DINAR EMAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Saya doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Hari ni saya nak kongsikan bersama anda tentang dinar atau dalam bahasa Melayunya dirujuk kepada mata wang emas. 

Matawang Byzantium. Tahun 527 - 565

Dulunya, dinar pernah menjadi mata wang utama Islam bahkan juga menjadi mata wang utama beberapa empayar besar seperti Rom dan Parsi sebelum kedatangan Rasulullah SAW.

Dinar terus digunakan sehingga tahun 1973. Sebelum akhirnya diragut haknya dari menjadi mata wang oleh kuasa ekonomi dunia yang menukarkannya kepada wang kertas yang sangat tidak stabil nilainya.

Ia suatu yang sangat patut kita kesalkan.

View review lengkap tentang emas yang kedai emas
 takkan beritahu anda. Klik gambar.

DINAR

Dinar emas adalah syiling emas berbentuk bulat yang mempunyai berat 4.25 gram dengan menggunakan emas jenis 917 dan 24 karat.

Jenis dan berat ini telah disepakati oleh para fuqaha pada masa ini. Oleh sebab itu, dinar emas disebut sebagai mata wang syar‘i atau mata wang Islam pada hari ini. 

Dinar emas pada zaman khalifah Hisyam b Abdul Malik. Tahun 723

Usaha mengembalikan penggunaan dinar emas moden telah dimulai oleh Pertubuhan Islam Murabitun (Gerakan Murabitun Sedunia) pada tahun 1992.

Seterusnya, usaha ini telah mendapat perhatian tokoh besar dalam dunia Islam ketika itu iaitu Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menjadi orang pertama yang mencadangkan mekanisme tersebut di dalam Persidangan Negara-negara Islam Sedunia/Organisation Islamic Council (OIC) pada 2003. 

Namun, usaha Tun M gagal dilaksanakan di peringkat antarabangsa yang melibatkan negara-negara Islam lainnya atas beberapa faktor 'keegoan' yang tersendiri.

KESEDARAN MASYARAKAT ISLAM MALAYSIA

Namun lain pula ceritanya di Malaysia. Buah idea yang bernas dari Tun M disambut baik oleh rakyat Malaysia di peringkat nasional.

Dinar terakhir umat Islam. Zaman pemerintahan Turki Islamiyyah. 1924.
Maklumlah orang kita antara orang yang sangat suka mengumpul emas ini sejak berzaman lamanya. Datuk, nenek, mak dan ayah kita pasti ada menyimpan emas. Walaupun kebanyakan simpanan adalah untuk tujuan perhiasan sahaja.

Di peringkat negeri, Kelantan adalah negeri pertama menyambut idea bijaksana ini. Bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz merupakan perintis pelaksana kepada urusan transaksi emas ini. 

Bahkan mereka menerima dinar emas yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri sebagai salah satu mata wang yang boleh digunakan dalam transkasi muamalat di dalam negeri.

Dinar Kerajaan Negeri Kelantan

Sehingga hari ini, Malaysia telah memiliki enam agensi penempaan dinar emas antaranya yang terkini Amethyst Gold Creation Sdn Bhd (Power Gold). Kilang penemaan ini adalah milikan penuh bumiputera Muslim.

Dinar dari Amethyst yang diedarkan oleh Power Gold ini ditempa mengikuti kualiti, berat dan saiz mengikut piawaian Umar al-Khattab. Ukiran moden di atas permukaan syiling dinar turut diambil kira.

Alhamdulillah. Positifnya, masyarakat Melayu Islam khususnya kembali sedar dan berlumba-lumba kembali kepada dinar. 

Walaupun bukan untuk kegunaan mata wang seumpama ringgit tetapi dinar ini berfungsi sebagai simpanan dan pelaburan jangka panjang.

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS SEKARANG?

Jangkaan kemelesetan ekonomi Malaysia bermula 2016 hingga 2018 bukanlah isu remeh. Ia telah dijangkakan oleh pakar-pakar ekonomi Malaysia. Kita sendiri telah mula merasai bahangnya sejak pertengahan 2015. 

Semua jenis perkhidmatan kerajaan sudah dinaikkan harganya. Harga barangan melambung tinggi. Kejatuhan nilai ringgit hari ini sehingga USD1 bersamaan RM4.40.

Walaupun GST diperkenalkan pada mulanya untuk menghalang kemelesetan ini berlaku, tapi fitrah alam bahawa setiap 7-10 tahun kitaran ekonomi, kemelesetan akan berlaku jua.

Kata orang kita dahulu,”Orang yang gagal merancang, merancang untuk gagal.”

Takkanlah kita hanya menunggu sahaja, bermulalah sekarang untuk menyimpan dinar. Dinar emas itu akan menjadi modal untuk kita bertahan dan memulakan hidup baru selepas kemelesetan kerana nilainya terus naik.


Prinsip mudah untuk dinar emas adalah nilai emas bertindak menyongsang dengan nilai US Dollar dan mata wang kita. Ringgit dan US semakin jatuh di era kemelesetan ini, nilai emas akan terus memuncak tinggi. 

Yang untung adalah mereka yang bertindak awal menyimpannya sebagai pelaburan jangka masa panjang.

Sebenarnya, waktu terbaik menyimpan emas adalah 10 tahun dulu ketika harga emas masih di bawah RM100/gram. 

Tapi usah disesali kisah lampau. Masa terbaik kini tiba lagi. Mulakan menyimpan emas sekarang. Jangan bertangguh lagi.

Jika masih tidak bertindak, percayalah, anda pasti menyesal kemudian hari melihat orang lain bersenang-lenang dan anda masih tetap perlu bergantung kepada duit kertas anda yang semakin tiada nilainya.

