SEMINAR 'MASA UNTUK EMAS'

Di sini ia bermula!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya".

Izinkan saya berkongsi sesuatu yang menarik bersama anda hari ni. 

Ya. Menarik untuk dibaca dan dikongsi bersama bahawa semakin ramai orang kita telah memilih emas untuk dijadikan aset tetap dan terbanyak mereka 'tanpa hutang'.

Bukan itu saja, mereka juga memilih emas menjadi platform paling mudah untuk mereka berbisnes dan membina hidup dan kewangan yang lebih baik. 

Betapa awalnya kami tiba. Teruja. Jam 7 pagi tau!

Ini suatu yang mengujakan. Sikap penting diri orang kita semakin berkurangan melalui gaya bisnes networking seperti ini.

Sungguh benar tau. Kita bukan hanya menyimpan bahkan membantu juga orang lain menyimpan emas. Dari situlah terbitnya bisnes emas ini. Mudah kan?

SEMINAR EMAS DI JB

Seminar ini diberi nama 'Masa Untuk Emas' yang diadakan sempena penjelahan Power Gold di seluruh negara pada tahun ini. 

Cari nama kami? Wafiq-i Gold!

Saya rasa tema itu sangat sesuai memandangkan ekonomi Malaysia yang berada dalam kegawatan dan ketidaktentuan pada tahun ini.

Kedudukan matawang yang lemah dan kelemahan kerajaan dalam menangani isu pendapatan dan perbelanjaan negara bukanlah rahsia. Kita semua tahu dan sedar tentang masalah ini. 

Ini menjadikan emas sebagai alternatif terbaik untuk diperkenalkan dan dikembang luaskan untuk membantu kita, rakyat Malaysia 'membekukan' dan mengembangkan kekayaan dengan emas.

Seminar ini saya kira antara seminar yang teramai kehadirannya dalam seminar yang pernah saya hadiri. 800 orang peserta dari seluruh Johor dan ada juga dari Singapura, Sabah hinggalah ke Kelantan yang turun memeriahkannya.

PENGISIAN

Pengisian padat dari jam 9 pagi hingga 6 petang menjadikan kehadiran saya benar-benar bermanfaat. 5 orang pembentang jemputan banyak berkongsi ilmu.

Menghayati motivasi hidup!

Ilmu berkaitan emas sebagai aset lindung nilai, emas sebagai perniagaan, ilmu pajakan emas, zakat emas dan perkongsian pelbagai ilmu lain turut dibentangkan.

Suka sekali saya kongsikan apa yang diperkatakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Zakat, Baitulmal dan Wakaf, Jabatan Agama Islam Johor berkaitan zakat.

"Fakir miskin adalah golongan penerima zakat teramai di negeri johor. Mereka tidak berupaya untuk mendapat rezeki yang banyak seperti tuan puan semua. 

Penyelesaian kefakiran dan kemiskinan tidak ada pada tangan orang miskin kerana mereka tidak berupaya tapi penyelesaian mereka ada pada tangan orang kaya.

Orang kaya seperti tuan puanlah yang Allah anugerahkan ilmu dan hartalah yang menjadikan saudara Islam kita terbela. Jadilah kaya tapi jangan dilupa tujuannya yang utama iaitu untuk berkongsi harta."

Insyaallah semua dalam gambar ni kaya dan berjaya!

Seramkan dengar? Bagaimana selama ini ramai orang kita menafikan harta kekayaan bahkan ada yang menganggap kaya itu sebagai satu dosa tapi dalam Islam adalah sebaliknya. 

Tidak salah langsung kita berusaha untuk menjadi kaya asalkan niat dan tujuan mesti diperbetulkan sedari awal. Alhamdulillah. Ia satu ingatan yang sangat baik. Setuju ke setuju?

FAKTA MENARIK

Antara yang dikongsikan oleh CEO Powergold dan speaker undangan yang lain adalah;

1. Keahlian Powergold telah mencapai 150 ribu orang di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

2. Powergold menjadi perhatian kerajaan kerana berjaya menjadi syarikat pengeluar emas untuk simpanan yang terbanyak di Malaysia dengan jualan lebih 120kg sebulan.

3. Kerajaan beranggapan dengan kesedaran rakyat yang tinggi terhadap emas ini, GST patut diperkenalkan kepada emas supaya pendapatan negara untuk diseimbangkan dengan kekayaan rakyatnya.

3. Pihak syarikat dan juga persatuan emas Malaysia sedang berbincang dengan pihak kerajaan untuk mengecualikan emas 999 daripada GST. 

Kerana emas 999 bertujuan sebagai pelaburan di Malaysia bukan sebagai barangan hiasan seperti jenis emas yang lain seumpama emas 916.

Kahwin sekarang pun guna emas.
Dinar tentulah pilihan pengantin bijaksana!

4. Stok emas di Malaysia semakin berkurangan. Malahan di dunia juga. Ini menjadikan harga emas tidak mungkin turun lagi, bahkan akan semakin tinggi.

5. Negara kuasa besar ekonomi seperti China, Korea dan Jepun membeli dan menyimpan emas dengan sangat banyak untuk mengikat ekonomi mereka.

Kerajaan China, Korea dan Jepun bahkan meminta rakyat mereka memperuntukkan 5% dari pendapatan mereka untuk membeli dan menyimpan emas fizikal.

6. Ini menjadikan emas yang dianggarkan berharga RM503/gram pada tahun 2020 kemungkinan akan berlaku lebih awal dengan faktor-faktor seumpama ini.

7. Powergold sedang bekerjasama dengan beberapa koperasi untuk mewujudkan pajak gadai sendiri untuk memudahkan ahli dan stoksi Powergold meletakkan emas mereka di sana atau menggadaikannya apabila perlu.

8. Powergold telah membeli kilang baru yang khusus untuk mengeluarkan emas perhiasan 916 dengan kuantiti lebih besar. 

Ini memandangkan kilang sedia ada tidak dapat memenuhi permintaan pasaran untuk emas 999 dan 916 sekaligus. 

Ini menunjukkan bahawa perkembangan bisnes dan permintaan emas ini adalah amat tinggi.

Fakta kekayaan dan peningkatan nilai emas berbanding kejatuhan ringgit!

9. Powergold sedang merancang dan telah membuka Gold Stop Center di beberapa buah negeri supaya lebih ramai boleh 'walk-in' untuk mendaoat pelbagai perkongsian berkaitan emas.

Setakat itu sahaja yang boleh saya kongsikan buat masa ini. Fakta-fakta lain akan diperjelaskan jika perlu pada post yang lain.

Akhirnya, saya menyeru semua yang membaca, ambillah tindakan pertama untuk mulakan simpanan emas anda. Ia bukan trend zaman kemelesetan sebenarnya.

Tapi ia trend sejak zaman datuk nenek moyang kita dulu lagi. Emas adalah penyimpan nilai terbaik yang Allah berikan di dunia ini hinga disebut di dalam Quran sebagai harta yang bernilai.

Zakat jangan dilupakan. Itu paling utama!
Jom jadi pengeluar zakat emas pula :) 

"Dihiaskan kepada manusia kesukaan kepada perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun dari EMAS dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. 

Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)-Ali ‘Imraan: Ayat 14

Semoga bermanfaat. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya!"

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...