SUAMI PERDANA MENTERI RUMAHTANGGA, ISTERI MENTERI KEWANGANNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Apa khabar anda di hari minggu ni? 
Semoga anda bahagia dan ceria-ceria hendaknya.

Hari ni saja nak bercerita tajuk santai-santai je. Sebab terlintas nak tulis tentang tajuk ni adalah hasil survey pelanggan-pelanggan saya juga.


Ramai pelanggan saya adalah dari kalangan kaum wanita berstatus isteri. Setiap bulan mereka tukarkan duit lebihan belanja rumah mereka kepada emas fizikal.

Pernah saya survey beberapa orang suami orang bertanyakan,"Korang tau tak, isteri korang dapatkan emas tiap-tiap bulan dari saya ni?"

Jawabnya,"Tahulah. Isteri cerita. Dia tukar duit lebihan belanja dengan emas. Saya dengar je. Lagipun memang saya bagi isteri je duit rumah. Dia pandai uruskan. Jimat pun jimat."

"Habis tu takkan korang tak pegang duit langsung. Tengok isteri je yang berebut tukar emas, korang rilek je," pancing saya.


Nak tahu kenapa mereka berebut emas, view sini.

Jawapannya agak mengejutkan saya. Tapi saya suka berkongsi dengan anda jawapan mahal ni.

Katanya,"Duit gaji saya. Tolak semua hutang. Lebihannya memang bagi pada isteri untuk uruskan jangka masa panjang. 

Saya hanya pegang duit untuk jangka masa pendek. Duit untuk pergi balik kerja, duit makan minum dan duit kecemasan dalam RM100 macam tu je.

Bro, nanti U kahwin U tahulah. Dorang ni isteri-isteri nampak macam boros tapi tak sebenarnya. Dorang tahu setiap sen duit tu akan pergi ke mana. Lebihannya nak buat apa.

Sebelum ni, saya bagi RM1000 untuk belanja rumah dan anak-anak. Dia boleh simpan RM200-300 sebulan dalam bank. Saya tukang masukkan je duit dalam bank hujung bulan.

Harap kat saya, memang takde jimatnya. Mesti habis! 

Sekarang dia tukar kepada emas fizikal pula. Saya pun tak faham sebenarnya. Tapi sebab dia baca ebook cikgu, terus dia simpan emas pula.

Dia terang kat saya macam pelabur expert sampai saya faham. Tu yang saya sokong usaha dia tu. Terima kasih tau cikgu."

SUAMI ADALAH PERDANA MENTERI

Sejak dulu lagi, suami dirujuk sebagai 'raja', 'perdana menteri' atau 'presiden' dalam rumahtangga.

Sebagai orang nombor 1, kerjanya sebagai tonggak pentadbiran, tempat rujukan, tempat membuat keputusan dan tempat mencurah perasaan.

Biasanya suami ada income sendiri melalui pekerjaan atau bisnesnya. Mereka juga uruskan sumber ekonomi keluarga tapi kelemahan mereka dalam membelanjakan wang dan harta yang mereka kumulkan.

Kerana banyaknya kerja suami, maka sebahagian tugas, mereka serahkan kepada isteri. Khasnya bahagian pengurusan kewangan.

Para suami sangat senang bila dibentangkan bajet bulanan sahaja keada mereka. Mereka tak perlu fikir panjang. Jika masuk akal bajetnya, terus dapat cop mohor keizinan. Tanda lulus.

Jika suami tak dapat faham, mereka akan minta keterangan sehingga mereka faham. Jika mereka faham, selesai. Jika mereka tak faham pun, biasanya selesai juga. Mereka serahkan saja 100% kerana percayakan 'menteri kewangannya'.

ISTERI  SEBAGAI MENTERI KEWANGAN

Bercakap dari pengalaman dan pemerhatian saya sendiri. Dari nenek, ibu hinggalah rakan-rakan lain yang bergelar isteri. 

Tanggungjawab mereka lebih besar dari suami. Sama ada mereka bekerjaya ataupun tidak.

Peranan utama mereka adalah sebagai menteri kewangan. Mereka mengendalikan urusan perbelanjaan rumahtangga dengan sangat baik. Supaya 'kapal besar' yang dihuni oleh 'Perdana Menteri' dan anak-anaknya tidak tenggelam di pertengahan bulan.

Isteri akan menentukan berapa peruntukan untuk belanja dapur-teh, kopi, gula, garam, beras, minyak dan lainnya. Bil bulanan juga sudah di dalam log book otaknya. Bil air, elektrik, internet, gas, cukai dan lainnya.

Perbelanjaan anak-anak, suami dan diri sendiri juga sudah dikira. Duit minyak, yuran sekolah, yuran tuisyen dan sebagainya tidak diabaikan.

Lebihan yang ada pula, mereka simpan dan asingkan hingga ke hujung bulan. Mungkin di tabung di rumah sebagai tabungan bercuti untuk hujung tahun nanti atau tabungan di bank.


Bagi isteri yang lebih bijak, mereka bukan hanya simpan atau tabungkan sahaja, tapi mereka laburkan duit itu pula untuk dikembangkan.

Itulah kesnya isteri tukar lebihan duit kepada emas fizikal tu. Mereka melabur melalui emas di kala musim gawat ni.

Suami masih rilek tapi isteri sudah bersedia untuk hadapi gawat dengan penuh bergaya. Di masa depan nanti dalam kegawatan hitam pekat, suami boleh tersenyum senang hati.


'Menteri Kewangan' yang solehah lagi bijaksana memang sentiasa diidamkan oleh setiap 'Perdana Menteri'.

Suami atau isteri korang pegang jawatan apa dalam rumah?
Cer komen sikit.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga

*Ebook yang dimaksudkan dalam perkongsian di atas boleh didapati di SINI.
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...