KENAPA PERLU BAYAR YURAN KEAHLIAN?


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua visitor weblog kami. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

"Ustaz, kenapa kena bayar yuran ahli untuk dapat kelebihan penjimatan dan bonus dari syarikat? Kenapa tidak buka saja keahlian secara percuma. Itukan lebih menguntungkan kedua belah pihak?"

Ini antara pertanyaan yang masuk dalam inbox fb dan whatsapp saya. 

Persoalan ini bagus untuk saya jelas dan kongsikan bersama anda supaya semakin ramai yang faham bahawa bisnes sekecil mana pun tetap ada modalnya.

Kalau pun bukan modal duit seumpama yuran, tetap ada modal lain dari sudut masa, usaha dan tenaga dalam pelbagai lapangan bisnes.

Perlu saya tekankan, kalaulah satu hari nanti saya membuka syarikat sendiri dan mengeluarkan produk emas sendiri sekalipun, saya tetap akan mengenakan yuran keahlian atau yuran agen kepada semua yang berminat untuk bersama salam bisnes. :)

Mengapa? Ini jawapan dari Power Gold dan saya sendiri.

KENAPA PERLU BAYAR YURAN?

Syarikat menyediakan servis dan perkhidmatan. Oleh itu, syarikat berhak mengenakan yuran penyertaan/keahlian. Masuklah ahli jika rasanya ia berbaloi dan bersetuju dengan kadar yuran berkenaan. 

Contoh pendaftaran keahlian yang telah berjaya :)

Tiada paksaan dikenakan kerana pastinya semua orang tahu, ahli dalam sesuatu syarikat akan beroleh lebih banyak manfaat dari bukan ahlinya.

ANTARA SERVIS YANG SYARIKAT SEDIAKAN

1. Setiap ahli dapat membeli emas dengan harga agen atau stokis dengan penjimatan antara RM21-23 bagi setiap gram belian. Banyak kan?

2. Syarikat menyediakan laman web dan katalog produk. Jadi anda tak perlu susah-susah ambil gambar produk apabila hendak tunjukkan kepada kawan-kawan atau prospek masing-masing.

Untuk membangunkan server sendiri serta perisian sendiri, ia tentunya memerlukan kos yang besar. Maka yuran dikenakan atas servis yang disediakan.

Tanyalah mereka yang pakar dalam bidang IT. Pasti mereka tahu kos untuk pembangunan web ini memakan puluhan hingga ratusan ribu banyaknya.

3. Syarikat sentiasa mengeluarkan produk dengan design terkini untuk melariskan jualan agen dan stokis. 

Ingat lagi perkongsian saya yang lepas? 

Syarikat sudah membeli kilang baru yang dikhaskan untuk mengeluarkan barangan kemas berasaskan emas 916 saja. Kilang lama akan mengeluarkan produk emas simpanan berasaskan emas 999 sahaja. Best ke best?


4. Anda tak perlu simpan stok. Hanya perlu ambil order dan serahkan pada syarikat yang akan menuruskan penghantaran. Sistem ini dipanggil 'dropship'. 

Maka syarikat perlu gajikan staf buat anda, sewa pejabat, bayar maintenance server website dan lain kos operasi syarikat.

5. Seminar dan latihan bagi menyumbang kepada kejayaan usahawan Power Gold. 50% kos ditanggung oleh syarikat

KENAPA SAYA PILIH MENJADI AHLI?

"Kenapa penting jadi ahli? Tak jadi ahli pun boleh kumpul emas apa?"

Ini my point of view, "Kenapa saya pilih untuk daftar sebagai ahli...?"

1. Banyak manfaat yang saya dapat sebagai ahli. 8 hingga 11 jenis bonus menanti untuk ahli aktif yang berniaga dengan membantu orang ramai menyimpan emas. 

Tanpa keahlian, lebih baik kita menapak ke kedai emas sahaja. Kita hanya beli dan simpan emas tanpa dapat sebarang perkongsian keuntungan melalui bonus.

Siapa untung? Jelas, Tentunya bukan kita :)

Anda nak lebih untung daripada ini?
Klik link INI untuk lihat tawaran kami.

2. Saya bukanlah rajin sangat nak singgah kedai emas pergi beli 1 gram saja. Mahu tauke kedai tu gelak dan malas nak layan saya nanti. 

Lagipun emas 1g untuk tujuan simpanan jarang sekali ada dalam pasaran Malaysia kecuali Power Gold. Kebanyakan kedai emas menjual 5g ke atas sahaja jika tujuannya adalah untuk simpanan.

Lagipun Power Gold urus semuanya. Kita order je. 2 - 3 hari, mendaratlah emas di pintu masuk rumah kita.

3. Jadi ahli ni bagi saya kuat semangat nak simpan emas. Lebih seriuslah mudah katanya. Sebab kita tahu penjimatan hingga RM23 bagi setiap gram. 

Kalau hanya nak setakat beli 1g dan simpan sampai bila-bila. Yang macam ni tak perlu jadi ahli pun tak mengapa. 

Tapi sebagai penyimpan tegar yang simpan sekurang-kurangnya 1g setiap bulan dengan target 1kg, jadi ahli lebih baik.

1g jimat RM23. Jika 1kg jimat RM2300. Banyak tu. Dengan penjimatan RM2300 tu bole lagi tambah    10 gram tu :)

4. Jadi ahli dapat masuk support group. Pelbagai perkongsian ilmu emas dan pengalaman ada. Tanya je apa pun, pasti ada jawapannya. Ada ke yang lebih penting dari ilmu?

Orang lain beli rumah 5-6 buah untung je. Kita beli rumah sebuah tapi sampai kena lelong. Agaknya sebab apa? Ilmulah jawabnya. 

Kerana itu jangan beli dan simpan emas sahaja. Kutip ilmu sama sepanjang perjalanan tu supaya kita tidak rugi kemudian hari.

Adakah anda bersedia berkongsi bersama orang lain?
Jika YA, klik link INI.

5. Jadi ahli ni dengan ilmu yang kita dapat dari support group, kita boleh bantu bimbing orang lain pula menyimpan emas seperti kita. 

Bak kata mentor saya,"Benda baik hang malu buat apa berkongsi". 

Dengan jadi ahli terlebih dulu, saya dapat taja rakan-rakan saya yang berminat untuk simpan emas menyimpan dan masuk dalam support group saya untuk berkongsi ilmu bersama. Betul ke betul?

Satu lagi. Keahlian Power Gold adalah seumur hidup. No expired date. Tak payah dah renew setiap tahun macam roadtax.

Tiada paksaan pula tu untuk maintain pembelian emas setiap bulan. Ikut suka la nak beli banyak mana atau pada bila-bila masa pun. Best kan?

Ingin bersama kami? Klik link INI.

Jom sahut seruan 1gram 1 bulan 1 keluarga. Elakkan bertangguh untuk menjadi ahli. Ia sangat menguntungkan anda. Percayalah! Saya dah rasainya. Anda bila lagi?

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...