SAYA NAK SIMPAN EMAS FIZIKAL TAPI.....


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Perkongsian hari ni adalah berkaitan tajuk kegemaran dan carian ramai orang untuk musim kegawatan ni.

Pertama sekali, dalam perkongsian ini, saya tak gunakan term 'simpanan emas' walaupun emas adalah penyimpan nilai terbaik. 

Wang selain berbentuk emas bukan penyimpan nilai, bahkan ia adalah pemusnah nilai itu sendiri. Ia terdedah kepada spekulasi ekonomi dunia.

Emas lebih dari penyimpan nilai. Ia adalah pengembang nilai. Kerana itulah saya menggunakan term 'pelaburan'.

Untuk lebih mudah faham. Jom semak contoh ini.

  • Anda simpan duit di bank pelaburan CIMB. 
  • Anda simpan RM10,000 selama 5 tahun. 
  • Pulangan antara 18-20% per tahun @ 90-100% untuk 5 tahun.
  • Company CIMB yang akan uruskan pelaburan ini.
  • Selepas 5 tahun, wang anda 'dikembangkan' dengan pelaburan itu hingga anda dapat pulangan RM19,000 - RM20,000. 
  • Untung/Dividen pelaburan anda antara RM1800 - RM2000 per tahun @ RM9000 hingga RM10,000 untuk 5 tahun.

Begitu juga emas. Jika hari ini,

  • Anda simpan emas fizikal sendiri.
  • Anda simpan emas yang bernilai RM10,000 selama 5 tahun. 
  • Pulangan antara 45-50% per tahun @ 225-250% untuk 5 tahun.
  • Selepas 5 tahun, wang anda 'dikembangkan' hingga anda dapat pulangan  RM32,500 - RM35,000. 
  • Untung/Dividen simpanan emas anda antara RM4500 hingga RM5000 per tahun @ RM22,500 hingga RM 25,000 selama 5 tahun.

Bukankah ia juga satu bentuk pelaburan?

Bezanya cara yang pertama anda berikan syarikat pelaburan tertentu untuk laburkan dengan risiko ketidaktentuan.

Cara kedua pula iaitu emas, anda uruskan simpanan dan pelaburannya bergerak sendiri dalam masa yang sama.

*Kiraan peratusan kenaikan emas ini adalah mengikut suasana ekonomi semasa yang dalam era kegawatan 2016-2018.

Ingin kenali emas lebih lanjut? Klik sini segera!

UNTUNG KE SIMPAN EMAS...?

Tidak untung sebenarnya simpan emas jika anda tidak tahu apa nak buat dengan emas anda atau anda hanya ikut-ikut orang sahaja.

Belilah akhbar dan bacalah laporan-laporan eksklusif satu ketika dulu. 

Berapa ramai yang muflis dek menyimpan emas. Ada yang berhutang 4.5 juta. Ada kakitangan awam yang lesap 900 ribu ringgit kerana pelaburan emas.

Tak sedikit kisahnya. Hanya kena rajin membaca dan mengkaji mengapa ramai yang berakhir seperti itu kisah emasnya. 

Emas itu sepatutnya mencerahkan masa depan sama seperti sifat kekuningannya yang memancar tapi kerana ketamakan dan ikut-ikutan sahaja, terus gelap masa depan.

1. SIMPAN EMAS SENDIRI

Jika anda nak simpan dan kembangkan kekayaan anda, sila simpan emas sendiri. Emas fizikal. Bukan buku akaun emas atau sijil emas.



Beli emas dari penjual emas seperti saya dan dapatkan emas fizikal itu. Simpan sendiri di rumah atau di peti besi ar-rahnu atau bank dengan bayar upah simpan sahaja pada mereka.

Jangan jadi seperti mereka yang tiada ilmu dan ikut-ikutan saja. Mereka tertipu dengan kata rakan-rakan. 

"Engkau beli emas dengan akaun pakej A ni. Harganya RM5000. Emas engkau company simpan dalam akaun ni. Engkau tak boleh keluarkan melainkan lepas setahun/3 tahun/5 tahun. 

Tapi tiap-tiap bulan company akan bagi hibah sebab emas di berada di peti besi company. RM500 sebulan tau. Banyak tu. Lagi besar pakej akaun emas engkau ambil, lagi besar hibah kau."

