SIMPAN EMAS TAPI DAPAT KERTAS

Assaalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Terima kasih kerana terus melawat webblog kami sentiasa. 

Jika tak keberatan bolehlah share mana-mana post yang bermanfaat bersama rakan-rakan fb anda. Kami sentiasa doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

BELI EMAS KE BELI KERTAS?

2 hari lepas kami mendapat kes baru. Seorang isteri mengadu kepada kami. Suaminya dikatakan menyimpan emas dalam Gold Saving Account di salah sebuah bank di Malaysia.

Jumlahnya boleh tahan banyak. Terbeliak mata dan terpegun juga mendengarnya. 500g tau. Setengah kilo. Orang ada-ada saja yang boleh menyimpan sebanyak itu. Tapi sayangnya.....

Ia hanya simpanan dalam bentuk buku yang terdiri daripada kertas dan angka sahaja. Menakutkan bukan simpanan emas seperti ini.



Mungkin ada yang kurang faham. Saya cuba terangkan dalam bahasa mudah.

Jika anda simpan duit, anda dapat pegang kertasnya, lihat notnya dan juga boleh baca jumlahnya melalui angka. Kerana semuanya tertera pada duit itu sendiri. 

Duit, kertas yang diletakkan angka yang menunjukkan nilai tertentu. Betul ke betul?

Tapi bila anda simpan emas, pastinya ia berbeza. Kerana emas bukan kertas. Emas adalah logam yang boleh dipegang, dilihat hinggalah digigit jika mahu.

Sekiranya ia disimpan sekalipun baik di bank atau di mana tempat sekalipun, jika kita minta emas itu dikeluarkan, ia wajib dikeluarkan. Baru kita boleh lihat emas itu sendiri dan memegangnya. Itulah sepatutnya simpanan emas.

Tapi ini tidak berlaku pada bank-bank. Gold Saving Account mereka hanya ada angka yang dicetak pada kertas yang dihimpunkan di dalam sebuah buku.

Katanya emas itu ada di sana sini tapi jika diminta untuk dikeluarkan tidak boleh? Adakah ini namanya simpanan emas atau simpanan angka sahaja?


Inilah emas fizikal yang disimpan sepatutnya.

DARI ASPEK HUKUM

Gold Saving Account yang mempunyai emas fizikal sendiri dan penasihat patuh syariah serta dinilai patuh syariah di Malaysia hanya 2 buah bank sahaja sehingga hari ini.

Kedua-dua jenis bank ini adalah bank antarabangsa yang telah lama bertapak di Malaysia iaitu Ar- Rajhi Bank dan Kuwait Ginance House. 

Manakala untuk bank tempatan, masih belum ada lagi yang dinilai patuh syariah kerana sebab yang saya terangkan sebelumnya. Fokusnya adalah pada emas fizikal itu sendiri.

Jika emas fizikal itu ada, ia mesti boleh dikeluarkan. Jika emas fizikal itu tidak ada, mengapa diniagakan dalam Gold Saving Account penyimpan?

Jika emas tak boleh dilihat atau dipegang, bagaimana orang ramai boleh percaya bahawa emas itu wujud pada tangan pihak bank? 

Kerana inilah, simpanan emas fizikal secara maya yang diwakili dengan angka sahaja diisytiharkan tidak patuh syariah oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

EMAS FIZIKAL

Kesimpulannya, jika anda ingin membuka akaun simpanan emas di bank, carilah 2 bank di atas. Hindarkan diri dari berurusan dengan transaksi yang meragukan dan tidak patuh syariah.

Percayalah. Allah berikan rezeki yang halal dan berkat kepada mereka yang berusaha mencarinya.

Jika mahu menyimpan sendiri atau boleh juga meletakkan emas fizikal anda di peti simpanan di bank dengan upah tertentu, anda boleh dapatkannya juga daripada kami.



Kami membekalkan emas fizikal dari seberat 1g hinggalah 500g dengan harga kilang. Anda dapat jimat terlalu banyak dengab kualiti emas 999 yang terbaik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Sekian dulu dari kami. 

Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya". 

Wassalam.

Wafiq-i Gold

Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...