ALASAN BIASA ORANG KITA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Anda seorang usahawan? Anda pernah diajak untuk menjadi usahawan? Atau anda pernah rasa tidak faham dengan pemikiran seorang usahawan?


Saya pernah menjadi pekerja sebuah company dahulu. Jawatan saya bukan kecil. Pernah menjabat jawatan pensyarah. Pernah menyandang gelar pekerja cemerlang. Dan sebelum berhenti, hampir saja dinaikkan pangkat sebagai pensyarah kanan.

Tapi satu perkara pelik yang tidak berlaku pada saya adalah saya tidak pernah diajak atau diajar untuk berniaga atau untuk menjadi usahawan oleh sesiapa. :)

Ia satu perkara yang saya anggap pelik hingga kini. Kerana tanpa ajakan sesiapa, takdir telah membawa saya sejauh ini utuk menjadi seorang usahawan yang kaya berjaya. Alhamdulillah.

ORANG KITA BANYAK ALASAN KE?

Saya yakin dan percaya majoriti kita pernah mendengar beberapa alasan yang biasa orang kita beri bila diajak atau ditawarkan menjadi usahawan. 

Mungkin bukan hanya didengar tapi mungkin juga pernah terkeluar daripada lidah kita sendiri. Mungkin.... :)

ALASAN 1: "Aku belum bersedialah....".

Hakikatnya: Banyak yang kita lakukan kita tak bersedia tetapi kita beranikan diri untuk mencuba, akhirnya kita boleh lakukannya.

Sama juga dengan sesuatu peluang bisnes atau lainnya. Kita mesti BERANI untuk mencuba dan melakukannya. 

Perkara baru dalam hidup kita adalah berbisnes. Tidak perlu 'terlalu' bersedia. Yang penting, kita hanya bersedia dengan risiko dan jangkaan.

Kita belajar melalui bisnes dan dapatkan ilmu serta pengalaman, in shaa Allah semuanya akan jadi mudah. Yang penting adalah mulakan.

Percayalah, biasanya sesuatu nikmat besar itu kita dapat dalam keadaan kurang bersedia supaya kita dapat rasai nikmat ketika berusaha belajar daripadanya seumpama nikmat anak. Betul ke betul?

ALASAN 2: "Aku tiada masa la...."

Hakikatnya: Kalau bekerja 8 - 12 jam sehari sampai tiada masa, adakah kita dibayar dengan gaji yang setimpal? 

Adakah duit gaji kita cukup setiap bulan? Adakah kita sudah mampu bahagiakan ibu bapa kita dgn hadiahkan mereka pakej umrah atau haji?

Janganlah kita menjadi seperti orang biasa-biasa.

Ketika remaja, kita ada banyak masa dan banyak tenaga, tetapi kita tiada harta.

Bila meningkat dewasa, kita punya harta dan tenaga tapi kita tiada masa.

Bila tua, kita ada banyak masa dan harta tapi kita tiada tenaga.

Mengapa kita perlu memilih antara masa, tenaga dan harta, sedangkan kita boleh memiliki kesemuanya?

Kadang-kala dalam hidup kita terpaksa tamak untuk jadi orang yang luar biasa.

ALASAN 3: "Aku tiada modal la....."

Hakikatnya: Pergi kerja pun ada modal yang kita keluarkan. Duit bayar tol, petrol, makan minum. Mana ada bisnes dlm dunia tiada modal. Ada sebahagiannya memerlukan modal kecil, sederhana atau besar.

Kecil modal kecil pulangan tetapi modal besar pulangan pun besar. Tapi jika kita berbisnes dengan panduan mentor, modal kecil dan sederhana pun boleh hasilkan untung besar. Modal besar apatah lagi.

Tapi ingat... Tanpa ilmu dan mentor, modal beaar pun boleh hangus terbakar. Jadi, mulakan perkara baru dalam hidup anda dengan berguru.

ALASAN 4: "Aku malu laa....."

Hakikatnya: Malu adalah sikap negatif yang harus dikikis jika ingin kaya dan berjaya. 

