TABUNG EMAS FIZIKAL UNTUK KAHWIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami doakan, 'Anda Kaya dan Berjaya.'

Hari ni, kami nak kongsikan cara mudah untuk mereka yang sedang menabung untuk melangsungkan majlis di hari bahagia nanti.
Dah semak background pasangan anda? :)

Anggaran ini dalam tempoh 4 tahun. Jika anda ingin melangsungkan perkahwinan lebih awal daripada tempoh ini, jangan risau, gandakan sahaja tabungan emas ini.

KENAPA TABUNG EMAS FIZIKAL, BUKAN TABUNG WANG

Sebelum kami terangkan caranya, elok juga anda tahu mengapa nak tabung emas fizikal, bukan duit.

Sebenarnya tidak begitu. Anda sebenarnya menabung atau menyimpan duit juga sebenarnya. Cuma duit tersebut, anda perlu tukarkan kepada emas fizikal terlebih dahulu.

Rahsianya kerana duit itu tidak berkembang nilainya jika disimpan. Jika anda simpan RM9000 di bank pada awal tahun 2016. Jumlahnya juga adalah RM9000 di awal tahun 2017 nanti.

Tapi emas sebaliknya. Lagi lama disimpan, lagi berkembang tinggi nilainya. Jika anda simpan 50 gram emas awal tahun 2016 dengan nilai RM9000. Di awal tahun 2017 nanti, 50 gram itu bernilai RM13,500.

Inilah namanya pelaburan.
Ia juga cadangan ahli akademik dalam bidang ekonomi!

Untuk laburkan duit, anda perlu simpan di syarikat pelaburan seperti ASB yang pulangannya antara 7-8% sahaja setahun.

Sedangkan emas fizikal di tabungan anda berkembang 50% di ambang kegawatan ini.

Fikirkan cara manakah lebih menguntungkan anda. Buat keputusan sekarang. Nak tabung emas atau nak tabung duit?

Jika tabungan emas jadi pilihan anda, sila sambung bacaan di bawah.

STEP BY STEP

Pertama: Tabung Khas

Buat tabung khas untuk simpanan kahwin. Sama ada dalam kotak atau dalam botol atau dalam tin milo atau sebagainya. Tulis besar-besar,"Untuk Kahwin". 

Jangan tulis,"Tabung Emas" atau "Emas Untuk Kahwin" atau ada perkataan emas.

Takut-takut ada yang tangan panjang. Mereka tak boleh nampak perkataan emas. Memang selamatlah baca tahlil depan tabung lepas tu.

Lawak je. Tapi ia hanya sebagai ingatan. Berwaspada selalu.



Tabung khas ni walaupun nampak macam kebudakan tapi tidak sebenarnya. Itulah disiplin sebenar dalam simpanan.

Tabungan khas akan menarik kita untuk lebih banyak menyimpan berbanding tanpa tabung.

Tambah lagi tarikan itu dengan tetapkan tarikh kahwin. Contoh Disember 2020. 

Kedua: Daftar Keahlian

Perlu ke?

Terpulang kepada kira-kira anda. Bagi kami, ia sangat perlu kerana menjadi ahli kepada sesuatu syarikat emas, kita akan mendapat diskaun khas.

Biasakan jadi ahli pasaraya-pasaraya besar? Pasti kita dapat lebih banyak faedah dari mereka yang bukan ahli bukan?

Daftar jadi ahli emas dulu untuk dapatkan dengan harga kilang. Boleh daftar dengan Power Gold melalui kami. 

Anda dapat emas. Anda juga dapat jimat lagi RM. Lebihan RM itu dapat beli emas lagi.

Daftar bukan saja-saja tau. Setiap pendaftaran akan dapat emas mengikut pakej pendaftaran. Bermula 0.5 gram hingga 2 dinar emas.

Dah dpt 1 keping emas tu, sila simpan dalam tabung yang telah dikhaskan.

Nak tahu lebih lanjut? Sila klik.

Ketiga: Anggarkan Tabungan Bulanan

Bulan seterusnya mula anggarkan simpanan bulanan anda. Seeloknya 1/3 daripada gaji. Masih bujangkan. Komitmen kewangan masih kurang sepatutnya.

Contohnya, gaji RM2000. Cabut untuk tabungan RM700. Tukarkan duit itu kepada 3.5 gram emas. Simpan emas itu dalam tabung anda.

Jika tidak mampu untuk menyimpan 1/3, simpanlah 1/10 daripada gaji. 

Gaji RM2000, cabut RM200. Tukar kepada 1 gram emas goldbar atau suku dinar. Masukkan ke dalam tabung.

Keempat: Ulangi Disiplin Di Atas

Ulangi bulan-bulan seterusnya hinggalah sampai tempoh 4 tahun.

Jika nak lebih untung, congak terus berapa keping emas perlu cukup untuk tempoh itu.

Katakan 3.5 gram sebulan x 48 bulan = 168 gram.
168 gram x RM500/gram (harga emas 2020) = RM84,000

Jika simpanan anda 1/10, anda akan dapat lebih kurang 48 gram.

48 gram x RM500 = RM24,000

Cukupkan untuk buat sebuah majlis yang meriah tanpa perlu memanjat tangga bank untuk berhutang? 

Anda takkan berhutang jika anda pandai menyimpan. Pandai saja tak cukup. Kena bijak menyimpan.

Untungkan? Anda beli emas ketika masih murah dan jual ketika mahal. 

Kelima: Buat Side Income

Anda masih ingat step pertama? Daftar keahlian.
Apa tujuannya jika tidak digunakan untuk berniaga?

Anda beli dengan harga ahli dan anda boleh jual kepada rakan sekeliling anda dengan harga pasaran. Anda untung RM 20 hingga RM 40 setiap gram. 

Jika ada pula rakan-rakan yang berminat untuk menjadi ahli bersama anda untuk manfaat yang sama iaitu jimat dan/atau berbisnes, anda pula mendapat komisyen khas pula berniaga.

Bonus untuk agen ada 8 jenis manakala untuk stokis ada 11 jenis. Minimum bonus RM1000. Banyak ke sangat banyak?

Anda boleh rujuk pada post INI.

KENAPA PILIH EMAS?

Agak-agak dapat tak kita menyimpan duit dalam akaun selama 4 tahun dengan penuh disiplin setiap bulan untuk jumlah RM10,000?

Tak mustahil..tapi jarang jumpa! 

Kerana duit itu sendiri sifatnya adalah untuk berbelanja. Hingga kadang-kala kita rasa semuanya sudah cukup tapi ada je benda yang kita nak beli.

Kenapa? Ia adalah sifat fitrah duit itu sendiri. 

Manakala sifat emas itu adalah menyimpan. Tak percaya, tanyalah emak atau atuk anda. Berama lama mereka telah simpan gelang atau rantai emas mereka?

Keduanya kerana nilai mata wang makin rendah akibat kemelesetan. Nama modennya adalah inflasi. Kerana itu semua barangan naik harganya. 

Begitu juga emas. Emas adalah 'barangan' yang semakin Naik nilainya.



Ketiga, kita tak nak muflis disebabkan belanja kahwin dan belajar tentang kewangan sebelum mendirikan rumahtangga yang pastinya akan membawa lebih banyak tanggungjawab dan komitmen.

Jom sama-sama menabung emas. Nak kahwin juga :)

Istiqomah..insya ALLAH. Kami doakan anda berjaya menabung emas dengan penuh disiplin. 

Wassalam.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...