SAYA TAK MINAT EMAS PUN....!



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."


Dulu saya bukanlah seorang penggemar tegar emas. Hanya suka melihat emas dan ramai orang yang suka menyimpan emas baik secara fizikal mahupun dengan pembukaan akaun emas di bank-bank di Malaysia.

Industri simpanan dan pelaburan emas ini bermula secara rancak sejak tahun 2008-2009 lagi.

Saya hanya memandang sepi industri berprofil tinggi yang melibatkan emas ini kerana kekurangan diri saya dalam memahami apa tujuan sebenar orang ramai hendak kembali kepada emas secara jelas dan juga ketakutan terhadap modal dan sistem bisnes emas itu sendiri.

Walaupun sebenarnya ketika itu, majoriti rakyat Malaysia hanya menggunakan emas sebagai salah satu medium pelaburan selain saham, ASB dan lainnya.

Bahkan saya agak memandang serong keterujaan orang ramai kepada emas dengan wujudnya pelbagai skim cepat kaya bertopeng dan bernadakan Islam. 

SKIM CEPAT KAYA

Skim berbentuk ETA – Estimated Time Arrival yang modalnya hanyalah air liur dan beberapa keping kertas dengan janji hibah dan pulangan super luar biasa antara 70-100% dalam beberapa bulan menjadi trending. 

Sebagai seorang usahawan yang berlatarbelakangkan agama, tentulah saya boleh detect pelanggaran hukum patuh syariah yang dijalankan di sebalik tabir program-program skim seumpama ini.

Dalam banyak kes urusniaga emas delay, emas ETA dan pelaburan emas, hampir kesemuanya melanggar parameter pelaburan emas yang digariskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Jadi ia sudah menjadi isu besar kerana ia menjadi riba selain unsur gharar (penipuan) di dalamnya.

Riba bererti berperang dengan Allah, menyanggah arahan rasul dan menghancurkan sistem ekonomi dan kebajikan sosial sesama manusia.

Nama seperti Dinar Iraq, Genneva dan Dinar Perak agak terkenal. Ramai sekali yang melabur di dalamnya dengan jumlah wang yang bukan sedikit. Ada yang mencapai puluhan juta. 

Bahkan ada rakan saya yang rugi ratusan ribu dan diisytiharkan bankrap. Emas sejongkong pun tiada, hanya sijil bertatahkan emas saja yang dapat. 

Walaupun ramai pakar kewangan memberi amaran tentang perkara ini tapi tidak diendahkan oleh mereka yang telah terlibat. Mungkin kerana terlalu tamak untuk kaya atau sebab lain yang tidak saya ketahui.


Akhirnya benar telahan saya. Ianya runtuh juga dan terbongkar rahsia bahawa ia hanya skim cepat kaya. 

Maka ramailah yang akhirnya berputih mata dan tak kurang ramai masyarakat Melayu Islam diisytiharkan bankrap dan diburu oleh pihak berkuasa.

Isu ini menambahkan lagi ketakutan saya kepada emas dan program-program bisnes emas seumpamanya. Hati kata mahu, tapi akal kata fikirkan dulu. 

Teori dalam dunia bisnes yang saya pegang mudah sahaja,”Risiko yang tak dapat dikira atau dihitung, segera elakkan.”

DAH NAMANYA JODOH....

Seolah-olah berjodoh dengan emas, business partner saya, Siti Zahirah menyuarakan hasratnya untuk mula berbisnes emas fizikal melalui alam maya dan bertanyakan pandangan saya.

Saya mengambil masa 1 bulan lamanya mengkaji semula berkaitan fenomena emas ini dan program bisnes berkaitan berdasarkan bahan-bahan bacaan dan juga sejauhmana kepatuhan syariah sesuatu bisnes emas yang ada di Malaysia.

Pummmm……

Tersentak saya akhirnya. Rupanya, lebih banyak program pelaburan emas yang saya jumpa. 

Tiada satu pun yang menjual emas fizikal yang boleh dilihat di depan mata dan boleh dipegang atau disimpan sebagai milik sendiri kecuali dari beberapa syarikat.

Tapi yang indahnya, baru saya sedar bahawa terdapat bisnes emas yang dijalankan secara patuh syariah oleh syarikat yang dikendalikan oleh orang Melayu Islam dan ia telah mula melahirkan ramai jutawan yang kaya dan bertaqwa. 

Tapi bukan itu isu utamanya di sini.

Isu sebenarnya adalah baru saya sedar bahawa emas adalah mata wang yang paling diiktiraf di dunia. 

Bukan hanya di dunia Islam, bahkan dunia Baratlah yang lebih dahulu memonopolinya dan kemudiannya memperkenalkan mata wang kertas/fiat yang asasnya adalah riba. 

Bahkan, emas adalah logam berharga yang Allah sering isyaratkan dalam Quran dan begitu juga hadis Nabi SAW menunjukkan bahawa emas adalah mata wang paling benar dan stabil di dunia.

Emas pertama kami! 

Percaya tak? 

Mata wang semua negara di dunia ini juga adalah berdasarkan kepada jumlah emas yang dimiliki dalam simpanan negara masing-masing pada peringkat awal mata wang fiat/kertas diperkenalkan.

Nantikan lagi perkongsian kami seterusnya untuk anda mengenali emas dengan elmu (emosi + ilmu) yang sebenar. 

Bukan semata-mata kerana semangat yang membuta-tuli yang akhirnya menggelincirkan 2 kaki kita ke dalam jurang kerugian.

Bukankah Allah berfirman,"Dan janganlah kamu melontarkan diri kamu ke dalam kebinasaan (dalam keadaan tahu ataupun tidak)".

Maksudnya, selamatkan diri dari kerugian dengan ilmu. Tapi kesimpulannya, emas itu tidak bersalah. 

Yang bersalah adalah manusia yang bertopengkan syaitan yang menunggu masa untuk membinasakan sesama manusia yang kurang ilmu pengetahuan.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga 
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...