Sekadar perkongsian. Saya juga malu ketika awal-awal berbisnes. Malu nanti rakan kata tak cukup duit. Malu keluarga kata belajar tinggi-tingi, akhirnya berniaga. Malu jiran kata malu jadi jiran seorang peniaga.

Tapi percayalah bila anda telah lama berniaga sekurang-kurangnya 3 - 6 bulan, anda akan sedar, sebenarnya kita malu sendiri.

Alasan-alasan malu sebelumnya hanyalah alasan ciptaan minda sendiri untuk kita tak teruskan niat murni kita berniaga saja sebenarnya.

Ini namanya 'sabotaj' diri yang memang nafsu dan syaitan punya kerja. Elakkan tertipu dengan 2 makhluk yang tak nak anda kaya berjaya ni ye.


ALASAN 5: "Aku tak pandai la....."

Hakikatnya: Ramai jutawan atau orang yang berjaya bukannya pandai dalam pelajaran tetapi mereka pandai menggunakan PELUANG yang ada.

Tak tahu, mereka tanya. Kan mudah begitu. Tak faham bertanya, mereka tiru. Lagi mudah.

Percayalah bahawa kejayaan itu boleh ditiru.

ALASAN 6: "Aku redha je dengan hidup sekarang"

Hakikatnya: Redha biar bertempat. Kalau hidup pun susah, makan pakai anak-anak terabai, kepala pening memikirkan kewangan keluarga, masih lagi nak redha je ke?

Allah pun tak suka orang yang redha je tanpa usaha. Kan Allah ada berfirman dalam surah ar Rad:

"Aku tak akan ubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya".

Kita nak kaya, kita mesti usaha dulu, baru Allah berikan

ALASAN 7: "Aku nak fikir dulu laa....."

Hakikatnya: Fikir tak salah tapi berapa lama kita nak fikir.?Adakah kita akan dapat jawapannya selepas setahun atau 2-3 tahun selepasnya?

Jawapan kita adalah bila kita ambil PELUANG itu dan lakukannya. Orang yang FAST ACTION dah jauh meninggalkan kita tapi kita masih lagi nak fikir.

Lihat dan audit diri dalam kita sedang berfikir.

ALASAN 8: "Aku nak tanya pendapat orang lain dulu...."

Hakikatnya: Tak salah jika nak tanya pendapat orang lain tetapi tanyalah pada orang yang BETUL.

Contoh kalau nak buat bisnes, tanya orang yang buat bisnes bukannya tanya kepada pekerja tegar. Pasti jawapannya tak betul dan takkan membantu kita dalam membuat keputusan.


ALASAN 9: "Aku nak lihat kau berjaya dulu baru aku buat..."

Hakikatnya: Kita mesti tahu bahawa kejayaan seseorang bukannya sama.

Jangan jadikan kejayaan orang lain dulu untuk kita melakukannya atau mengambil sesuatu peluang.

Mungkin kita dulu lebih berjaya daripada mereka walaupun kita mengambilnya selepas mereka.

Sepatutnya kita bersyukur sebab kawan kita atau ada orang nak berkongsi dengan kita.

Best tak kita ambil peluang, kita berjaya dan kaya berkat perkongsian orang lain. Nasib baik mereka pilih kita.

Jadi, berterima kasih kpd orang yang berkongsi dengan kita ok.

ALASAN 10: "Aku nak kerja dulu la. Bila umur 40 tahun atau pencen baru aku nak buat bisnes..."

Hakikatnya: Tanya diri kita.

Senangkah kita sekarang? Cukup tak duit kita sekarang? Ada simpanan? Dah beli rumah? Terjamin 100% makan gaji kita?

Laratkah kita nak buat bisnes masa umur dah nak senja dan kudrat yg makin berkurang?

Ingat, nak berjaya dalam apa jua bisnes, ia memakan masa bertahun-tahun jugak.


Apa yang penting MULAKAN TINDAKAN KITA HARI INI! Jangan sesekali bertangguh. Jarang saya jumpa orang bertangguh yang kaya dan berjaya. Percayalah!

Sekian dulu dari kami. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...