RUTIN PAGI ORANG KAYA BERJAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua visitor. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Sudah lama tidak berkongsi motivasi emas kami bersama anda semua. Rasa kekosongan pula tanpa perkongsian motivasi.


Motivasi itu umpama minyak yang dicurah kepada api. Semakin banyak semakin marak apinya. Api semangat dan tindakan untuk kaya dan berjaya.

Izinkan saya kongsikan panduan motivasi dari Dr Azizan Osman yang saya kira sangat bagus. Ia rutin orang kaya dan berjaya tanpa kecuali.

*****

Kata DAO:

Salah satu perkara yang mengesahkan rutin pagi saya merupakan rutin kebanyakan mereka yang berjaya ialah ketika saya bertemu Robin Sharma, penulis buku laku keras "The Monk Who Sold His Ferrari" serta billionaire pemilik Virgin Airlines, Sir Richard Branson di satu forum di Toronto baru-baru ini.

Di dalam forum tersebut, saya hadir bersama 140 orang yang berjaya di dalam pelbagai industri mereka dari 45 buah negara dalam dunia dan di kalangan kami merupakan multi-millionaire, billionaire dan philanthropists serta business leader.

Di antara perkara yang kami bincangkan atau kenal pasti adalah tentang apakah yang dilakukan oleh mereka yang berjaya setiap hari?

Apakah perkara utama yang mempengaruhi kehidupan kami serta menjadi kunci penting untuk kejayaan kami dalam tempoh jangka masa panjang.

Di sini saya kongsikan perkara utama yang menjadi asas utama kejayaan mereka yang berjaya adalah rutin mereka setiap pagi dan suka saya berkongsi dari segi perspektif rutin seorang jutawan akhirat:

1. Bangun awal pagi seawal 4 pagi dan paling lambat 5 pagi. Sebab itu penting untuk tidur awal 9 malam atau selewat-lewatnya 10 malam.

2. Mandi kerana ia menyihatkan tubuh. Ini juga sunnah Nabi saw.


3. Solat taubat, tahajud, hajat dan istikharah (Ini rutin setiap awal pagi).

Solat tasbih 4 rakaat (Perlu bangun awal lakukan ini, sekurang-kurangnya 4 pagi).

Solat Witir (Dan ini perlu selesai 10-15 minit sebelum azan suboh)

4. Baca beberapa surah atau juz' Al-Quran atau amalan wirid-wirid yang baik sementara menunggu Subuh.

5. Berjemaah di masjid atau berjemaah bersama keluarga

6. Pastikan solat fajr 2 rakaat sebelum iqamat untuk solat fardu Subuh. Ia adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari dunia dan isinya (hadis).

7. Selepas solat membaca Al-Quran atau wirid-wirid tertentu sementara menunggu matahari naik untuk solat sunat Isyra' bila matahari naik.

8. Minum pagi / sarapan

9. Exercise untuk 30-60 minit (Mendengar bahan audio yang bagus ketika exercise)

10. Solat dhuha (Selepas exercise dan mandi)

Sekiranya anda belum mampu lakukan semua di atas, anda boleh lakukan mana yang anda mampu sebagai permulaan. 

Rutin jutawan bukan Muslim tidak banyak beza kecuali bab amalan kita sebagai orang Islam.

Biasanya mereka akan lakukan meditasi seperti yoga atau taichi seawal 5 pagi dan exercise, membaca bahan bacaan ilmiah dan menulis perancangan hari mereka.

Saya mencadangkan anda menulis perancangan hari anda pada waktu malam sebelum anda berehat. 

Ini hanya guideline untuk anda dan saya telah memulakannya sejak tahun 2001 lagi. Cuma diperkemaskan over the years dan disesuaikan dengan tugas harian seperti ketika travel atau mesyuarat awal pagi.

Hidup kita yang best bermula dari awal pagi, ambil sarapan yang sihat dan makanan seperti raja di pagi hari.

Ingat:

1. Jika anda mahu membina hidup yang berkualiti, anda boleh mulakan sebahagian dari rutin di atas atau mengikut kesesuaian anda. 

Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. Dan cuba lakukannya dengan baik terutamanya ketika hari cuti.

2. Jika anda bekerja, adjust rutin ini.


3. Kejayaan bermula dari rutin, habit atau disiplin over the years dan kejayaan tidak datang secara  insiden. Jika baik amalkan, jika tidak abaikan.

Saya cadangkan anda kongsikan formula ini sebagai hadiah anda kepada 9 orang lain yang anda kasihi jika ianya bermanfaat.

Manfaat untuk menghidupkan hati dan memperbaiki serta mencuci kolam jiwa mereka agar hati mereka sentiasa mendekati Allah swt dan lantaran itu akan menarik lebih banyak kasih sayangNya serta redhaNya.

Sesungguhnya, melalui the ‘Power of Giving’, kita lebih bahagia memberi daripada menerima kerana terdapat banyak nikmat hidup dan manfaat dalam "Memberi". 

Insya Allah, lebih banyak amalan kita dalam "Memberi", lebih banyak Allah swt akan memberi kita keberkatan dan kenikmatan hidup dalam pelbagai cara.

Ada keajaiban di sebalik "Memberi", rahsia yang hanya diketahui oleh orang-orang yang berjiwa besar.

Cuba anda amalkan dan lihat perubahan dlm hidup anda!

Jom kita amalkan bersama. Tak banyak pun. Lapangkan masa untuk Yang Maha Kaya dan Berjaya, pasti mudah buat kita untuk kaya berjaya juga.

Sekian dahulu untuk hari ni. Semoga bermanfaat.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...