2. ANJAKAN PEMIKIRAN 2016


Assalamualikum dan salam sejahtera. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."


"Tahun ni, aku azam nak kurus dan sihat."
"Tahun ni, aku nak bawa ibu ayah kerjakan umrah pertama mereka."
"Tahun baru ni, aku mesti senangkan pasangan dan anak-anak-anak"
"2016.... Aku datang dengan impian bebas hutang, bebas masalah kewangan."

Pasti anda tersenyum membacanya. Hampir setiap dari kita menyimpan azam dan impian besar seumpama ini.

Tapi soalnya, adakah kita telah bersedia dengan perancangan dan tindakan luar biasa untuk pastikan ia benar-benar terjadi?

Atau hanya berlalu sepi seperti tahun-tahun sebelum ini?

NAK MULA DARI MANA?

Jika kita inginkan 2016 menjadi tahun terbaik yang kita pernah alami, maka kita perlu bermula dengan minda kita. 

Kami juga bermula dengan mengusai minda kami sendiri. Minda, bukan hanya otak pada tubuh. Tapi ia juga penggerak kepada kehidupan.

Minda yang lemah akan jatuh. Minda yang kuat akan terbang tinggi. Kerana minda tinggi, orang diangkat tinggi. Kerana minda lemah, orang dikutuk keji.

Orang yang mencapai tahap tertinggi di dunia melihat kehidupan dan dunia mereka dari aspek minda kemungkinan (possibilities) dan rezeki melimpah ruah (abundance).

Apabila kita beralih minda kita dari kekurangan kepada banyak, dari terhad kepada kemungkinan, kita mula melihat semua peluang yang ada di depan kita

Lebih banyak wang, lebih banyak lagi hubungan baik terjalin, lebih daripada segala-galanya, semuanya betul-betul di hadapan kita.

Apa yang kita rasa mustahil sebelum ini, kini dianggap boleh atau ada harapan dan kemungkinan ia berlaku. 

Kita perlu memiliki minda terbuka untuk menikmati semua kemungkinan ini sebelum kita boleh melihatnya secara realiti.

Apabila sesuatu perkara berlaku tidak mengikut perancangan kita, jangan menangis berhari-hari atau berbulan-bulan lamanya. Kita perlu berusaha untuk mencari peluang baru. 

Peralihan minda kita dari kekurangan kepada kemungkinan adalah titik permulaan untuk mengubah apa yang orang lain fikirkan sebagai mustahil menjadi realiti.

Jika anda komited untuk membuat yang lebih baik pada tahun 2016 untuk diri anda dan orang tersayang, saya cadangkan anda ikuti motivasi emas ini bersama kami.

Akan kami tunjukkan cara dan jalannya supaya anda lebih kaya, berjaya dan bahagia, dunia dan akhirat.

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri.."

Anda Kaya dan Berjaya!

Wassalam.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 gram 1 keluarga 1 bulan
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...