4. ANDA BERIMPIAN ATAU BERMIMPIAN?


Assalamualaikum. Apa khabar anda hari ini? Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Izinkan saya bertanya satu soalan hari ini.

Adakah anda memilih untuk hidup bebas seperti orang senang atau anda hanya bermimpi untuk hidup dalam dunia orang senang?

Jika jawapan anda,"Ya. Saya memilih untuk hidup bebas seperti orang senang".

Itu maksudnya, anda tahu bahawa hidup ini ditentukan dengan pilihan di tangan kita.

Tapi jika jawapan anda,"Siapa tidak mahu hidup bebas seperti orang senang, tapi inikan ketentuan takdir. Tiada siapa yang dapat melawan takdir."

Perasan tak, kebanyakan orang akan menjawab dengan jawapan kedua.

Pokok pangkal masalah ramai manusia hanya hidup dengan satu realiti dan corak berfikir bahwa mereka tiada pilihan dalam hidup.

Semuanya disandarkan kepada takdir. Sedangkan mereka tidak berusaha untuk mengusai ilmu orang senang yang hidup bebas. 

Jika mereka telah ada ilmunya, tiada pula tindakan yang mengikuti di belakangnya. Akhirnya, untuk menutup 'kesalahan' mereka, maka takdirlah yang kelihatan kuat untuk menjadi alasannya.

Saya doakan anda tidak sebegitu rupa. Saya percaya, anda sedang berusaha untuk keluar dari belenggu hidup dan kewangan yang mencengkam dengan ilmu dan tindakan luar biasa.

APA 'WHY' ANDA?

Soalan yang sering ditanya kepada saya, 'Bagaimana saya meneruskan perjalanan hidup apabila saya kekurangan wang, tiada pekerjaan yang sesuai serta berhadapan dengan masalah hutang berterusan?'

Jawapan saya mudah saja, saya mempunyai impian dan keazaman kuat untuk mengubah hidup saya.

Supaya saya dapat memberi kehidupan yang lebih baik kepada ibu bapa, pasangan, keluarga dan orang sekeliling saya. 

Sebab 'Why?' saya sangat jelas.

Pada hari ini, alhamdulillah ketika saya berjaya mendapat kejayaan hidup, ramai pula bertanya mengapa saya terus membuat perkongsian dan mengajar orang lain seumpama ini tentang perniagaan, kekayaan dan kejayaan hidup sedangkan saya tidak perlu melakukannya untuk mendapatkan wang.

Saya memberitahu, 'Saya perlu terus berkhidmat kerana masih ada ramai orang yang memerlukan ilmu ini. Bangsa saya perlu lebih maju dan berjaya. 

Saya perlu melahirkan ramai lagi jutawan yang kaya dunia kaya akhirat. Dan lebih banyak yang saya perlu lakukan demi menambah nilai dalam hidup orang lain.'

Saya dan keluarga semakin hari bertambah lebih gembira dan senang dengan melakukan perkara ini. Ia adalah pilihan saya.

Apa pula pilihan anda?

Jika anda ingin menjadi orang yang kaya dunia, kaya akhirat, cadangan saya, lihat sahaja di sekeliling anda. 

Lihatlah apa yang perlu anda lakukan untuk menjadi agen perubah hidup orang lain dengan bakat dan kemahiran yang ada.

Kita perlu menggunakan anugerah yang telah dikurniakan oleh Tuhan kepada kita. 

Apabila kita melakukan perkara ini, kita akan melangkah ke arah limpahan rezeki yang selama ini siap menunggu kita semua.

Inilah perkara utama yang saya ingin kongsikan dalam program emas fizikal dalam web blog saya ini.

Bagaimana caranya kita dapat memperkasakan ekonomi diri dan keluarga dengan tahap kewangan yang kukuh secara berterusan dan secara pasif sehingga boleh diwarisi oleh anak, cucu dan generasi seterusnya. 

Dan bagaimana dengan limpahan kekayaan dan perniagaan ini, anda dapat membantu lebih ramai orang transform hidup mereka.

Yang berhutang, akan terbayar. Yang tersepit, akan terbebas. Yang derita, akan bahagia. Yang duka, akan gembira. Bukankah itu adalah cita-cita dan pilihan yang mulia.

Kita semua disekolahkan untuk belajar bagaimana untuk bekerja keras bagi mendapatkan wang. 

Saya pula menganjurkan program emas fizikal ini untuk sekolahkan anda dan orang ramai bagaimana mencari wang yang akan bekerja untuk anda.

Supaya anda dapat menikmati kebebasan kewangan dan masa, mempunyai masa depan yang cerah dan peluang serta ruang untuk membantu lebih ramai orang.

At the end of the day, kejayaan perlu dirancang tidak kisah sama ada anda mahu ‘pencen awal’ dari kerjaya anda atau perniagaan anda.

Kesilapan ramai orang dan saya sendiri pada satu masa dahulu adalah saya fikir saya mampu bekerja sampai bila-bila.

Sedangkan apa yang saya tidak tahu dahulu adalah ilmu membina pendapatan pasif dengan sistem serta strategi bisnes yang betul.


Ok, sampai di sini dulu. Tapi sebelum itu, saya nak anda fikirkan, apa pilihan anda sekarang?

Masih menunggu walau peluang ada di depan mata?
Masih bersangka-sangka walau keyakinan sudah ada?
Atau ingin mulakan tindakan untuk mencuba memilih masa depan?

Orang yang ada impian, ia kejar impiannya hingga dapat.

Orang sekadar bermimpian, ia hanya menunggu melihat pengakhirannya.

Sekian dulu dari kami. Saya doakan anda dapat membuat keputusan yang betul dengan petunjukNya.

Wassalam.


Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 gram 1 keluarga 1 bulan
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...