Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Kami doakan,'Anda Kaya dan Berjaya'.
Mungkin ada yang tertanya-tanya. Mengapa saya memilih syarikat Power Gold? Kenapa bukan emas dari syarikat lain? Apa istimewanya?
Ini jawapan jujur dari saya.
1 - MENYOKONG PERNIAGAAN ORANG ISLAM.
Secara asasnya, Islam adalah agama saling melengkapi. Begitu juga dalam hal muamalat.
Sabda Rasulullah SAW,
"Bandingan antara muslim dengan muslim yang lain seperti binaan yang tersusun kukuh, sebahagiannya memperkuat yang lain" - Bukhari & Muslim
Jika sesuatu produk keluar dari 2 peniaga. Seorang muslim dan seorang lagi bukan. Tentulah sebagai seorang muslim, kita akan memilih perniagaan yang dijalankan oleh umat Islam juga.
Tambahan lagi, jika peniaga itu dari kalangan orang Islam yang taat kepada agamanya dan tiada pula rekod buruk dalam perniagaan dan masyarakat.
Amethyst Gold Creation Sdn Bhd dan Power Gold Dot Biz Sdn Bhd adalah 2 buah syarikat yang terlibat dalam penempaan dan penjualan emas fizikal milik bumiputera Islam.
Jika pemiliknya orang Islam, sudah pasti mereka juga adalah pembayar zakat dan pembangun ekonomi umat secara tidak langsung.
Anda masih ingat sejarah bagaimana sahabat baginda yang mulia, Abdul Rahman bin Auf yang memecah monopoli perniagaan di pasar Yahudi Madinah?
Perniagaan Abdul Rahman berkembang pesat kerana bantuan jual beli dari kalangan umat Islam itu sendiri.
Sehingga akhirnya perniagaan Islam yang diasaskan atas dasar taqwa berjaya mengalahkan pegangan dominan ekonomi Yahudi di Madinah dan seterusnya menjadikan Islam dipandang gerun oleh musuh.
Sehingga akhirnya perniagaan Islam yang diasaskan atas dasar taqwa berjaya mengalahkan pegangan dominan ekonomi Yahudi di Madinah dan seterusnya menjadikan Islam dipandang gerun oleh musuh.
Bukan Abdul Rahman yang menang dalam penguasaan ekonomi ini tapi Islam itulah yang menang hakikatnya dan umat Islamlah juara sebenarnya.
2 - FOKUS PRODUK ADALAH EMAS FIZIKAL
Anda masih ingat perkongsian saya sebelum ini?
Kilang Amethyst Gold Creation adalah salah satu kilang emas terbesar di Malaysia. Anak syarikatnya, Power Gold pula diberi tanggungjawab untuk menjual dan membantu rakyat Malaysia untuk memiliki atau menjalankan perniagaan emas.
Sebagai buktinya, jom kita lihat jenis dan senarai produk yang dikeluarkan.
i- Jenis Gold Bar 999.9
1 gram - 5 gram - 10 gram - 20 gram - 50 gram - 100 gram - 500 gram
ii- Jenis Syiling Emas 999.9
Syiling Emas (0.5 gram) - Suku Dinar (1.0625 gram) - 1 Dinar (4.25 gram) - 2 Dinar (8.5 gram)
iii- Barang Kemas perhiasan wanita seperti:
Cincin - Gelang - Rantai Leher - Rantai Kaki - Loket
Produk seperti ini tak perlu dipersoalkan lagi. Ia termasuk produk sangat laku keras dalam pasaran Malaysia ini.
3 - BUKAN SKIM CEPAT KAYA
2, 3 tahun kebelakangan ini wujud pelbagai skim cepat kaya berasaskan pelaburan emas. Ada yang telah dibongkarkan oleh pihak berkuasa dan ada pula yang masih berjalan hingga ke hari ini.
Masing-masing mencari mangsa baru setelah berjaya merugikan ribuan manusia dengan nilaian anggaran hingga beratus juta banyaknya.
Masing-masing mencari mangsa baru setelah berjaya merugikan ribuan manusia dengan nilaian anggaran hingga beratus juta banyaknya.
