EKONOMI MENJUNAM, KITA TERBEBAN!


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Ekonomi Malaysia pada tahun baru 2016 ini bukan sahaja merunsingkan pemimpin negara, bahkan ia juga merunsingkan kita semua sebagai marhaen yang paling terkesan secara langsung.

Government Goods & Tax (GST), cukai itu ini, kejatuhan nilai ringgit, kedudukan harga minyak yang tidak stabil, peningkatan harga barang secara mendadak, kenaikan kos sara hidup semakin tinggi dan sebagainya bukan sahaja menyesakkan dada, bahkan turut menyesakkan poket kita. 

Sama ada kita akuinya ataupun tidak. Ia pasti memberi tamparan hebat buat kita yang bergaji rendah dan sederhana terutamanya. 

Ingin menambah pendapatan melalui OT (overtime), OT pun sudah semakin dikurangkan sekarang.

Mahu bertukar kerja yang lain pula, sedikit sangat kekosongan dibuka oleh para majikan kerana keuntungan semakin berkurangan akhir-akhir ini. 

Bahkan majoriti tahu bahawa terdapat ramai rakan kita yang diberhentikan kerja secara sukarela dalam keadaan tidak suka rela sebenarnya.

Perkara-perkara ini adalah indikator utama kepada krisis ekonomi atau zaman kemelesetan ekonomi sepertimana yang pernah kita alami pada tahun 1998 dan 2008.

2016 hingga 2018 adalah pusingan seterusnya. Pasti ia bukan mimpi yang menyeronokkan tapi kita perlu bijak untuk menghadapinya.

APA TINDAKAN KITA?

Soalnya, apa tindakan kita sekarang?

Adakah kita hanya berharap ekonomi akan segera membaik sedangkan kewangan kita semakin meruncing?

Mungkin anda perasan. Ramai orang kita suka menunggu. Menunggu dan terus menunggu. Sedangkan semua orang tahu bahawa 'penantian itu satu penyeksaan.'

Orang yang gagal merancang, merancang untuk gagal. Itu pegangan saya. 

Percayalah, orang yang berjaya menghadapi situasi ekonomi seumpama ini adalah orang yang mula merancang sedang orang lain masih terumbang-ambing.

Jumpa peluang untuk buat duit sama ada melalui kerja baru atau bisnes baru, mereka terus bertindak merebut peluang sedang orang lain masih menimbang-nimbang.

Power Gold telah sediakan peluang bisnes kepada anda untuk berkongsi untung melalui simpanan dan jual beli emas fizial dalam bentuk jongkong, dinar dan barangan kemas.


Kenapa emas ketika musim gawat ini?

Bisik kepada kawan sebelah formula mudah ni,
"Semakin jatuh nilai dollar dan ringgit, semakin tinggi harga dan nilai emas naik."

Wang kertas di tangan atau dalam poket kita tak ubah seperti tisu. Menunggu masa untuk berubah menjadi tisu paling rendah nilainya. Iaitu tisu tandas.

Orang yang celik kewangan akan simpan emas ketika harga murah dan akan jual ketika harga memuncak tinggi.

Jangan menunggu di kala ini. Bertindak segera.

Sekian dulu perkongsian kali ini. Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Wassalam.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...