BELI EMAS BUKA SEAL!


Assalamualaikum semua dan dalam sejahtera.

Kami doakan,"Anda kaya dan berjaya."

Izinkan saya berkongsi tentang tajuk yang agak hot ini untuk tetapan kita bersama.

Ramai orang bertanyakan kami,

"Bolehkah emas ini dibuka dari seal yang datang bersamanya? Kerana sepengetahuan kami, seal tidak boleh dibuka. Then apa jaminan bahawa emas ini asli dan tulen jika tidak boleh dibuka dan diuji?"

Beberapa minggu yang lalu, terdapat seorang pakar kewangan Islam mengutarakan cadangan yang baik sekali untuk dilihat dan diterima dalam industri emas khususnya. Beliau meluahkan pendapatnya melalui fb beliau sendiri dengan tulisannya,

"Saya berpendapat bahawa emas patut dibuka dari sealnya supaya ia boleh diuji dan disahkan ketulenannya oleh pembeli itu sendiri. Emas yang tidak boleh dipisahkan dari sealnya berkemungkinan memperdayakan pengguna atau pembeli emas itu sendiri."

'S.E.A.L'

Seal bermaksud kotak atau plastik atau sesuatu yang menutup atau menempel bersama emas yang diperjualbelikan untuk tujuan tidak merosakkan, kemek atau mencalarkan emas di dalamnya.


Dalam industri emas, terdapat seolah-olah satu perjanjian lisan antara pengeluar dan peniaga emas yang menetapkan bahawa seal ini tidak boleh dibuka sama sekali oleh pembeli atau pemilik baru emas tersebut.

Jika masih berdegil dan dibuka juga, maka susut nilai emas meningkat menjadi 30% hingga 40% dari harga semasa. Kebiasaan susut nilai hanya kurang 10% kebiasaannya boleh melonjak hingga ke tahap itu.

Ini tentulah merugikan pembeli itu sendiri di samping terdapat risiko lain jika tidak dibuka pula.

PANDANGAN KAMI

Sebagai orang Islam pertamanya elok kita kembali kepada masalah hukum dahulu. 

Syarat seal yang tidak boleh dibuka ini sebenarnya berlawanan dengan semangat jual beli dalam Islam. Islam mensyaratkan jual beli yang selamat dari unsur gharar (ketidaktentuan) atau unsur taghrir (tipu daya).

Kita setuju bahawa tidak mungkin pengeluar atau pengilang emas menipu dalam penghasilan produk mereka. Namun, langkah berjaga-jaga adalah milik mutlak pihak pembeli. 

Maka mensyaratkan sesuatu yang mengekang hak pembeli atau pemilik baru kepada emas yang yang diperjualbelikan adalah syarat yang bathil dan tidak sah pada agama.

"Kami berjual beli emas, bukan sealnya. Maka membuka seal atau tidak, tidak memberi kesan kepada susut nilai emas kami." - CEO Power Gold.

Kenyataan ini kami lihat sangat berani. Ia menunjukkan bahawa syarikat emas seperti ini sangat berkreadibiliti. Baik dari sudut ketulenan emasnya mahupun dari sudut ketelusan transaksi jualannya. 

Emas Power Gold boleh dibuka dan disimpan kembali.

Lebih banyak syarikat yang mem'batal'kan syarat seal ini, maka lebih suci dan murni industri emas ini dapat dijalankan.

Seal hanya balutan plastik keras sahaja. Ia perlu dibuka jika pelanggan mahu menilai semula kualiti dan ketulenan emas yang dibelinya di pusat uji emas tertentu dan begitu juga jika ia mahu menjualnya kepada pihak lain.

Dengan membuka seal itu, maka bertambah susut nilai emas sedangkan seal bukan sebahagian dari emas, maka tentunya ia tidak masuk akal. Yang bernilai dan dinilai sepatutnya hanyalah emasnya bukan sealnya.

Tidak sedikit mereka yang pernah ditipu dengan emas yang dibalut dengan emas tetapi dalamnya adalah besi padu pada satu masa dulu. 

Emas Power Gold paling mudah untuk dibuka dan disimpan semula. Tiada isu seal. :) 

Pembeli tidak boleh meminta semula wang mereka atau juga emas mereka semula dengan alasan pihak yang menjual juga tidak mengetahui masalah ini.

Lihat! Isunya bermula dengan seal yang disyaratkan agar tidak boleh dibuka sahaja. 

Ia bukan saja merosakkan industri emas malahan ia juga sekaligus membantutkan minat orang ramai untuk mengenali dan memiliki emas yang meruapakan aset sebenar harta seseorang.

CADANGAN

Kami tidak segan silu mencadangkan kepada semua pembaca agar bertanya terlebih dahulu sebelum membeli apa-apa jenis emas untuk bertanyakan soalan ini,

"Adakah seal ini boleh dibuka? Jika boleh, adakah ia memberi kesan pertambahan kepada susut nilai emas?"

Itu sahaja. Jika ia memberi kesan pertambahan susut nilai, maka tinggalkanlah. Beli saja jenama lain. Emas tetap emas walau jenama apa sekalipun.

Kami cadangkan juga anda dapatkan emas Power Gold melalui kami kerana emasnya dijamin untuk belian balik dari syarikat sama ada sealnya dibuka ataupun tidak dengan susut nilai paling tendah fi Malaysia antara 6-7% sahaja.

Anda boleh faham perkongsian kami kali ini? Semoga bermanfaat hendaknya buat anda dan keluarga.

Kami doakan,'Anda kaya dan berjaya!'

Wassalam. 

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...