Modus operandinya sama. Laburkan duit membeli emas tapi tidak dapat emas fizikal di tangan sendiri. Sama ada ditangguhkan pemberian oleh pihak pengelola dengan gantian hibah bulanan sementara menanti emas fizikal tiba dari kilang luar negara (kononnya) atau emas fizikal disimpan oleh pengelola untuk tujuan keselamatan (kononnya) dan diganti dengan hibah bulanan juga.
Mungkin anda ingin tahu kenapa perkara ini berlaku?
Saya sertakan 3 jawapan utama dan anda boleh nilaikan program-program dan skim-skim di luar sana dengan lebih mudah.
i- Tiada Ilmu Simpanan Dan Pelaburan Emas
Kebanyakkan yang terjerat dengan skim cepat kaya adalah mereka yang tidak mahu belajar berkaitan pelaburan yang ingin mereka sertai.
Kerana dikelabui oleh kereta mewah, pulangan tetap komisyen bulanan yang tinggi, gaya hidup mewah mereka yang telah menyertainya dan lain-lain sehingga akhirnya perasaan tamak muncul dalam diri.
Tambahan lagi jika yang mengajaknya adalah dari kalangan ahli keluarga sendiri. Tanpa ilmu, perasaan tamak dan malu alah akhirnya menjerat diri sendiri.
Majoriti orang yang rugi ratusan ribu malahan jutaan ringgit adalah mereka yang tahu bahawa sebenarnya mereka sedang ‘memperjudikan’ duit dan nasib mereka sendiri.
Tak percaya? Tanyalah mereka sendiri. Mereka sedar dari awal lagi hakikatnya. Tapi kerana tiada ilmu dan tamak, mereka hanya merelakannya.
Tanpa ilmu, sesuatu pelaburan adalah perjudian. Hukumnya adalah haram di sisi Islam.
ii- Tidak Menjual Emas Fizikal
Semua skim cepat kaya hanya menyandarkan program mereka kepada emas di dalam tangan pengelola program itu sahaja tanpa menjualnya kepada peserta dalam bentuk fizikal.
Ada juga yang mengambil emas peserta dengan perjanjian komisyen tetap tertentu dalam beberapa tempoh masa. Ini semuanya perangkap samar.
Tanpa jual beli emas dalam bentuk fizikal, hukumnya adalah haram dan ia jelas nyata sebagai suatu penipuan. Kenapa boleh terjebak walau jelas terang sekali?
Jawapannya ada pada sebab yang pertama.
Jawapannya ada pada sebab yang pertama.
iii- Tertipu Dengan Nama Islam
Tak dinafikan, penggunaan nama Islam dan pengelolanya orang Islam begitu mengelirukan sekali. Hendak berburuk sangka, pengasasnya orang Islam. Hendak berbaik sangka, ketakutan itu masih ada.
Kerana itu perlunya point yang pertama, ilmu! Ilmulah yang akan membezakan sesuatu program itu benar atau salah, tulen atau palsu.
Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai ini. Anda boleh rujuk tulisan bonus saya, MLM VS Skim Cepat Kaya pada blog nanti untuk perjelasan lanjut.
Alhamdulillah, Power Gold tidak begitu. Saya sendiri sebagai salah seorang stokisnya dididik untuk memberi ilmu dan kesedaran berkaitan emas dan perniagaan emas kepada orang ramai melalui tulisan seperti ini di dalam ebook, blog dan juga Fb page serta Fb peribadi untuk membantu masyarakat Islam khususnya celik mata terhadap potensi emas.
4 – HARGA LEBIH RENDAH DARI PASARAN
Harga emas Power Gold adalah lebih rendah daripada harga pasaran di kedai-kedai emas. Ini kerana emasnya dijual pada harga kilang untuk ahli.
Jika bukan ahli pun, harganya masih tetap rendah dan beza antara harga ahli dan bukan ahli hanya RM20/gram.
Katakan harga pasaran untuk 1 gram emas di pasaran RM230. Harga ahli Power Gold hanyalah sekitar RM170 dan harga bukan ahli yang boleh dibeli dari stokis Power Gold hanyalah RM190.
