PILIH PERUNDING EMAS YANG BETUL!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Terima kasih kerana terus setia bersama. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Ramai sedia maklum. Keterujaan manusia kadang-kala memakan dirinya. Terutamanya dari sudut kewangan. Baik pelaburan mahupun perniagaan. Begitu juga yang berlaku kepada ramai rakan-rakan kita di luar sana.

3 hari lepas, ada pembeli emas yang juga ahli Power Gold PM saya untuk membeli emas fizikal. 

Mungkin ada yang belum maklum bahawa ahli Power Gold boleh mendapatkan emas dari mana-mana stokis yang diingininya. Tak semestinya hanya dari direct uplinenya sahaja.

Pembeli ini mengadu kepada saya bahawa ini adalah belian keduanya tapi telah mengambil masa hampir sebulan tanpa ada sebarang berita. 


Yang parahnya, ini bukan kali pertama berlaku. Ia juga telah berlaku untuk belian pertama sebelum ini. Lebih sebulan masa diambil untuk emas sampai di tangan.

Bukan kerana masalah ketiadaan emas dari syarikat. Tetapi masalah ini ditimbulkan sendiri oleh perunding emas itu sendiri yang mungkin sengaja melewatkan penghantaran emas itu.

Tidak semua orang ambil peduli. Tahukah anda....

Sengaja atau tidak, melambatkan penyerahan emas fizikal yang telah dibeli melebihi 3 hari dengan perantaraan pos adalah termasuk di dalam RIBA. Begitulah keputusan Majlis Fiqh Sedunia.

Ingat, emas adalah barang ribawi. Jika tidak kena cara pengurusannya, ia mudah jatuh dalam perangkap riba yang sangat besar dosanya. 

Apalagi jika membeli bukan dari perunding emas yang menitikberatkan soal hukum-hakam.


Jadi hari ini, izinkan saya bercakap mengenai perunding emas yang dipercayai. Mungkin ia boleh menjadi panduan buat sesama kita apabila ingin berurusan untuk mendapatkan emas dengan jalan yang jujur dan patuh syariah. 

Boleh ke boleh?

PERUNDING EMAS PILIHAN

1. DIKENALI

Sama ada anda sendiri mengenalinya atau mendapat recomendation dari rakan-rakan anda yang juga pernah mendapatkan emas darinya sebelum ini.

Sekiranya anda tidak mengenali si perunding dan tidak dapat menghubunginya sekiranya sesuatu terjadi, itu maksudnya anda mencari penyakit sendiri.

Jangan hanya ber'Whatsapp' dengan perunding. Cari atau mintalah FBnya atau laman Instanya. 

Yang ada buku begini. Lagi dikenali dan dipercayai.


Jika ada blog, itu adalah bonus. Anda bukan saja dapat membeli. Bahkan dapat juga belajar tentang emas seperti blog kami ini.

Biasanya mereka yang mempunyai blog lebih mudah dikenali dan telah pun mempunyai base yang kuat dalam pasaran emas.

2. DIPERCAYAI

Bertitik tolak dari kenal, baru kepercayaan ini dapat hadir. Jika anda tidak kenal siapa perunding emas anda, mana mungkin kepercayaan itu boleh hadir.

Maka, urusniaga tidak dapat dijalankan. Bahkan urusniaga terbatal secara automatik jika berlaku sekalipun. Kerana asas jual beli yang disyaratkan oleh Islam mestilah saling meredhai. Saling mempercayai.

Konsep redha tak mungkin hadir tanpa percaya. Kepercayaan tak mungkin ada tanpa kenal. Jadi, jangan skip prosesnya. 

Biar berhati-hati. Jangan sampai dikhianati.

3. BERILMU

Baik ilmunya meliputi ilmu tentang urusniaga emas mahupun ilmunya berkaitan hukum hakam emas.

Bonus jika anda mendapat perunding yang mempunyai ilmu berkaitan emas dan hukum-hakamnya. Tidak semua perunding emas memiliki ilmu seumpama ini.

Pentingnya ilmu adalah kerana kita boleh mendapat konsultasi atau bimbingan untuk belian emas yang lebih menguntungkan dan bersesuaian dengan niat kita menyimpan emas sebagai pelaburan.

Antara group couching emas yang hebat!

Emas tidak semahal ilmunya. Dapatkan ilmunya, nilai emas di tangan anda pasti bertambah 4-5 kali ganda. Keberkatan juga begitu jika kita menitikberatkan urusniaganya secara patuh syariah.

4. JANGAN TUKAR PERUNDING EMAS 

Jika anda mengenali emas dari perunding emas yang anda percayai ilmunya, kemahirannya dan ilmunya dalam urusniaga emas....

Elakkan dari 'lari' daripadanya dan mencari perunding emas yang lain yang belum tentu anda yakini kemampuannya dalam membantu anda dengan alasan yang tidak masuk akal.

Ada rakan saya yang menjadi perunding emas kepada seseorang sebelum individu itu lari kepada perunding lain dengan alasan hendak menjimatkan duit pos. 

Alhamdulillah individu itu jimat RM7 untuk pengeposan emas TAPI kerugian RM5000 akibat emas yang dibelinya itu hingga ke sudah tidak dapat di tangan. Sedangkan ia beli dari perunding sekampungnya saja.

Untung ke rugi akhirnya?

Dapatkan emas seperti mereka ini.
Barulah muka berseri.

Ada pula yang memberi alasan jauh untuk belajar tentang bisnes emas jika menjadi ahli dan rakan bisnes perunding emas itu. 

Maka, jalan mudahnya, ia mendaftar sebagai rakan bisnes dengan jiran sebelah rumahnya sahaja.

Alhamdulillah, ia selamat menjadi ahli TAPI hingga sekarang setelah beberapa bulan, bisnes emasnya langsung tidak menjadi.

Salah siapa? Tepuk kepala sendiri jawabnya.

5. RESIT ATAU BUKTI BELIAN

Siapa pun perunding anda, pastikan anda mendapat resit atau bukti belian emas. Ia menjadi syarat dalam hukum jual beli emas.

Dalam Power Gold sendiri, perunding emas perlu memasukkan data belian dalam sistem. Kemudian perunding perlu screenshot gambar transaksinya kepada pelanggan mereka.

Ia sebagai bukti utama bahawa belian telah berlaku dan emasnya boleh segera diposkan dari kilang kepada pelanggan.

PENUTUP

Pilih perunding emas anda yang betul supaya transaksi emas tidak menjadi mimpi buruk buat anda.

Mungkin ramai yang tidak ambil peduli tentang perkara ini kerana menganggap semua orang sama. Punya niat yang baik untuk membantu.

Bagus bersangka baik. Tapi jangan sampai hilang kewaspadaan di zaman kita ini.

Saya doakan urusan anda dieprmudahkan. Tak lupa juga ucapan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Wassalam.

Wafiq-i Gold
Perunding Emas Anda
019 248 6694
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...