BAGAIMANA HARGA EMAS DI KEDAI EMAS DITETAPKAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Saya doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Ramai yang persoalkan saya,

"Kenapa harga emas Power Gold jimat banyak dari harga kedai emas? Seronok macam ni simpan emas. Jimat banyak."

Masing-masing teruja dapatkan dan simpan emas demi masa depan mereka dan keluarga. Harganya pula RM40-50 per gram lebih jimat dari harga pasaran kedai emas. 


Maklumlah emas Power Gold dijual terus dari kilang kepada ahli-ahlinya. Tentulah harga kilang dan harga kedai tidak sama. Kan begitu kaedahnya? :)

MENGAPA HARGA BERBEZA?

Mungkin ini maklumat baru bagi anda. Jadi, baca dengan teliti supaya bertambah ilmu dan pengetahuan anda.

Harga Emas di kedai-kedai emas adalah di bawah ketetapan dan kawalan Federation of Goldsmith And Jewellers Association of Malaysia (FGJAM). 

Sebahagian besar kedai-kedai emas terkemuka di Malaysia bernaung di bawah FGJAM.

Boleh rujuk juga laman web rasmi FGJAM di http://www.fgjam.org.my/ untuk maklumat lanjut.

Penubuhan FGJAM sekitar 1978 pada awalnya adalah untuk menggabungkan pemain-pemain industri emas dalam memperjuangkan dan melindungi hak-hak mereka. 

Selain itu, FGJAM juga berhasrat membuat penyeragaman pada harga runcit emas di kalangan ahli-ahli yang bernaung di bawahnya.


Secara umumnya harga yang dikeluarkan oleh FGJAM adalah lebih tinggi dari harga spot semasa emas sekitar 10-15%. 

Premium harga ini ditetapkan sedemikian rupa kerana FGJAM tidak mengemaskini harga setiap masa atau setiap hari berpandukan harga pasaran sekarang atau harga pasaran hadapan.

Oleh itu, premium harga ini mampu menyerap sebarang risiko kenaikan mendadak pada harga emas. Mungkin ada yang baru tahu bahawa harga emas pernah mencatat kenaikan mendadak sehingga 10% dalam masa kurang 24 jam.

Harga yang dikeluarkan oleh FGJAM juga tidak termasuk kos upah (workmanship) yang perlu dibayar untuk setiap produk. 

Jadi, pembeli perlu memastikan jumlah pembelian telah mengambilkira semua kiraan ini. 

  • Harga emas 
  • GST atas harga emas 
  • Kos upah 
  • GST atas kos upah.

Sebagai info tambahan. Walaupun banyak syarikat-syarikat dan kedai-kedai emas bernaung di bawah FGJAM, ianya tidak bermakna semua kedai emas di Malaysia tertakluk di bawah harga yang ditetapkan oleh FGJAM. 

Terdapat banyak kedai-kedai emas yang menetapkan harga mereka sendiri juga.

Jadi sekarang anda sudah faham bagaimana harga emas di ekdai emas telah ditetapkan? 

Jika YA, silakan SHARE untuk manfaat rakan-rakan emas anda pula.

Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Wassalam.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...