ORANG VIETNAM CELIK EMAS


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Hari ni saya nak berkongsi sedikit info kepada anda melalui bacaan saya dari akhbar Metro pada tahun 2012. 3 tahun yang lalu.

Nampaknya sudah lama kita digalakkan menyimpan emas cuma mungkin ketika itu wujud kurang kesedaran sahaja. Antara orangnya, tentulah saya.

Betullah kata pakar-pakar motivasi.

"Tindakan terbaik yang kita ambil adalah 10 tahun lalu. Peluang kedua terbaik untuk kita ambil tindakan adalah sekarang."

Percayalah cakap saya. Orang yang terlewat tak semestinya gagal. Orang gagal adalah orang yang langsung tidak bertindak dan mencuba.

Orang Vietnam mempunyai satu tabiat pelik tapi sangat geliga. Mereka suka sorokkan emas di rumah daripada menyimpan wang di bank.

Sikap rakyat Vietnam ini dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh kerajaan negara itu. Semuanya disebabkan harga emas terus melambung tinggi.

Harga emas domestik di Vietnam meningkat 18% jauh lebih tinggi daripada harga pasaran emas dunia yang menyaksikan kenaikan sekitar 11% sahaja.

Tindakan penduduk yang menyerbu kedai emas membuka mata kerajaan Vietnam apabila mereka berhadapan dengan kadar inflasi sebanyak 18 peratus dan ketidakstabilan mata wang tempatan.

Kebanyakan penduduk Vietnam lebih suka melihat simpanan mereka dalam bentuk emas. 

Malah kadar faedah sebanyak 14 peratus yang ditawarkan oleh pihak bank kepada penduduk yang menyimpan matawang Vietnam, Dong tidak mampu menarik perhatian mereka apatah lagi ia jauh lebih rendah daripada kos sara hidup yang meningkat 18.6 peratus tahun lalu.

Kata pakar sosiologi terkenal Vietnam, Vu Duc Vuong,

"Empayar boleh jatuh. Mata wang boleh berubah. Tapi emas akan terus bertahan."

KENAPA BERLAKU BEGINI?

Mesti anda tertanya-tanya kenapa boleh jadi begini?

Anda tahu tak, emas boleh elak kita dari berlaku kecairan wang tunai. Bila dah mula simpan emas, kita akan rasa sayang nak jual emas tu. 

Yalah, jarang pula kita jumpa orang setiap hari ke pajak gadai atau ar-Rahnu untuk pajakan emasnya. Jika tidak ada kesesakan, pasti terasa sayang untuk menukarkannya kepada tunai kembali.

Perasaan sayang terhadap emas itu adalah semulajadi. Bila dah pegang, terus hati cair melekat pada emas tu. Betul-betul?

Semua orang tahu bahawa emas melindungi duit kita daripada susut nilainya akibat inflasi. Itulah keistimewaan emas yang tiada pada kertas atas jenama mata wang apa sekalipun.

Contoh mudah yang selalu saya bawakan. Anda sendiri pun lebih mudah faham kerana sering merasainya.

Jika anda simpan not kertas RM50 tahun lalu di bank atau di dalam tabung anda. Not RM50 itu pada tahun baru 2016 ini nilainya sudah pasti berkurang.

Dulu dengan jumlah itu anda dapat beli 5 helai baju. Tapi kini anda hanya kemampuan belian anda hanya untuk 3 helai baju sahaja. Why?

Itulah namanya inflasi. Nilai wang bukan pada not kertas itu, tapi kepada barangan yang diletakkan harga oleh penjual. 

Berbeza dengan emas. Nilai itu adalah pada emas itu sendiri.

Contohnya dengan sekeping syiling emas 0.5 gram, anda mampu beli 5 helai baju tahun lepas. Tahun ini juga anda mampu beli 5 helai baju dengan syiling emas yang sama.

Kenapa? Harga baju naik, nilai emas pada syiling itu juga naik. Sama ke serupa?

Satu lagi info buat anda.

Tahukah anda bahawa pelarian Vietnam membawa emas mereka semasa menjadi pelarian ketika perang Vietnam sekitar tahun 1970-an.

Mereka jual semua harta mereka. Dapat sahaja tunai, mereka tukarkan pula tunai itu kepada emas.

Emas itu disimpan dan dilarikan juga ke negara-negara lain. Dengan emas itulah mereka mula membina hidup mereka semula di negara baru.

Bijakkan?

Jika anda orang yang bijak, pastikan anda juga menukar dan menyimpan 1/3 simpanan atau gaji tetap anda kepada emas. 



Harga emas naik dan turun tapi dalam perbezaan yang sedikit. Jangan menanti masa yang sesuai, beli saja sekarang dan simpan untuk pelaburan sendiri dalam 3 hingga 5 tahun akan datang.

Pasti harganya ketika itu melabung tinggi. Percayalah jangkaan pakar-pakar kewangan dan emas. Tahun 2020, harga emas untuk 1 gram akan mencapai RM503.

Simpan sekarang. Anda akan untung 150% dalam tempoh 4 tahun ini. Bagi saya, inilah pelaburan paling selamat!

Nantikan perkongsian menarik kami di post akan datang

Wassalam.


Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga 


Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...