WAFIQ-i GOLD MENGUKIR BINTANG!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengikut setia lekat melekat Wafiq-i Gold. Kami doakan, "Anda Kaya dan Berjaya".

Kami percaya ramai yang telah ikuti perjalanan kami sejak hari pertama kami bermula 11 bulan yang lalu dalam dunia gemerlapan emas ini. Terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi anda semua pada kami.

Kami berbangga berkongsikan dengan anda apa yang tahu dan dalami dalam dunia simpanan emas fizikal ini bersama anda. 

Semoga semuanya bermanfaat untuk anda dan berjaya membantu anda menyelesaikan masalah kewangan serta pengumpulan aset bernilai tinggi.


TERUKIR DI BINTANG!

"Jika engkau minta intan permata, tak mungkin ku mampu.....

Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu.

Sayangku jangan kau persoalkan siapa di hatiku....

Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu."

Rasa nak menyanyi lagu Yuna ni dan nak lompat sampai ke bintang  Kejora semalam bila CEO Power Gold umumkan.

Tak sangka betul. Terkejut biawak juga la. Tercalon dalam dua anugerah tahunan Power Gold dalam kategori.

+ Top 50 Performance Award
+ Top 50 Sponsor Award

Bukan mudah untuk capai ke tahap ini dalam keadaan kami baru setahun jagung dan bersaing dengan lebih 200 ribu ahli yang lain. 

Alhamdulillah, rezeki kami yang juga mungkin tercapai dari dari doa kalian semua.


NAIK BERSAMA

Tapi ada yang lebih buatkan kami melalak menangis kegembiraan semalam. Kerana ada juga rakan bisnes Wafiq-i Gold tercalon juga dalam anugerah ni.

Bee Dreamz Solution (Nor Amalina Azhari) juga berjaya berada dalam kategori Top 50 Sponsor Award.

Double happiness buat kami dan group. Allahu akbar! 

Apa pun, kami selalu pegang pesan mentor. "Prinsip rai kejayaan: Lompatlah sampai bintang, tapi jangan lupa tunduklah sampai tanah. Semoga berkah semuanya."

Setakat ini dulu perkongsian kami untuk hari ni. Satu pesanan untuk kita bersama...

'Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!'

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...