Assalamualaikun dan salam bahagia buat semua. Saya doakan,"Anda kaya dan berjaya."
Hari yang hebat buat insan hebat seperti anda. Semoga kita bersama dalam lindunganNya.
Izinkan saya berkongsi keseronokan bersama anda hari ini. Alhamdulillah buku tulisan saya dan group berkaitan emas dengan tajuk "Mudahnya Menyimpan Emas" telah berjaya dicetak untuk pertama kalinya.
1000 cetakan awal ini adalah untuk kegunaan kami bersama dalam group Wafiq-i Gold untuk membantu rakan-rakan dan sanak saudara terdekat untuk menambah rasa teruja terhadap emas.
SOAL JAWAB
Sejujurnya. Sejak bulan pertama saya berniaga emas, banyak sangat soalan yang ditanya orang. Kadang-kala sampai ke tengah malam menjawab soalan yang tiada berkesudahan.
Soalannya bukan sedikit. Bahkan banyak pula yang berulang-ulang. Bayangkan jika ada 5 orang PM dalam sehari dengan anggaran 5 soalan setiap seorang. Maka saya terpaksa menjawab 25 soalan itu berulangan.
Yang lebih parah lagi, apabila orang yang berminat dengan emas tidak tahu soalan apa yang patut ditanya.
Tak sedikit yang saya terpaksa membaca fikiran dan persoalan yang bermain dalam minda kosong mereka.
Sudah namanya meneka. Kadang tepatlah jawapannya. Selalunya tak mengena. Itu hakikat dalam soal jawab berkaitan emas.
"MUDAH KE SIMPAN EMAS?"
Atau soalan serupa dengannya. "Saya tak biasa simpan emas, boleh ustaz terangkan? Saya nak tahu untuk apa simpan emas....etc".
Soalan berbentuk ini mudah sekali kelihatannya. Tapi tak ramai tahu, dalam soalan sependek ini terdapat 20 soalan lain sebelum jawapan "Mudah je simpan emas ni" terhasil.
Soalan ini yang menjadi pilihan saya untuk diletakkan sebagai tajuk utamanya. Kerana ia adalah gabungan hasil soal jawab yang kecil-kecil yang akan menatijahkan satu keputusan iaitu "Mudahnya Menyimpan Emas."
Saya percaya, perkara apa pun menjadi mudah setelah kita mengetahuinya secara mendalam hingga kita memahami selok beloknya.
Kita akan terasa mudah mahu ke KL jika kita sudah ada peta di tangan, ada rakan pula di sana di samping ada sedikit ilmu mengembara di dada.
Pasti mudah saja bukan dengan adanya bekalan seumpama ini?
Begitulah seumpama emas ini. Jika telah ada ilmunya, faham sedikit sebanyak perbezaannya dengan wang dan pelaburan lain, alert dengan sedikit sebanyak teknik simpanan emas fizikal yang betul, insyallah percayalah, perjalanan akan lebih mudah dan santai.
RINGKAS, PADAT & SENDAT
Buku kecil dengan 20 soal jawab mudah ini bukan saja membantu anda untuk berkenalan dengan emas bahkan menjadikan anda lebih faham betapa mudahnya menyimpan emas tanpa berfikir panjang lagi.
Soal jawab ini kami susun berdasarkan pengalaman kami bersama para pelanggan terdahulu dalam menjawab beberapa persoalan utama yang menjadi kekeliruan banyak pihak.
Malangnya, ada sebahagiannya yang membantutkan usaha menyimpan emas jika tidak bertemu jawapan yang meyakinkan.
Dengan hanya 26 muka surat sebesar A6, pasti mereka dapat khatamkan dalam masa kurang 20 minit sahaja untuk menimba manfaat besar dari buku mini "Mudahnya Menyimpan Emas" ini.
Mudah, kecil dan berinformasi padat adalah tujuan utama penulisan dan percetakan buku ini.
Insyallah jika tuan-puan berhajat untuk mendapatkan buku ini secara PERCUMA, hubungi sahaja agen-agen kami berdekatan. Pasti mereka akan membantu anda dalam usaha anda menyimpan emas fizikal yang sangat bermanfaat ini.
Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.