RAHSIA YANG BANK TAK NAK KORANG TAHU!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Saya doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Hari ni kita nak santai-santai berkongsi tajuk yang agak kontroversi ni.


View review lengkap emas yang bank
tidak mahu anda tahu. Klik gambar.

Ini adalah tulisan pengalaman dari saudara Carl Shamsudin yang pernah berkhidmat di bank dan menimba pengalaman yang mahal untuk dikongsi bersama.

CORETAN 

Sambil memandang susuk tubuh bangunan di Bandar Baru Uda, JB ini. Terkenang kisah 3 tahun lepas. Nak beli burger untuk wife pon tak mampu. Sesak.

Selama 3 tahun saya keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa saya bermula? 

Ini saya, cara saya dan tulisan saya. Baca dan fikirkan. Mana tahu perkongsian saya ini dapat memberi sesuatu kepada anda.

2010-2011. Saya bermula dengan mengkaji sendiri 'asas-asas pembentukan wang di dunia' semasa saya bekerja as a chemist di makmal kimia di Nilai. 



Sebagai seorang Chemist - Google, buku, blog dan youtube adalah kawan-kawan baik saya. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney saya telaah hasil kajian mereka. 

Kimia mengajar saya untuk buat kajian dahulu sebelum lontarkan sesuatu konklusi. Dalam 1 tahun saya mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia, dan saya sedar, kita semua telah banyak ditipu. 

Dan saya sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Saya mulai takut dan gentar. Saya nekad untuk berhenti kerja kerana saya rasa makin lama saya kerja makan gaji, saya akan jatuh miskin. 

Sebab saya jumpa INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Ini susah untuk diterima akal sebab di media massa sentiasa mengatakan ekonomi kita amat stabil.

Nekad. Saya berhenti. Cuba cari jalan berniaga. Tapi, tak jumpa.

Setengah tahun saya tak punyai kerja. Tiada wang. Kereta Perodua Kenari kena tarik. Belle ajak keluar nak makan pon saya tak mampu nak bayar. Masak nasi kosong berulamkan petai, janji makan tidak melebihi RM5 sehari. 

Setengah tahun hidup terdampar di rumah memberi peluang kepada saya berkawan rapat dengan dunia internet penuh ilmu. Setengah tahun saya belajar bagaimana untuk menjadi usahawan seperti orang yang berjaya lain. 

Alhamdulillah dengan ilmu yang saya ada, terima kasih kepada pihak bank menerima saya untuk memberi saya peluang berniaga menjual emas. 



Target jualan, 3kg emas sebulan. Kalau tak lepas target, kena buang. Tersedak!

Tetapi saya nekad juga untuk join bank. Saya join banking sector sebab saya nak tau apa yang bank buat. Dalam kajian saya - 'Banking System' adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita makin susah hari demi hari. 

Saya menyertai bank sebagai 'Gold Salesman/tradder'. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan emas dan perak sebagai duit. 

Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang. Matawang yang dalam dompet kita. Kertas berconteng yang makin jatuh nilainya. Duit sebenar, tidak akan sesekali jatuh nilai. 

Saya gali isi bank sampai Saya jumpa sistem mereka - 'Fractional Reserve System'. Sistem dimana mereka mencipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit yang dicipta, makin jatuh nilai duit itu dan makin miskinlah kita. 

Saya cuba kerja sampai saya capai matlamat saya - No.1 Gold Trader di bank tersebut. Walaupun saya capai, duit untuk bayar itu ini tetap zero sampai hujung bulan. 

Saya harus berubah. Nekad. Saya fikir saya harus ubah diri saya sebelum saya ubah pemikiran orang lain.

July 2012 saya bertunang dengan kos hanya RM60 sahaja. RM60 digunakan untuk membeli buah, itu je yang mampu. Dan 5 bulan (Disember 2012) selepas itu adalah majlis perkahwinan saya. 

Duit untuk kahwin? Minta maaf saya cakap, betol zero. Kerana saya percaya Allah SWT itu maha berkuasa. Saya nak bina masjid, Allah pasti akan tunaikan. 

Saya teruskan dan sentiasa letak Allah sentiasa no 1 di hati. Allahumma yaasir wala tu’assir, Allahumma yaasir wala tu’assir. 

Dan saya berpegang kuat pada kata Rasulullah SAW dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Saya lihat bangsa saya? Hurmmm... Rupanya bangsa asing lebih percaya pada kata Rasulullah SAW berbanding bangsa saya. 

Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah SWT saya cuba! Cuba berniaga. Saya bermula dengan pinjam duit mak saya. RM1,000 untuk membuat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang saya Belle. 

Kenapa pinjam mak dan bukan loan bank? Sebab saya pernah kerja bank dan sumpah demi Allah saya tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan 'interest/riba' di mana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. 

Tak ada dosa lain yang Allah SWT istihaarkan perang terhadap hambanya. Allahumma inni as'aluka ridhaka wal jannah wa a'uzu bika min sakhatika wannar. Jauhkan lah dari kemurkaan Allah SWT. 

Saya nak berniaga kenapa saya nak murkakan Allah? Saya tolak riba. Saya pinjam duit mak.

Alhamdulillah, hari ni saya sudah miliki perniagaan sendiri. My mission accomplished!

RUMUSAN

Anda dapat belajar sesuatu?

Saya suka sekali melihat pendedahan betapa sebenarnya wang kita hanya bersandarkan kepada nafsu pihak pemerintah. 

Mereka mencipta wang kertas mengikut kehendak dan kepentingan mereka semata. Apalagi dengan bacaan inflasi setiap tahun yang melebihi 15%.

Bayangkan ini berlaku setiap tahun. Kerana itu bila kita mengeluh RM50 hanya bertahan sehari sahaja dalam dompet kita, kita tak jumpa jawapannya.

Duit kertas boleh diturun nilai oleh mereka sedang nilai emas terus naik memuncak 25-45% setiap tahun.



Soalannya apa tindakan kita sekarang? 

Di era gawat 2016 hingga 2018, adakah kita masih degil untuk menyimpan wang kertas dan bergembira dengan angka yang semakin bertambah di kaca mesin ATM, sedangkan nilainya berkurangan?

Atau kita mula tukarkan tunai kita dalam bentuk emas, baik dalam bentuk bar atau dalam bentuk dinar yang fizikalnya kecil sahaja. 

Tetapi nilainya sangat besar. Hingga ia menjadi rebutan jutawan-jutawan yang sangat celik berkaitan sistem kewangan ni.

Percayalah, jika kita lambat, harga emas semakin naik setiap minggu. Jika masih bertangguh, mungkin di akhir 2016, orang lain sudah mengumpul 15-20g emas dan menanti kenaikan, sedang kita baru hendak bermula.

Itu tentunya satu kerugian.


View review lengkap emas yang bank 
tidak mahu anda tahu. Klik gambar.

Kata pujangga terkenal,"Kita gagal merancang, kita sedang merancang untuk gagal."

Buat keputusan anda sekarang!

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...