Istimewa lagi, emas Power Gold juga dikecualikan GST sepertimana yang ditetapkan oleh Jabatan Kastam dan kerajaan Malaysia. Hanya emas tulen sahaja yang mendapat pengecualian GST ini.
Bayangkan keuntungan hasil perbezaan harga pasaran dan harga Power Gold untuk 1 gram emas sahaja telah jimat RM60 lebih. Untung-untung?
5 - KEMPEN SIMPAN EMAS 1 GRAM 1 BULAN 1 KELUARGA
1) Kita tak perlu kumpul duit berbulan-bulan lamanya untuk dapatkan berat emas yang lebih atau saiz emas yang lebih besar.
Sebagai contoh, saya sendiri bukan ada duit simpanan yang banyak untuk dapatkan 1-2kg emas sekaligus.
Jadi, saya tak perlu tertunggu-tunggu untuk membeli emas dengan berat 1 gram yang jauh lebih murah.
1/3 dari pendapatan tetap yang saya dapat setiap bulan boleh saya tukarkan dengan beberapa keping 1 gram emas serta merta, bukankah itu lebih mudah?
1/3 dari pendapatan tetap yang saya dapat setiap bulan boleh saya tukarkan dengan beberapa keping 1 gram emas serta merta, bukankah itu lebih mudah?
2) 1 gram adalah jumlah yang mudah dan mampu dimiliki. Simpan sahaja 1 gram setiap bulan. 1 gram untuk diri dan pasangan. 1 gram lagi untuk anak-anak sebagai contohnya jika ada lebihan kewangan. Ini kerana harga emas sentiasa naik dari masa ke semasa.
Selepas 12 bulan kita sudah ada 12 atau 24 gram dan ketika itu, harganya jauh lebih tinggi dari harga ketika kita beli satu ketika dahulu.
3) Suatu masa, mungkin kita akan menghadapi krisis kewangan dan betul-betul memerlukan wang, jadi terpaksalah kita menjual emas-emas simpanan kita itu.
Jom fikir bersama saya. Sekiranya kita hanya memerlukan wang dalam hanya RM500 takkan kita nak jual emas yang beratnya 20 gram? Pastinya rugi bukan?
Daripada jual yang berat dan besar tu, baik jual yang kecil-kecil dan itulah masanya yang sesuai memanfaatkannya maka selamatlah dari mengorbankan emas kita yang berat-berat .
Daripada jual yang berat dan besar tu, baik jual yang kecil-kecil dan itulah masanya yang sesuai memanfaatkannya maka selamatlah dari mengorbankan emas kita yang berat-berat .
4) Kita boleh istiqomah setiap bulan menyimpan emas biarpun dengan jumlah berat yang kecil. Sebab kita tidak perlu modal yang banyak.
Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit juga. Jadi mulakah hari ini dan jadikan sebagai simpanan tetap bulanan.
6 - BISNES DAN BONUS TRADING SERTA NETWORKING
Untuk ahli Power Gold yang banyak membantu menimbulkan kesedaran dalam masyarakat berkaitan emas dan menjalankan urusan perniagaan emas fizikal, Power Gold menyediakan sehingga 11 jenis bonus sebagai komisyennya.
Maksudnya, kita bukan hanya boleh menyimpan emas sebagai saving sahaja seorang diri. Tapi dapat juga berkongsi dan membantu orang lain sama ada orang jauh atau dekat untuk menyimpan emas. Dari situ akan berlaku proses jual beli dengan akad yang diharuskan syarak.
Begitulah perniagaan emas ini berjalan dan ia menjadikan penjualan (trading) dan rantaian stokis dan agen (networking) emas sebagai satu peluang besar kepada masyarakat berniaga.
Bahkan ia juga menjadi pendedahan kepada mereka yang tidak biasa berniaga untuk mula mendapatkan pendapatan sampingan (extra income) melalui perniagaan mudah ini.
Mudah ke sangat mudah?
Di samping menyimpan, peluang untuk berniaga sampingan tanpa mengganggu kerja hakiki juga disediakan.
