SALAM PERKENALAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Salam perkenalan buat semua. Sebelum menyelusuri tulisan kami di web blog ini lebih jauh, elok kami perkenalkan diri terlebih dahulu. :)

Saya, Mohd Taufiq bersama rakan bisnes, Siti Zahirah adalah stokis kepada syarikat pemasaran emas fizikal, Power Gold bermula Januari tahun baru 2016.

Saya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Dakwah dari Univerisiti Al-Azhar. 

Merupakan seorang bekas pensyarah pengajian Islam dan juga seorang usahawan dalam industri Health & Wellness di selatan tanah air sebelum jatuh cinta dengan logam kuning bernilai tinggi ini.

Laman webblog ini menjadi antara medium kami untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan berkaitan industri emas fizikal dan kepentingan emas sebagai 'mata wang' sebenar dan harta hakiki yang sangat bernilai buat kita.

Dengan ekonomi Malaysia yang kurang stabil, ramai sekali yang tercari-cari peluang untuk membuat simpanan dan pelaburan jangka panjang untuk meningkatkan nilai harta sedia ada.

Sebahagiannya pula pasti mencari-cari side income untuk membantu memperbaiki kewangan diri dan keluarga akibat 'kebocoran' ekonomi yang berlaku kini.

Akibat dari desakan ini, kami berharap ramai yang terselamat dari terjebak dengan pelbagai skim pelaburan emas yang penuh tipu daya di sekeliling kita.

Kebanyakan program ini adalah skim cepat kaya yang menunggu masa untuk membaham mangsanya tanpa belas ehsan.

Bukan emas fizikal yang diniagakan tapi hanya kertas atau janji-janji too good to be true sahaja yang dijaja oleh pengelolanya.

Semoga perkongsian kami dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia semakin celik emas dan berjaya menjadi usahawan emas yang kaya dan bertakwa dengan modal yang sangat rendah.

Kami harap, bisnes emas fizikal ini memberi manfaat sebaiknya kepada kami dan keluarga serta anda juga mendapat pelbagai ilmu dari perkongsian kami seterusnya.

Wafiq-i Gold.
Jom Simpan 1 Gram 1 Keluarga 1 Bulan.


Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...