Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya". Terima kasih kerana terus bersama kami dalam ruangan web blog ini.
Kami percaya anda adalah penyimpan tegar emas fizikal dan sebahagiannya adalah mereka yang baru berjinak-jinak hendak menyimpan aset emas fizikal ini sebagai salah satu instrumen mudah untuk simpanan dan pelaburan.
Tapi percayalah cakap kami. Rugi sebenarnya simpan emas ni bila anda ciri-ciri ini.
RUGI SANGAT.....
Sudah menjadi fenomena hari ni apabila ramai orang berebut-rebut untuk menyimpan emas fizikal.
Tapi sebahagian besar dari penyimpan ini mempunyai beberapa 'masalah' yang akhirnya hanya membuatkan mereka rugi di akhir cerita menarik emas ini nanti.
Rugi simpan emas jika:
1. Tiada ilmu tentang emas.
Apa jua jenis simpanan dan pelaburan akan menjadi perjudian nasib apabila anda tiada ilmu tentangnya. Rugi sejak hari pertama hinggalah emas itu terjual walau 9-10 tahun sekalipun.
2. Tiada tujuan simpanan.
Ruginya apabila anda menyimpan emas tanpa ada tujuan tertentu yang lebih besar. Sebagai contoh, simpanan emas fizikal selama 5 tahun sebanyak 300g untuk dibuat modal membeli rumah.
Tanpa tujuan atau impian tertentu, simpanan emas anda pasti tidak konsisten. Akhirnya, simpanan emas anda hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja.
3. Hendak manipulasi pajak gadai.
Ramai yang baru menyimpan emas teruja dengan ilmu manipulasi pajak gadai ini. Tak sedikit yang saya jumpa akhirnya kerugian berpuluh ribu kerana mencari untung seribu dua dengan bermain teknik manipulasi ini.
Elakkan dari manipulasi pajak gadai ini tanpa sebab. Pajak gadai diwujudkan untuk memberi perkhidmatan pinjaman wang bercagarkan emas.
Servis ini untuk tujuan kecemasan atau sebagai suntikan modal untuk perniagaan atau lainnya yang memerlukan jumlah wang yang tinggi.
Bukan secara manipulasi yang akhirnya memakan diri sendiri.
4. Tidak pandai menyimpan dan hanya bergantung kepada permainan kutu untuk menyimpan emas.
Ramai orang kita mengalami masalah kebocoran wang yang serius.
Mereka yang mengalami masalah ini elok saya cadangkan supaya simpan emas 0.5g dan 1g dahulu dalam RM100-200 sahaja.
Jangan bercita-cita besar untuk mengambil 1 dinar atau 5g sekaligus melalui permainan kutu untuk simpanan jika tabiat menyimpan belum sebati dengan diri anda.
Permainan kutu sama tujuannya seperti pajak gadai. Ia untuk kecemasan dan modal tertentu untuk perniagaan yang menguntungkan.
Bukan sebagai amalan bulanan bertahun-tahun lamanya.
5. Tiada support group.
Ramai yang menyimpan emas tidak berada dalam group eksklusif emas tertentu seperti Wafiq-i Gold kami ni.
Ia merugikan kerana ilmu emas anda tidak bertambah, semangat menyimpan anda mungkin terbantut dan yang lebih utama anda tiada mentor untuk memperbetulkan jalan anda sekiranya anda tersalah memilih jalan.
JANGAN GELAP MATA
Janji keuntungan biasanya banyak 'menggelapkan mata' manusia yang tiada ilmu dan mentor serta tujuan tertentu.
Apalagi ia berkaitan emas. Logam bernilai yang selalu digunakan oleh Skim Cepat Kaya untuk menipudaya manusia.
Mulakan apa jua simpanan dan pelaburan atau apa juga yang melibatkan WANG ANDA dengan ilmu.
Dapatkan pandangan ahli-ahlinya. Jangan bertanya orang yang bukan ahli. Nanti anda akan bertambah pening. Elakkan dari silap bertanya.
Jadi, pastikan kita tiada 5 ciri-ciri di atas ini untuk mencapai keuntungan maksimum dalam keuntungan simpanan dan pelaburan emas ini.
Saya doakan kita semua menjadi penyimpan celik emas, kaya dan berjaya. Wassalam.
Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.