Ni namanya skim cepat kaya. Anda beli emas tapi anda tak dapat pun pegang emasnya. Katanya company simpan.

Cakap kat kawan sebelah,"Simpanlah sangat."

Ini namanya pelaburan gila. Bila tersontot, pengelola bergembira, anda pasti bermuram durja.

2. SIMPAN DALAM TEMPOH MASA YANG PANJANG

Ketika anda simpan emas, anda sebenarnya sedang melabur. Anda tidak melabur dengan sesuatu bisnes atau lainnya.

Anda sedang melabur dengan masa!

4 - 5 tahun mendatang adalah masa kenaikan emas paling tinggi. Pakar-pakar sudah mengagak perkara ini. 

Pada tahun 2020, emas akan bernilai RM500 per gram. Sedangkan sekarang, emas baru bernilai RM200 per gram.

Anda kurang percaya? Lihat jadual ini.


Emas sebelum tahun 2000 hanya bernilai kurang dari RM30 per gram. Sekarang ia bernilai RM200 per gram. Kenaikan 700% dalam tempoh 16 tahun. Atau 44% setiap tahun. 

Apa cerita? Mahu percaya atau tidak...terpulang. :)

Simpanlah emas untuk tempoh minimum 1 tahun, sederhananya 4-5 tahun dan tiada had maksimum. Insyallah harga emas akan terus naik.

3. SIMPAN DENGAN WANG SIMPANAN/LEBIHAN

Tukarkan wang simpanan anda kepada emas sekarang. Tahun kemelesetan depan mata ni, jika anda masih menunggu harga emas turun, ia umpama menunggu bulan jatuh ke riba.

Ia hampir mustahil sekalipun tak mustahil berlaku. Tapi tak siapa tahu bila ia bakal turun. Jika turun pun anda masih rugi juga jika tidak bertindak sekarang.

Harga emas seperti harga minyak. Naiknya 20 sen sebulan, turunnya hanya 5 sen bulan depan. Ringkasnya, minyak tetap mahal dengan kenaikan 15 sen (20 sen - 5 sen). 

Bayangkan bulan seterusnya naik pula 5 sen lagi. Untung ke rugi sebenarnya?

Tapi jangan terlalu teruja hingga anda tukarkan wang anda kepada emas semuanya. 

Tukarkan wang lebihan gaji atau wang simpanan sedia ada di tangan kepada emas setelah ditolak beberapa perkara.

1. Tolak duit kecemasan. Cadangan saya, gaji sebulan dibuat kecemasan. 

Jangan risau, emas juga boleh digadaikan atau dijual ketika ada kecemasan yang lebih besar. Gadaian dan jualan hanya perlukan sehari sahaja prosesnya. Jadi tidak perlu simpan wang kecemasan terlalu banyak.

2. Tolak duit hutang. Semua hutang-hutang seeloknya dibayar secara tersusun dan tanpa tangguh.

Bayar hutang anda dengan wang kertas itu. Tak perlu gunakannya untuk ditukar kepada emas. 

Sekalipun mungkin anda merancang untuk simpan dan dapatkan keuntungan dari emas dengan menangguhkan pembayaran hutang.

Kemudian setelah dapat untung berganda-ganda dengan emas, baru ingin bayar sekaligus hutang-hutang sedia ada, anda tetap rugi.

Nama blacklist dan mungkin juga barangan anda juga dirampas jika hutang tidak diuruskan dengan cantik.

3. Tolak duit kegunaan bulan. Baik untuk makan minum atau untuk pengangkutan atau lainnya yang dirasakan sesuai. 

Duit untuk bercuti berehat tak termasuk ye. Bagi saya, elok portion duit ini juga ditukar kepada emas. 

Tangguhkan kepuasan kehendak diri itu dahulu di zaman tak menentu ini. Nanti anda akan lebih puas di masa depan.



Setakat ini dulu perkongsian hari ini. Nanti saya akan berkongsi tips bersama anda lagi.

By the way, harga emas hari ini sudah meningkat RM5 dalam sehari. Jangan bertangguh-tangguh ye untuk mula menyimpan dan melabur dengan emas.

Simpan dan labur sendiri. Biar susah percayakan orang atau company, tapi jangan sampai tak percayakan diri sendiri :)

Ingin kenali emas lebih lanjut? Klik sini!

Semoga anda menjadi penyimpan dan pelabur emas terbaik. Anda kaya dan berjaya.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...