6. MANA SATU SIKAP KITA?


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Hari ni saya nak berkongsi sesuatu tentang 'kita'. Ia lebih kepada sikap. How we react to life?

Bagaimana cara bersikap dalam hidup. Ini adalah basic kepada kejayaan. Nampak kecil kan? 

Tapi sikaplah yang membezakan status kekayaan dan kejayaan antara manusia.

Ada 3 jenis sikap manusia di dalam diri kita dan di sekeliling kita yang perlu kita kenal pasti:-

1. Sikap 'Hero'

Mereka proaktif, mereka menimbangkan sesetiap perkara dengan ilmu dan iman kemudian fokus untuk bertindak untuk capai matlamat mereka. 

Mereka percaya bahawa diri mereka bertanggungjawab dengan setiap tindakan mereka selain dari yakin dengan doa dan kuasaNya. 

Mereka kurangkan fokus kepada masalah tetapi fokus cari jalan penyelesaian. 

Mereka bersedia melakukan apa sahaja yang perlu untuk capai matlamat mereka. 

2. Sikap 'Biawak' 

Ada kisah kenapa kita namakan sikap 'biawak'. Hampir semua orang tahu bahawa biawak suka makan bangkai. 

Sikap biawak adalah sikap mereka yang masanya sangat banyak fokus kepada masalah, alasan, negatif, prasangka buruk, salahkan orang lain dan tidak bertanggungjawab. 

Manusia yang suka mengumpat dan bercakap buruk di belakang orang lain dikatakan manusia yang suka makan bangkai atau makan daging saudara mereka sendiri, jadi ada persamaan dengan kebiasaan biawak. 

3. Sikap 'Siput Babi' 

Ada sebab kenapa dipanggil sikap "Siput Babi". Saya selalu kongsikan satu lawak jenaka di dalam perkongsian saya tentang Siput Babi. 



Saya selalu bertanya kenapa Siput Babi bergerak perlahan? Saya jawab, sebab Siput Babi keliru samada dia Siput atau Babi. 

Dek sebab asyik fikir dan keliru sepanjang hayat dia sama ada dia siput atau babi, maka bergeraklah dia dengan perlahan-lahan. 

Ini gurau sahaja! Gurau pun tak boleh? Mende entah! 

Jangan jadi umpama Siput Babi. Sikap mereka yang umpama siput babi ni, mereka ni bijak, pandai, CGPA mungkin bagus, tahu segala perkara dalam dunia tetapi tidak berani bertindak! 

Tidak berani ke hadapan untuk lead sesuatu perubahan atau perkara. Mereka pilih jadi pengikut dan ikut bodoh-bodoh walaupun yang diikutnya itu mungkin bukan pandai sangat atau betul sangat... 

Pernah jumpa orang macam tu? 

Jadi, ini adalah 3 sikap asas karektor yang ada pada ramai manusia sama ada pada diri kita atau pada orang sekeliling kita. 

Anda rasa anda banyak sikap yang mana? Anda dapat kenal pasti sikap anda? 

Jika nampak sikap itu tidak membantu anda untuk kaya dan berjaya, trust me, anda mampu berubah kepada sikap yang lebih baik.

Paksa diri selama 21 hari untuk ubah sikap. Itulah kajian pakar dan itulah juga usaha saya dulu.

Belajar untuk hidup di luar kebiasaan yang kita lakukan hari-hari. Tinggalkan rakan-rakan yang negatif dan suasana yang tidak mendukung kita untuk berubah.



Upgrade rakan. Upgradde ilmu. Upgrade suasana. Upgrade sikap.

Anda akan terpaksa upgrade status anda juga akhirnya!

Kami doakan anda kaya dan berjaya. Wassalam.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...