji lagi cara seterusnya.

Jangan sampai jadi macam ni!

3. Letakkan barang kemas kepada magnet. Emas tulen tidak mempunyai sebarang sifat tarikan magnet. 

Petua ini sesuai untuk emas yang besar seperti jongkong emas. Jika kita rasa barang kemas melekat pada magnet berkenaan, ia adalah palsu.

4. Kalau barang kita berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut, cuba pulas barang kemas itu. Ia seakan-akan boleh diputar.

Tapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan pada emas 14 karat ke bawah).

5. Cuba tengok pada cangkuk atau penyambung emas. Kualiti emas ditanda seperti 999, 916 dan sbagainya. 

Ada juga bentuk seperti gambarajah orang berlari dan bentuk rumah sebagai tanda kualiti emas. Kebiasaanya emas ini dijual oleh peniaga Cina.

6. Jika ditandai seperti GP (Gold Plated-Saduran Emas) atau ZGP (Zhulian), ia bermaksud emas celup. Tanda bertindan atau banyak berkemungkinan adalah PALSU.

7. Kalau anda tidak sayang pada emas anda, cuba toreh ia pada batu hitam berkali-kali. Lihat sama ada warna emas bertukar kepada putih berkilat seperti warna perak atau kekal. 

Hanya 2 logam yang menghasilkan torehan kuning iaitu emas & tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan warna kuning.

Biji emas asli

8. Emas tidak mempunyai bau. Cuba gosok emas anda pada seluar jeans sehingga panas dan ciumlah baunya. Jika besi, baunya seakan bau ferum (bau ikan). Sedangkan emas tidak mempunyai bau.

9. Jika ia JONGKONG yg ditulis berat padanya, sila timbang beratnya skali lg, MESTI TEPAT bacaan. Biasanya, jongkong palsu tidak mempunyai berat tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen namun, menggunakan logam lain. Emas adalah logam paling padu dan tiada logam lain mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz sama.

10. Pernah tengok filem koboi? Cara mereka menguji ketulenan emas adalah menggigit emas untuk mengesah ketulenannya. 

Ia mungkin sedikit fiksyen namun cara ini betul. Sifat emas tulen lembut dan apabila cuba menggigit. Ada sedikit rasa lembut dan tidak keras, tidak seperti anda menggigit batang paip. 

Yang penting, pastikan gigi anda ada dan cukup kuat ya ;-)

Sekian dulu untuk hari ni dari kami. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Wassalam.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...