1. BULAN PERTAMA 2016


Assalamualikum dan salam sejahtera. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Sedar tak sedar, kita telah pun berada di awal tahun 2016. Cepat sekali 2015 berlalu. Rasanya seperti baru semalam ia datang. Itulah masa.

Masa ibarat emas. Sangat bernilai. Jika sudah terlepas, pasti timbul rasa sesal. Tapi apa mampu kita buat? Jangan ulangi kesesalan itu. Rebut masa dan emas sekaligus. :)

Bagaimana anda bakal jadikan 2016 tahun yang bakal menjadi titik tolak perubahan hidup dan kewangan anda ini?

Albert Einstein pernah menyebut, tindakan yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeza adalah kerja orang gila!

Kenapa dia cakap begitu?

Berapa ramai yang mengharapkan hidupnya akan lebih baik lagi setiap tahun?

Berapa ramai yang mengharapkan kewangannya akan menjadi lebih luar biasa lagi setiap tahun?

Berapa ramai yang mengharapkan hutangnya akan berkurangan setiap tahun?

Tetapi, berapa ramai yang tidak melihat progress peningkatan kualiti kehidupan, kewangan dan penyelesaian masalah hutang yang dia harapkan?

Jujur saya katakan. Berdasarkan pengalaman jatuh bangun saya dan membantu ratusan orang dalam bisnes saya sebelum ini, bukan mudah sebenarnya untuk menyuruh seseorang itu bertindak merubah hidup dan kewangan mereka jika mereka sendiri tidak benar-benar inginkannya.

Ramai dalam kalangan kita yang bekerja yang menganggap hidup dan kewangan mereka dah okay.

Ramai juga yang berniaga yang menganggap hidup dan kewangan mereka dah okay.

Masalahnya, sama ada mereka sedar atau tidak, hidup mereka, masa mereka bekerja dan keadaan kewangan mereka, tidak seimbang dan jauh dari seimbang.

Apa maksud saya?

Saya pernah bekerja. Kerja permulaan saya sebagai operator Shell. Gaji saya RM600 sebulan dan saya perlu bekerja dari 8 pagi hingga 8 malam. Tiada masalah kan?

Saya juga dulu pernah bekerja dari 8 pagi sehingga 2-3 pagi. Setiap bulan saya boleh dapat sekitar RM1,500 sebulan. Okay kan?

Sebenarnya masalah kepada dua pekerjaan ini adalah masa dan potensi bebas kewangan.

Itu adalah sekitar 2005 dan 2013. Pada waktu-waktu hidup saya di dalam keadaan yang tidak ada ilmu dan strategi kejayaan kewangan yang betul.

Sebenarnya, ada formula tertentu agar kita dapat memperbaiki hidup dan kewangan kita agar menjadi lebih baik lagi.

Apa maksud saya lebih baik lagi?

Berapa ramai  ingin belajar bagaimana untuk menjadikan diri anda lebih memahami strategi yang digunakan oleh mereka yang kaya dan berjaya. 

Bagaimana membina kehidupan dan kewangan yang sangat luar biasa?

Berapa ramai daripada anda yang ingin belajar sains kekayaan dan kejayaan?

Anda pernah terfikir tak bahawa ada manusia yang sekolah tidak tinggi tetapi keadaan kewangan dia adalah sangat bagus, mampu berikan kehidupan yang lebih baik kepada ibu bapa dan keluarga mereka?

Jujur kadang-kala jika anda perhatikan, seseorang itu boleh membina kehidupan dan kewangan yang baik samada melalui pekerjaan mereka atau perniagaan mereka. 

Ia tidak bergantung kepada, siapa mak bapa mereka, tidak bergantung kepada seberapa tinggi mereka belajar, tidak bergantung sama ada mereka perempuan atau lelaki, muda atau tua, anak orang kaya atau orang susah.

MESTI

Ini antara mentor saya yang awesome!

Sebenarnya, ia sangat bergantung kepada 5 formula penting yang telah membantu merubah hidup saya iaitu formula yang namakan M.E.S.T.I.

Pernah tengok ada orang hidupnya asyik bertembung dengan banyak masalah?

Pernah tengok ada orang hidupnya asyik bertembung dengan banyak perkara yang baik-baik dan menguntungkan?

Itu semua bukan tidak sengaja. Ada cara tertentu yang anda juga boleh lakukan untuk merubah kehidupan dan kewangan anda.

Anda tidak perlu percaya cakap saya tetapi anda hanya perlu alaminya sendiri.

Formula M.E.S.T.I yang menjadi kunci utama bagi seseorang itu mampu menjadikan seseorang berubah hidup dan kewangannya dalam masa yang pantas.

Anda tidak akan percaya hidup dan kewangan anda mampu berubah selagi anda sendiri tidak bersedia untuk belajar formula yang terbukti berjaya ini. 

Well, sebab itulah kenapa ada orang yang berjaya dalam hidup dan kewangan mereka dan ada orang still stay the same di takuk yang lama.

Nak tahu kenapa?


  • Takut untuk berubah
  • Tidak percaya yang hidup dan kewangan mereka boleh berubah.
  • Tidak yakin dengan diri sendiri
  • Senarai alasan 'tidak boleh' yang terlalu banyak
  • Tidak ada ilmu dan tidak pernah mahu berikan sedikit masa untuk belajar
Dulu. Saya pun pernah berfikir seperti anda. Kalau dah gaji saya RM1,500 sebulan, takkan boleh naik jadi RM15,000 sebulan atau RM150,000 sebulan dan apatah lagi RM1.5 juta sebulan.

Tetapi, “M” pertama dari formula M.E.S.T.I itu menjadi titik tolak permulaan perubahan hidup saya iaitu MENTOR.

Saya mencari MENTOR yang telah berjaya dan berguru dengannya.

Formula M.E.S.T.I ini telah terbukti berjaya menjadikan hidup saya berubah, kewangan saya lebih stabil dan hidup juga lebih bahagia, lebih banyak masa dan lebih tenang.

Dengan kewangan yang lebih baik dan meningkat, masa yang lebih banyak, saya mampu spend lebih banyak masa dengan keluarga serta tunaikan banyak impian keluarga yang tertangguh selama ini.

Setakat ini dulu untuk perkongsian motivasi emas kali ini. Jumpa lagi di lain post.

Anda kaya dan berjaya!

Wassalam

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 gram 1 keluarga 1 bulan
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...