Apalagi dengan dengan modal pakej serendah RM350 sahaja. Trust me. Bisnes ni paling mudah di dunia.
7 - TIDAK ADA SYARAT YANG MENEKAN
- Yuran penyertaan yang rendah. Yuran penyertaan juga adalah untuk seumur hidup.
- Tiada paksaan untuk berniaga emas. Boleh memilih untuk menyimpan emas (saving) sahaja.
- Tidak perlu membeli atau menyimpan stok emas di tangan kerana bisnes ini dijalankan secara dropship. Syarikat akan menguruskan tempahan anda.
- Tidak perlu pembelian minima untuk mendapat komisyen bagi yang berniaga emas Power Gold.
- Tidak mempunyai rank-rank untuk dicapai selain ahli biasa dan stokis sahaja.
- Tidak perlu capai target jualan tertentu setiap bulan.
Bukankah dengan ketiadaan syarat-syarat seperti ini, proses jual beli (trading) emas dan rantaian bisnes (networking) dapat berlaku tanpa tekanan dan paksaan?
Tiada ruang juga untuk mana-mana pihak mengambil kesempatan dari kelonggaran syarat-syarat ini.
8 - SUSUT NILAI (SPREAD) YANG RENDAH
Susut nilai adalah tolakan harga atau susut nilai emas apabila kita menjual semula emas yang disimpan atau dibeli sebelumnya.
Susut nilai inilah yang akan menentukan seberapa cepat dan seberapa banyak keuntungan dapat kita miliki. Kiraan spread seperti berikut.
Susut nilai inilah yang akan menentukan seberapa cepat dan seberapa banyak keuntungan dapat kita miliki. Kiraan spread seperti berikut.
Spread emas yang rendah adalah sangat bagus untuk tujuan simpanan dan pelaburan. Susut nilai yang banyak melebihi 10% dikira sebagai susut nilai yang tinggi.
Susut nilai emas Power Gold hanya sekitar 7-8%. Syarikat juga membeli balik emas yang telah dijual kepada ahli atau pembeli dengan kiraan spread tadi.
Manakala syarikat lain seumpama kedai emas mengenakan cas antara 10-15%.
Susut nilai emas Power Gold hanya sekitar 7-8%. Syarikat juga membeli balik emas yang telah dijual kepada ahli atau pembeli dengan kiraan spread tadi.
Manakala syarikat lain seumpama kedai emas mengenakan cas antara 10-15%.
Jika kita bijak, tentulah kita tahu bahawa lebih bijak memilih emas yang kurang susut nilainya untuk simpanan dan pelaburan jangka masa panjang.
9 - DITERIMA UNTUK GADAIAN DI AR-RAHNU MALAYSIA
Emas Power Gold ini bukan sahaja dijual beli melalui syarikat Power Gold sahaja, bahkan emasnya turut diakui tulen oleh semua ar-Rahnu di Malaysia.
Buktinya, ar-Rahnu menerima apa jua jenis emas Power Gold sama ada dalam bentuk jongkong emas, emas perhiasan atau syiling emas untuk proses gadaian.
- Ar-Rahnu Express - Jongkong, dinar dan barang kemas.
- Ar-Rahnu Pos - Dinar dan barang kemas
- Koperasi Perdana Nasional Malaysia Berhad (KOPRIMAS) - Dinar dan barang kemas
- Ar-Rahnu Bank Islam - Jongkong, dinar dan barang kemas
- Ar-Rahnu Bank Rakyat - Barang kemas
- Ar-Rahnu koperasi Kelantan - Jongkong, dinar dan barang kemas.
- Ar-Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEiM) - Barang kemas
- Ar-Rahnu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) - Jongkong, dinar dan barang kemas.
- Ar-Rahnu Koperasi FELDA
Semoga perkongsian ini menjawab persoalan anda mengapa kami memilih Power Gold sebagai medium bisnes emas kami yang terbaik.
Semoga anda juga dapat melakukan keputusan yang sama. Kami doakan,'Anda Kaya dan Berjaya.'
Wassalam.
Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
*****************************
Baca lagi:
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.