Jom kita lihat, apa perlunya menyimpan emas sekarang.

1.  KESELAMATAN 

Sedar atau tidak, wang yang kita simpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan. Setiap kali hendak keluarkan duit, mesti akan dikenakan caj. Setelah GST diperkenalkan, caj pula semakin tinggi. Anda pernah alaminya?

Hakikatnya, nilai wang kita dikikis sedikit demi sedikit oleh pihak bank dalam keadaan kita sedar. Tapi apakan daya, kita ‘terpaksa’ mengikut sistem bank tanpa sedar bahawa dinar emas adalah solusinya.

Beli emas fizikal umpama dinar dan pegang di tangan. Tiada siapa dapat menurun atau mengurangkan nilai di dalamnya. Bahkan semakin lama menyimpan, semakin bertambah tinggi nilainya.

2.  PERLINDUNGAN

Simpanan dalam bentuk wang fiat/kertas akan sentiasa dimamah inflasi. Setiap hari nilai duit tidak stabil. Kemungkinan naik dan seringkali menurun. 

Lihat sahaja nilai Ringgit yang semakin rendah berbanding Dollar sekarang. Bahkan nilai RM kini adalah di paras terendah sejak berpuluh tahun dahulu.


Dinar emas pula sebaliknya kalis inflasi. Nilainya akan semakin meningkat. Mengikut perkiraan pakar ekonomi, 1 gram emas hari ini yang bernilai RM180 lebih akan meningkat hingga RM503 dengan kuantiti yang sama. 

Dinar bersamaan 4.25 gram. Sekarang nilainya bersamaan RM765. 4 tahun lagi, dengan satu dinar yang sama, ia akan bernilai RM2137.75. Meningkat banyak ke sikit?

Ini menunjukkan kekayaan kita tidak akan berkurangan jika menyimpan emas.

Percaya tak jika saya katakan, hampir semua orang kaya menukar sebahagian besar harta mereka kepada dinar emas sebagai salah satu instrumen simpanan dan pelaburan jangka panjang. 

Itulah rahsia mengapa orang kaya terus kaya dan orang miskin terus miskin. 

Anda tahu sebabnya? Ilmu dan kesedaran!

3.  MUDAH DICAIRKAN

Selain dinar emas, kita juga boleh melabur dalam pasaran saham, hartanah, dan bon. Walau bagaimanapun, kesemua pelaburan ini tidak mudah dicairkan. 

Jika suatu masa kita amat memerlukan duit, pelaburan jenis ini perlu mengambil masa yang panjang untuk dijual atau ditukar ke dalam bentuk wang semula.

Dinar pula sangat mudah dicairkan. Malah anda boleh menukarkannya dalam bentuk wang di mana saja seluruh dunia. Selagi logam itu bernama emas, tiada siapa yang akan menolaknya.

Bukankah datuk nenek kita lebih gemar menyimpan emas dari wang kertas. Mereka jarang sekali menyimpan wang kertas di bank. 

Kerana itu, jumlah wang kertas di tangan mereka hanya cukup-cukup untuk keperluan hidup bulanan. Selebihnya, ditukar kepada emas. 

Siapa bijak? Kita atau datuk nenek kita dahulu? 

Mengapa begitu? Ini kerana permintaan terhadap dinar emas sentiasa tinggi terutamanya di kedai-kedai emas, kedai pajak gadai dan peminat emas. Selagi ada manusia, selagi itulah emas menjadi rebutan mereka.

4.  TAHAN LAMA

Aset seperti rumah, kedai, kereta, dokumen malah wang kertas akan mudah terbakar atau rosak jika berlaku bencana alam. 

Jika ini berlaku, nilainya juga akan hilang. Siapa boleh jangka, bencana seperti banjir dan kebakaran apabila ia berlaku.

Dinar emas pula bersifat kalis api dan air. Untuk pengetahuan anda, dinar emas hanya akan melebur pada suhu 1083 darjah Celsius.

Jika anda menyimpan dinar emas hingga dijadikan warisan buat waris walau setelah 50 tahun, emas tidak akan terhakis sama sekali. 

Ia akan menjadi pusaka yang paling menguntungkan waris kerana peningkatan nilainya setiap hari dan kalis inflasi.

5.  HAK PEMILIKAN DAN PENGELOLAAN SENDIRI

Jika anda membeli dinar emas, pastikan anda memperolehnya serta dapat menyimpannya sendiri. Pendek kata, anda yang menguruskannya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga.


Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), tiada siapa yang mampu menghalang diri anda sendiri untuk mengambilnya apabila perlu. 

Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya bagi mendapatkan wang, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Sekiranya aset anda dalam bentuk lain, ianya pasti mengambil masa yang lama. Mungkin sehingga 10 hari bekerja. Disebabkan ini, anda mengalami kesukaran jika memerlukan wang dalam kadar segera.

DI MANA BOLEH DAPATKAN DINAR EMAS INI?

Anda boleh hubungi kami untuk mendapatkan dinar istimewa ini dengan harga kilang. Ia tentu lebih menjimatkan dari yang dijual di pasaran dengan harga pasaran yang lebih tinggi.


Dinar yang ditawarkan dalam 3 jenis:

1. 1/4 Dinar atau Suku Dinar. Beratnya 1.0625 gram. Harga hari ini RM194.10.

2. 1 Dinar. Beratnya 4.25 gram. Harga hari ini RM736.80.

3. 2 Dinar. Beratnya 8.5 gram. Harga hari ini RM1460.

Hubungi kami segera. Kami akan berikan servis perkhidmatan terbaik untuk semua. :)

View review lengkap tentang emas yang kedai emas
takkan beritahu anda. Klik gambar.


Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...