Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Saya doakan kepada semua pengunjung tegar weblog emas ini,"Anda Kaya dan Berjaya."
Hari ni sempena cuti hari kelahiran Sultan Johor ni, saya nak berkongsikan dengan anda tajuk ini,
"Kenapa ramai penyimpan tegar emas menyimpan emas fizikal jenis 999?"
KELIRU
Ramai penyimpan-penyimpan emas amatur (baru) terkeliru dengan jenis kualiti emas yang patut menjadi simpanan mereka untuk tujuan pelaburan.
Kebanyakannya menyangka bahawa semua jenis emas itu sama dari sudut nilainya.
Kekeliruan ini sangat jelas dengan simpanan emas yang pelbagai. Ada emas 916, emas 875, emas putih dan lainnya.
Prinsip mereka,"Biar kita ada semua jenis, senang nanti...".
Keliru....!
Emas fizikal untuk simpanan dan pelaburan dengan keuntungan maksimum hanya ada pada emas 999. Emas lainnya juga menguntungkan tapi untung tidak maksimum.
Bahkan ramai yang menanggung rugi kerana tidak mengira faktor tempoh masa, permintaan, susut nilainya dan lain-lain.
KISAH DARI RAKAN KONGSI
Awas, ini kisah benar! Pasti anda teruja baca mesej ini kan?
Emas padu 999 yang dibentuk menjadi rantai ini ketika mahu dipajak pada tahun 2014, dinilai berharga RM10,000. Sedangkan belian ketika tahun 1988 tidak sampai pun RM1000.
Jom kita kira bersama keuntungannya.
1988 = RM1000
2014 = RM10,000
Beza selama 26 tahun sebanyak RM9000.
Dari sudut kenaikan, peratus kenaikan adalah sebanyak 1000x ganda dari harga asal atau 1000% untuk 26 tahun.
Purata kenaikan secara tahunan adalah 1000%/26 = 38.5% setiap tahun.
Bayangkan kenaikan aset apakah seumpama emas ini? Kenaikannya secara tahunan pun sudah mengujakan. Apalagi jika dalam tempoh masa yang lebih panjang.
Tapi....tapi harus diingat. Kenaikan ini hanya pada emas 999 saja tau. Emas jenis kualiti yang lain tidak seumpamanya.
Koleksi emas 999 Powergold. Saya punya tau :) |
Kenaikan emas 916 sebagai contoh hanya antara 15-20% saja setahun. Maka ianya bukan keuntungan maksimum jika anda berniat untuk menjadikannya sebagai simpanan yang menjurus ke arah pelaburan di masa hadapan. Itu belum lagi dikira susut nilainya.
Untuk tidak mengulangi semula perkongsian tentang emas 916, anda boleh rujuk semula artikel ini untuk lebih memahami perbezaannya.
Klik SINI tau. Pastikan anda boleh beza antara emas 999 dan 916 tau.
Semoga menjadi panduan untuk anda ya. Semoga bermanfaat juga jika anda mahu share post ini bersama rakan taulan maya anda. Saya doakan sekali lagi,"Anda Kaya dan Berjaya."
Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.