BOLEH PERCAYA KE EMAS SIMPANAN NI?


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Terima kasih atas kunjungan mesranya. Kami doakan,"Anda Kaya dan Berjaya."

Kami selalu mendapat persoalan prospek dan pelanggan berkaitan emas fizikal ni. Dan kami rasa ramai daripada anda juga tertanya-tanya perkara yang sama.

KAMI FAHAM!

Maklumlah mungkin ini kali pertama anda hendak mendapatkan emas fizikal untuk tujuan simpanan masa depan. 

Mestilah perlu berhati-hati sebelum memilikinya dalam jumlah yang besar dan hati pun tenang sepanjang emas berada dalam simpanan....kan?

Jadi hari ni, kami berbesar hati berkongsi jawapan terhadap 1 soalan yang menjadi 'soalan wajib' setiap kali kami bertemu prospek baru.

'Boleh percaya ke emas awak jual ni?'

'Emas betul ke celup ni?'

'Betul ke tulen ni?'

Jawapan kami begini.

1. Emas Power Gold ini dikeluarkan dari 'Kilang Emas'. Maka secara logiknya tentulah emas tulen. Kalau keluar dari kilang besi, mungkin di situ boleh diragui keasliannya. 

Seperti anda masuk ke kedai emas. Jarang sekali orang bertanya, "Emas tulen ke ni?" Sebab mereka tahu, kedai emas pastinya jual emas tulen.

Itu baru kedai. Inikan pula kilang emas!

2. Kilang Amethsyt ada sijil pendaftaran perniagaan dan syarikat dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM). 

Ya, pendaftaran perniagaan, bukan pelaburan. Kerana kami menjual emas fizikal untuk tujuan simpanan bukan emas maya untuk tujuan pelaburan.


Boleh rujuk dan lihat kewujudannya. Anda boleh semak sendiri untuk lebih yakin.

Sudah 16 tahun Amethsyt menyumbang emas-emas perhiasan di pasaran termasuk penyediaan produk di rangkaian kedai emas Wah Chan. 

Cara semakan:

2. Klik E-Semak
3. Masukkan no pendaftaran syarikat Powergold (1036711) dan no pendaftaran kilang emas Amethyst (951063)


Dah bertambah yakin sikit? Jom ke jawapan seterusnya.

3. Setiap emas keluaran Power Gold ni ada 'certificate' pada setiap sealnya. Certificate atau sijil sah tulen ni dikeluarkan oleh assayer atau penguji emas. 

Mereka bukanlah orang dalaman kilang, tapi pihak ketiga yang membuat pantauan dan ujian ketulenan terhadap emas yang dikeluarkan. 

Sepertimana pihak SIRIM membuat ujian dan pantauan terhadap peralatan dan produk elektronik.


Bukan saja-saja tampal atau tulis certificate tau!

4. Emas Power Gold juga telah mendapat pengiktirafan FEDMAS. Badan kawalan ketulenan emas di malaysia. 

Macam JAKIM beri pengesahan HALAL kepada pengeluar makanan dan barangan kegunaan muslim.

FEDMAS akan menguji ketulenan emas yang dijual di Malaysia berdasarkan Standard Malaysia (MS 1365: Part 1: 1994) yang dibangunkan oleh SIRIM (Standard Industrial & Research Institute of Malaysia) di bawah Perihal Dagangan Peraturan-Peraturan (Artikel diperbuat daripada logam berharga) 1994. - http://fedmas.com.my/

Sebab tu pada seal sekarang ada logo fedmas. LULUS kualiti dan ketulenan emas!


5. Emas tidak tulen atau palsu adalah isu yang sangat serius di Malaysia. Jika palsu, pasti akan ada laporan polis.  

Kerana harga emas bukan murah. Kebiasaannya pula, ramai memborong 10g ke atas. Jadi kerugian adalah sangat besar jika emas itu palsu. 

Setakat ini belum pernah ada satu pun laporan polis terhadap emas keluaran Power Gold dari kilang emas Amethyst ni. 

Walaupun ada yang mendakwa bahawa emas Power Gold tidak tulen berdasarkan dengar-dengar dan cakap-cakap orang dari kalangan pesaing yang kurang etika dalam perniagaan.

Jika asas pembuktian kepalsuan emas hanya dengar-dengar, jika masuk mahkamah, adakah ianya valid/sah untuk diambil kira?

Kami rasa hakim terus baling hammernya jika bukti yang dibentangkan, "Saya dengar-dengar macam tu la cakap-cakap orang. Tak tahu betul ke tak Yang Arif."

Anda rasa ketulenan emas berdasarkan 4 bukti di atas tidak dapat menutup dakwaan palsu dalam point ini?

Jom saya berikan jawapan terakhir.

6. Emas Power Gold diterima oleh ar-Rahnu serata Malaysia.

Tahukah anda betapa tegasnya ar-Rahnu dalam menguji dan menilai emas yang hendak dipajakkan?

Sekiranya anda mempunyai 100 resit belian yang akui ketulenan emas anda, ar-Rahnu tidak pandang pun.

Ar-Rahnu akan buka seal emas anda dan keluarkan emas. Mereka akan timbang berat emas dan potong sebahagian kecil emas dan diuji ketulenannya.

Jika tulen, emas anda diterima untuk dipajakkan sekalipun tak ada resit. 

*Resit belian emas bukan syarat gadaian kecuali pada sebahagian ar-Rahnu seperti ar-Rahnu Bank Islam.


Jika tak tulen, ar rahnu takkan terima. Ar-rahnu tidak percaya 100% pada resit atau ketulenana yang tertulis pada seal/bungkusan emas.

Ar-Rahnu umpama penilai terakhir pembuktian keaslian emas yang ada dalam tangan anda tanpa kompromi dengan mana-mana pihak!

Bukan diiktiraf dalam negara sahaja. Di luar negara pun diakui ketulenannya!

Kami berharap keyakinan anda meningkat 101% dengan fakta yang kami terangkan secara ringkas ini. Dan 101% segala keraguan juga hilang dihambat angin lalu.

Semoga anda cepat-cepat bersama kami mengumpul dan menyimpan emas untuk masa depan di kala ekonomi serba kelam sekarang ini.

Kami doakan, "Anda Kaya dan Berjaya." 

Wassalam.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga

Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...