BAYARAN GAJI DENGAN DINAR. APA KATA ANDA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana terus setia menimba ilmu emas bersama kami. 

Kami doakan anda menjadi penyimpan tegar emas dan kaya berjaya sebagai pembayar zakat emas satu masa nanti.

Hari ini saya nak kongsikan isu santai saja. Mungkin tak pernah kita terfikir tentang isu ni tapi jika terjadi begitu, alangkah bagusnya.

Apa pandangan anda jika satu masa nanti gaji kita diberi dalam bentuk dinar, bukan dalam bentuk wang kertas? Teruja kan?

"Cer citer...cer citer...." 

Bukan main kawan saya menyambut bila saya tanyakan pendapatnya berkaitan isu gaji dalam bentuk dinar ni.

JOM CERITA LANJUT

Saya bawakan contoh supaya kita lebih mudah faham. Sebelum itu, elok saya maklumkan bahawa pemberian gaji dalam dinar di Malaysia belum ada lagi kecuali di Kelantan ketika era pemerintahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekitar tahun 2010.

Dinar Kelantan ini dilancarkan pada 14 Ogos 2010

Konsep pembayaran gaji dengan dinar ini tidak diperluaskan dalam kerajaan persekutuan. 

Jadi contoh ini bukanlah realiti semasa. Tapi kita doakan bersama agar satu ketika nanti, ia mampu dilaksanakan di negara tercinta kita ini.

CONTOHNYA BEGINI

Ali dan Ahmad mendapat kerja pada tempat yang sama pada tahun 2000. Mereka diberi kebebasan untuk memilih sistem pembayaran gaji sama Ada dengan wang kertas atau dinar emas dengan  nilai yang sama iaitu RM700.00/bulan.

Ali memilih untuk dibayar dengan wang kertas sebanyak RM700.00 sebulan dengan kenaikan gaji secara mendatar sebanyak RM60.00 setahun.

Ahmad pula memilih untuk dibayar dengan dinar emas iaitu 5 dinar sebulan tanpa kenaikan gaji sehingga pencen. 

(Nilai 1 dinar pada tahun 2000 ialah RM140.00 x 5 = RM700.00)

Setelah 10 tahun bekerja.....

Ali telah mengalami kenaikan gaji tahunan sebanyak 10 kali iaitu RM60 x 10 = RM600. 

Gaji Ali pada tahun 2010 ialah RM700 + RM600 = RM1300/bulan. Kenaikan gaji Ali adalah 18.57% setahun.

Manakala gaji Ahmad pula tidak berubah sejak 10 tahun dulu iaitu 5 dinar sahaja. Tapi kenaikan harga emas adalah 30% setahun (anggaran).

Pada tahun 2010 harga satu dinar ialah RM655. Jumlah gaji Ahmad pada 2010 ialah 5 dinar x RM655 = RM3275 dengan kenaikan sebanyak 46.78% setahun.

Jauh sekali meninggalkan gaji Ali dengan kenaikan purata tahunan sebanyak 28.21%. 

Tinggi sekali perbezaannya kan?

Dinar dan dirham Kelantan yang dilancarkan

KESIMPULANNYA

Jika gaji pekerja dibayar dengan dinar emas, kita tidak memerlukan kenaikan gaji tahunan seperti yang diamalkan kini.

Bayangkan berapakah gaji Ahmad untuk 10 tahun akan datang?

Mungkin majikannya tidak lagi mampu untuk membayar gajinya sebab pada masa berkenaan harga emas mungkin akan mencecah RM600/gram! ( 1 dinar = 4.25g x RM600 = RM2550)

Jadi gaji Ahmad pada than 2020 ialah  RM2550 x 5 dinar = RM12,750. Wow!

Semoga bermanfaat dan semoga anda semakin celik mata bahawa emas bukan hanya penyimpan nilai. Bahkan emas adalah pengembang nilai dalam jangka masa panjang. 

Sekarang, sistem gaji itu belum dilaksanakan. Tapi ia bukan alasan untuk kita buat sistem sendiri dan berdisiplin dengannya.

Suku dinar, 1 dinar dan 2 dinar keluaran Powergold
yang anda boleh dapatkan dari kami.

Mula tukar lebihan belanja dari gaji yang anda dapat kepada emas dalam bentuk dinar atau bar 999. 10 tahun anda kumpulkan emas itu dari sekarang, anda akan lihat betapa tinggi nilainya nanti. Percayalah!

Sekian dulu untuk perkongsian kali ini. Wassalam.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga
Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...