SIMPAN EMAS, TAKUT KENA ZAKAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Hari ni, kami nak kongsikan salah satu luahan rasa yang kami dapati dari persoalan ramai kawan-kwan kami

Ada satu persoalan menarik menjentik tangkai hati kami. "Susahlah simpan emas. Nanti kena zakat la apa la...hurmm."

SIMPAN EMAS, TAKUT KENA ZAKAT?

Manusia ini secara semulajadinya adalah makhluk yang kedekut. Mereka tidak suka berkongsi banyak perkara. Apatah lagi melibatkan harta benda.

Allah kisahkan sifat manusia ini kepada Nabi SAW, 

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut."

Kerana itulah datangnya zakat. Tujuan utamanya untuk mengajar manusia supaya tidak menuruti nafsu yang menterjemahkan pemberian sebagai kerugian.

Islam datang dengan didikan sebaliknya yang nafsu sama sekali tidak suka. Pemberian adalah keuntungan.

Kerana itu manusia suka kepada riba. Mendapat untung melalui tambahan bayaran pinjaman. Kerana sangkanya untung. Tapi tidak menyukai zakat. Kerana sangkanya ia rugi. 

Allah jelaskan dalam Quran tentang 'mindset' salah ini.

"Dan riba (tambahan) yang kamu berikan agar dengannya bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah apa-apa pada sisi Allah. 

Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredhaan Allah, maka itulah orang-orang yang melipat gandakan (pahala dan hartanya)." (Ar Rum: 39)

ZAKAT UNTUK ORANG KAYA 

Ramai silap faham hingga timbul perkataan yang menunjukkan takut kepada zakat sedangkan zakat itu adalah untuk orang kaya sahaja.

Jika kita baru menyimpan emas, biasanya adalah di tangan 20-50 gram setahun. Sedangkan zakat hanya dikenakan kepada mereka yang menyimpan emas fizikal 85 gram ke atas sahaja.

1 gram = RM190
85 gram = 85 x RM190 = RM16,150

Maksudnya, apabila telah capai nisab 85 gram dalam masa setahun, barulah zakat sebanyak 2.5% dikenakan dari jumlah ini. Ia bersamaan RM403.75 sahaja. Tak banyak pun bukan?

Bayangkan siapa yang boleh SIMPAN tanpa gunakan wang sebanyak itu dalam setahun? Adakah kita termasuk dalam orang begini?

Jika ya, maka tahniah kami ucapkan. Itu bermaksud anda kaya. Keluarkan zakat, insyallah anda bertambah kaya.

Jangan takut dengan zakat. Untuk anda yang keluarkan, ia akan bertambah-tambah banyaknya. 

Belum pernah saya jumpa kisah dalam mana-mana peta dunia, orang yang keluarkan zakat hatta berjuta ringgit sekalipun, diisytiharkan bangkrap. Semakin kaya dan berjaya ada lah.


Sedang untuk orang lain pula, dapat menumpang kekayaan kita bersama. Itulah keadilan sosial yang Islam gariskan. Jika miskin, jangan meminta-minta tapi berusahalah lebih kuat. Jika telah kaya berjaya dari usaha itu, berkongsilah pula.

Masih rasakan betapa sempitnya hidup ketika masih miskin dan tiada apa-apa dulu? Jadi, mengapa tidak mahu meringankan kesusahan mereka yang pernah dan sedang rasai keperitan kita dahulu.

Lagipun untuk apa kaya jika tidak mahu berkongsi bukan?

Percayalah, perkongsian itu satu kepuasan dan ketinggian. Kedekut hanyalah simbol kesombongan dan kerendahan.

Kadang-kala kita memberi bukan kerana kita ada lebihan terlalu banyak tapi kerana kita sedar, kita juga pernah merasai zaman tiada apa-apa pada satu ketika dulu.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah saw bersabda: 

"Perumpamaan orang yang kedekut dengan orang yang pemurah seperti dua orang yang memakai baju besi yang menutupi dadanya sampai ke leher. 

Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badannya hingga ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya (dosanya). 

Sedangkan orang yang kedekut disebabkan ia tidak mahu menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap cantuman bajunya sendat di tempatnya. Ia berusaha mahu melonggarkannya tetapi tidak pula longgar."

ZAKAT UNTUK ORANG YANG NAK KAYA DAN BERJAYA

Ramai orang nak jadi kaya berjaya tapi mereka tidak bersikap seperti orang kaya berjaya.



Orang kaya berjaya mengutamaan zakat. Dapat sahaja hasil keuntungan, zakat perkara pertama yang wajib mereka akan asing dan dahulukan pembayarannya.

Bukan hanya bayar cukup-cukup mengikut kiraan zakat 2.5% bahkan ada yang keluarkan hingga 10% untuk zaat sahaja.

WHY? 

Kerana mereka percaya, zakat itu mengayakan dan mereka berpegang prinsip,"What you give, you get back...more."

Jadi tirulah mereka. Jika anda telah sedia nak jadi kaya dan berjaya dengan meniru sikap orang kaya dan berjaya, insyaallah, anda akan menjadi seperti mereka satu masa nanti!

Rasulullah saw bersabda, "Tiada suatu hari pun yang seorang hamba bangun pagi melainkan turun dua malaikat ke bumi. 

Yang satu berdoa,'Ya Allah! Berilah ganti kepada hamba-Mu yang menafkahkan hartanya.'

Dan yang satu lagi berdoa,'Ya Allah! Binasakanlah harta orang-orang yang kedekut.'" (HR Bukhari)

Pesan mentor saya satu ketika dahulu, "Allah akan beri kekayaan dan kejayaan kepada orang yang telah bersedia menerimanya."

Sekian sahaja perkongsian dari kami. Semoga anda beroleh manfaat yang besar darinya.

Semoga anda kaya dan berjaya. Wassalam.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...